Maaf En Hamidon, saya muatkan idea tuan ke blog saya ini agar memberi manfaat dan kesedaran kepada lebih ramai orang.
En Hamidon Ali menulis komen Facebook itu begini........
Salam sejahtera buat semua. Izinkan saya memberikan sedikit penjelasan mengenai kes scammer dan berkongsi sedikit pengalaman saya yg telah berkhidmat bersama bank tempatan selama hampir 40 tahun.
Maaf, ianya agak panjang lebar, namun ianya agak berguna untuk kita semua sebagai pemegang akaun.
Kebanyakan pengeluaran wang melalui 2 cara:
1. Pengeluaran tunai melalui kuanter bank
2. Pengeluaran tanpa tunai melalui On line Banking atau Pindahan melalui mesin ATM .
Sekiranya pengeluaran tunai melalui kuanter ... selalunya pihak bank akan bertanya ... "Mengapa pengeluaran di buat secara tunai begitu banyak?" Itu yg kekadang pelanggan berasa kurang senang bila ditanya begitu. "Sibuk pasal org punya hal", (ditakuti ada scammer yang turut bersama pelanggan semasa pengeluaran dibuat..mungkin tengah tunggu di dalam kereta dan sebagainya, dengan cara pukau dan sebagainya).
Harus diingat dengan teknologi masakini..pengeluaran secara tunai hanya dibenarkan setelah proses biometrik kad pengenalan, kes penipuan serupa ini kurang popular.
Kedua melalui pindahan di mesin ATM ... dimana pelanggan akan di minta oleh scammer utk memindahkan wang ke akaun lain, baik bank yg sama atau bank lain. Walau bagaimanapun had pindahan ini amat terhad ... mengikut had pengeluaran tunai yg diminta oleh pelanggan selalunya RM1k ... RM3K..RM5K dan semaksimun RM 10K.
Manakala had pindahan semaksimun ialah 30k..dan ianya memerlukan pin pelanggan. Manakala pindahan melalui on line banking adalah selalunya sebanyak 50k ... dan iannya amat popular. Malah dalam kes terbaru di akhbar di atas sampai RM500K dan ditransfer 2 kali hanya dalam beberapa minit!
Pertamanya pelanggan mesti mempunyai dan mendaftar terlebih dahulu on line banking. Namun perlu diingat ... setiap transaksi ... ianya memerlukan OTP ... ataupun TAC. Yang merupakan password tambahan yang dihantar ke talipon pelanggan yang nombor tel berdaftar. bermaksud hanya pelanggan saja hanya menerima nombor OTP atau TAC ni.
Dengan lain perkataan, hanya tuan punya badan saja yg mengetahui transaksi tersebut, jadi tidak timbul ada kakitangan bank yg turut serta dalam prosess scammer ini.
Banyak risalah risalah telah pun dikeluarkan oleh pihak bank..malahan pihak PDRM juga sama sama cuba membantu pelanggan pelanggan namun mungkin dah sikap kita ... tidak mengendahkan malahan langsung tidak membaca risalah tersebut .. Oleh itu saya suka mengingatkan sekali lagi bagi mengelakkan menjadi mangsa scammer.
Pihak PDRM juga sama-sama cuba membantu orang awam, namun mungkin dah sikap kita, tidak mengendahkan malahan langsung tidak membaca risalah tersebut. Oleh itu, saya suka mengingatkan sekali lagi bagi mengelakkan menjadi mangsa scammer ini ... tolonglah!!!
Pertama JANGAN SESEKALI BERKONGSI NOMBOR PIN KAD ATM !!!
Kedua ... JANGAN BERKONGSI NOMBOR TAC atau OTP APABILA BERURUSNIAGA MELALUI ON LINE BANKING !!!
Scammer akan membuat panggilan secara RAWAK, yg kononnya panggilan dari pihak
KASTAM..PDRM..MAHKAMAH..AGEN
PENGHANTARAN BUNGKUSAN ..SPRM.dan sebagainya..oleh itu tolong jangan PANIK ... fikirkan yang NEGATIVE ... terlebih dahulu ... berbincang dengan orang kepercayaan terutama dalam keluarga dan perlu diingatkan ..Kalau kita tidak pernah melakukan kesalahan ..mengapa kita perlu takut..jikalau panggilan tersebut dari PDRM ke SPRM ke KASTAM ke . maupun dari pihak MAHKAMAH ... Saya harap perkongsian ini dapat kita bertukar fikiran bagi menghapuskan penipuan sebegini .... kita buka untuk berdiskusi ...
Terima kasih seadanya.
2 ulasan:
Saya suka juga layan scammer di mana diaorang akhirnya putuskan taliaa terlebih dahulu.
Jemu kot sebab memancing tapi tak dapat hasil.
semoga dijauhkan dari scammer.. aminn
Catat Ulasan