Seorang sahabat aku bertanya dalam group Whatsap, Sdra M.
Katanya : "Lagi satu tolong Bagi 10 nasihat untuk buat umrah, Bini Aku nak pergi minggu depan."
"Fasal MSS sebut nama aku, maka aku kongsikan juga"
Cikgu Arifin senaraikan 10 Tip Itu :
1. Mula niat apa tujuan kesana
2. Mula beramal dari sekarang... solat sunat taubat, hajat, tahajud, witir dll
3. Banyakkan zikir Rabbi Yassir...., istifar, solawat dll
3. Banyakkan tawaf sunat kurangkan tawaf kidai๐
4. Semua yg berlaku fikir positif
5. Kalau tukar duit kat sana hati-hati pasti ada pemerhati. Jangan tunjuk banyak duit๐
6. Nak sedekah sedia duit kecik awal
7. Nak makan roti canai kuah kena beli
8. Nasi arab oder satu boleh makan berdua.
9. Kalau nak makan free ada je orang infak di kawasan kedai makan
10. IC, lesen, barang kemas tak payah bawak.
Aku balas whatsap itu,
TERBAIK, SGT LENGKAP Tn Hj Arifin Sapawi
Di bawah Ini Aku tambah lagi 6 perkara. Semua jadi 16 perkara:๐คฉ
11. Eloknya pakailah Mask, kerana kebyakan yg balik ni batuk2 (Antara sebabnya memang majoriti dah tak nak pakai mask) Tp kalau dah kawan bilik pun batuk, tak dpt buat apa. Di tempat makan pun terdedah juga
12. Minumlah sepuas-puasnya Air Zam2, kerana sekarang nak bawak balik agak mustahil ..jgn berani2 seludup...kena denda nangis nanti.
13. Simkad carilah yg murah, jgn terbeli yg harga lebih SA 60 Rial. Hari tu aku beli SA58 Rial dpt 15GB saja...siap boleh upload byk video...cukup 12 hari. Isteri aku guna 1GB je ..yg lain derma kpd syarikat Telco...jgn bazir beli sampai 120 rial...beli jgn di kedai runcit. Cari ofis Syarikat tu boleh google..apa nama syarikat Mobily gitu lah...Di Madinah ada Ofis dan kedainya
14. Kedai dobi mahal juga. Satu kilo 20 -30 rial. Kalau baju perempuan biasa 2-3 kilo. Elok pandai2 lah nak jimat mcmana...basuh dlm bilik pun mcm tak praktikal.
15. AWAS SCAMMER DI KELILING KAABAH, konon nak tolong cium Hajar Aswad.
16. Scammer yang konon nak pinjamkan gunting masa Saei. Elok bawa sendiri gunting, Dan Scammer ambik gambar di Jabal Rahmah. Tp ni Jabal Rahmah ditutup..tgok dari tembok je.
17. Subuh pagi Jumaat kalau imam bawa surah AsSajadah jangan lupa sujud tilawah. Takut nanti rukuk dua kali ๐๐ (Hj Arifin Sapawi tambah)
18. Bagi lelaki pergi solat Jumaat elok pergi paling lambat pkl 9.00, sebab kalau pergi pkl 10.00 pagi, pintu akan ditutup. Anda akan solat di luar, ok juga tapi tak berapa selesa.
19. Lispglos lipstik anti bibir kecut..
Ini saja, jika anda ada idea lagi, tulis di komen di bawah. Pengalaman orang lain-lain. Semoga ia akan memberi kebaikan kepada yang ingin menunaikan umrah buat pertama kalinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan