Klik Videonya
Penyelewengan Muhammad Asri Zainul Abidin Mengenai Hadis
Penilaian kritis oleh Shaykh Gibril Fouad Haddad terhadap buku kecil setebal 50 halaman bertajuk " Impak Negatif Hadith Rekaan Terhadap Imej Islam "yang dikarang dan diterbitkan pada 2019 oleh Mufti Perlis Muhammad Asri Zainul Abidin, yang menganut pandangan batil tentang beberapa isu Islam termasuk Usul al - Hadith ( Prinsip Hadis ) .
Penilaian ini mendedahkan metodologi yang diikuti oleh Asri . Beberapa cirinya ialah :
1. Penyederhanaan yang berlebihan terhadap subjek yang nampaknya bertujuan untuk mengelirukan orang ramai .
2. Meniru secara semberono terhadap penulis - penulis kontemporari yang memburukkan nama sendiri dalam kejahilan yang disengajakan terhadap sumber - sumber yang diiktiraf Ahlus Sunna wal - Jamaah .
3. Kurang istiqra ' ( tiada pengetahuan yang menyeluruh tentang sumber - sumber ) mengenai disiplin Hadis , perawi - perawinya dan karya - karya rujukan , dan pendirian mereka dalam isu - isu tersebut .
4. Memperomosikan mazhab yang tidak asli dan ulama sesat dengan melawan arus dari pihak berkuasa arus perdana dan Mazhab Sunni.
5. Melemahkan umat Islam di Asia Tenggara dengan menimbulkan kekeliruan dan perpecahan melalui perkara sebelum ini khususnya , yang memberi manfaat secara langsung dan tidak langsung kepada ateis , penyebar agama lain , liberal dan lain - lain dengan doktrin Wahabi .
6. Pendokumentasian sebahagian dan tidak lengkap perbincangan mengenai periwayatan palsu , sama ada dengan pilihan yang disengajakan atau kerana kejahilan sebenar tentang disiplin hadith .
7. Kesalahfahaman yang berulang dari sumber yang dipetik , sama ada dengan mendakwa bertentangan dengan apa yang sebenarnya dinyatakan oleh sumber itu , atau dengan memetik secara terpilih dan mengabaikan apa sahaja yang tidak menyokong dakwaannya .
8. Serangan yang membuta tuli terhadap hadith Musalsal yang telah diamalkan dan diriwayatkan oleh para ulama sejak zaman Sahabat Nabi SAW.
9. Menunjukkan tapisan luaran yang ketat tentang riwayat palsu untuk menyamarkan kelonggaran yang tidak dapat dimaafkan dalam prinsip Hadis dan amaturisme .
Analisis ini ditujukan sebagai amaran kepada
masyarakat awam untuk mengingati akan amaran
Nabi bahawa,
Perkara ini adalah perjalanan iman, maka perhatikan baik-baik dari siapa kamu mengambil perjalanan Iman kamu
Artikel:
Dipetik daripada Youtube tersebut.