Rabu, 26 April 2023

JANJI RANHILL SAJ DI PARIT SULONG


Lantaran masalah air yang serius semasa raya di Pt Sulong dan Dun Semerah, ADUN Semerah YB Tuan Fared menyampaikan suara rakyat kepada wakil SAJ.

Hari ini Rabu 26 April 2023, bekalan air kelihatan pulih sepenuhnya. Diharapkan SAJ berkhidmat lebih cekap dan mementingkan kebajikan air pelanggan mereka lebih daripada kepentingan lain.

Air adalah keperluan asas. Mencatu air pada hari Raya adalah satu perbuatan terkutuk dan menyusahkan rakyat.


ADUN Seri Medan Datuk Zulkurnain Kamisan dalam kenyataan Facebook beliau menjelaskan langkah jangka pendek dan jangka panjang bagi masalah bekalan air di Parit Sulong ini.

Jutaan Terima kasih kepada YB Datuk Zulkurnain Kamisan, YB Tuan Fared, dan Jawatankuasa bertindak yang membawa suara rakyat Parit Sulong.

Semoga Raya 2024 menjanjikan Aidilfitri yang lebih bahagia dan ceria.

Isnin, 24 April 2023

MASALAH AIR DI HARI RAYA PARIT SULONG SAMPAI BILA???



Gambar ini tidak perlu dihuraikan lagi. Penderitaan penduduk Parit Sulong sudah bermula dua hari sebelum raya lagi. Bukan bermakna tiada air langsung, tapi satu jam tadah baru dapat satu baldi macamana? Hari ini raya ketiga, masalah ini masih tidak selesai lagi.

2020-Raya PKP
2021-Raya PKP 
2022-Raya Terkejut
2023-Raya Tak Ada Air

Tekanan air terlalu rendah sehingga tidak mampu naik ke tangki di rumah kami. Tidak juga dapat survive untuk penapis air. Di sesetengah kampung tidak keluar langsung!

Anak-anak rantau yang pulang beraya ke kampung terlalu kecewa. Sebahagiannya telah memendekkan hari berada di kampung dan terpaksa pula balik ke Kota. Mereka kembali ke rumah masing-masing dengan perasaan geram, marah dan hilang kesabaran.

Jika yang lepas, masalah tidaklah seteruk ini. Saya dapati kawasan Seri Medan air laju dan tidak terjejas. Kenapa Parit Sulong menghadapi masalah ini?

Saya cadangkan kerajaan bina tangki air yang besar seperti di Kampung Batu Putih itu, supaya masalah air yang memalukan ini dapat diatasi.

Mereka baru sahaja bersabar dengan ujian banjir.  Itu kami semua redha kerana ketentuan Allah SWT. Tetapi masalah air ini adalah masalah kelemahan manusia. 

Penduduk dan taman perumahan telah bertambah. Tetapi prasarana air sebagai KEPERLUAN ASAS, tidak ada peningkatan dan kemajuan. 

Adakah perlu penduduk Parit Sulong ini berhijrah ke tepi air terjun, supaya masalah ini selesai? Cuba cadangkan bagaimana?

Nanti adalah orang yang kata...

"Sabarlah, ini masalah kecil, jangan diperbesar-besarkan". 

"Teruk sangat ke masalah air ini, sampai bising-bising kat Facebook"

Yang bercakap tu awak tu ikut sedap mulut atau awak tiada masalah air? Nanti kalau kalau orang Parit Sulong terputus bekalan air masa raya, awak hantarlah lori air, bukan kondem orang yang bersuara yang mewakili penduduk yang teraniaya oleh kelemahan SAJ ini.

Terus terang mood raya tahun 2023 ini paling rosak kerana masalah air ni. Semoga masalah ini tidak melarat ke tahun 2033 pula


Selasa, 11 April 2023

CATATAN UNTUK SAHABATKU HJ ARIFIN

Assalamualaikum dan Waalaikumussalam kepada yg memberi salam...


Alhamdulillah Syukur kpd Allah SWT Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam atas junjungan besar nabi Muhammad SAW


Tuan Hj @Arifin


Menjawab bagi pihak kawan2 di group ini


Bukan kami *_Tak Sudi_*

Tetapi,


Lain padang lain belalangnya....


Banyak udang banyak ragamnya



Kehidupan manusia itu ikut rezeki masing-masing...


Ada yg dah selesa dgn duit pencen, simpanan dan ingin berehat drp titik bengik hiruk pikuk dunia...


Juga barangkali..

Ada yg minat penternakan

Ada yg minat pertanian

Ada yg mnat gbah bunga

Ada yg minat meniaga

Ada yg takut berniaga

Ada yg takut  .....dgn org berniaga...hingga tutup pintu untuk bersua muka...


Kejayaan apa pun wajib melalui pahit getir, dan mengharungi ranjau2..Terpijak bom jangka dan cedera luka Dan perlu menempuhi 1001 lagi cabaran untuk tiba di mercu jaya..


Tn Hj kini berada di puncak ..Syukur *Alhamdulillah* 

Tp ada beribu juga org Amway yg terkandas dlm mgejar cita2

Mungkin kerana tidak segagah Tn Hj...

Mungkin juga rezeki tidak menyebelahi

Diamond Director Distributor yg kami kejar

Tp akhirnya berangan2 saja konon DUDUK DIAM DAPAT DUIT...

Ya ...Tiada jalan mudah untuk kaya...


Aku sangat percaya...

TIADA JALAN MUDAH UNTUK BERJAYA..

Kejayaan Tn Hj bukanlah semudah sign up sebagai ahli...dan ikut meeting taja sorang dua , terus dapat 5 angka...tidak...Kita pasti duplikasi kejayaan itu dgn mengharung ombak dan badai...Di situlah ramai yg tergulung dek ombak nan mengganas itu...


Kejayaan itu memakan masa  20 tahun 25 tahun..

Ketika org msih nyenyak tidur

Tn Hj ada atas lebuh raya

Dari utara...sampai selatan...

Ketika kawan2 tgh asyik meramas2 lato lato

Tn Hj masih meramas2 stering Honda...


Itulah respon aku...pada pagi penuh hening ini....selaku admin

Tak elok, jika pendapat sahabat, kita biarkan tergantung dan terkapai-kapai....hehehe

Maaf andai tersilap bicara...😃😃


Apa2 pun jumpa anda di puncak kejayaan...Yg penting bila dah tua tiada hutang...jika ada income puluhan ribu sebulan...itu adalah bonus dan anugerah atas kegigihan masa lalu Tn Hj dan kawan2 semua yg berjaya dalam bidang masing-masing....


Tak gitu Ustaz2 dan Tuan2 Haji...

Isnin, 10 April 2023

STRUGLENYA HIDUP DI ZAMAN INI

Sekitar Tahun 2000 - Aku niaga kuih raya di pekan Seri Medan dgn Parit Yaani. Waktu itu, tiada gerai lain. Aku tebalkan muka...buat tak tau je. Gaji cikgu masa tu kau taulah berapa...

Hari ini 23 Tahun kemudian...Pekan Sri Medan dipenuhi gerai, sepanjang masa ..sepanjang tahun. Macam2 org berjualan itu dan ini. Bulan Ramadhan lagi tak terkata.

Malangnya aku masa tu kamera pun aku tak ada. Kalau ada pun kamera mungkin tak larat nak bayar cuci gambar...sedih oo bila diingat. Dengan isteri aku tak kerja.

Pekan Parit Yaani pun sekarang mungkin dah meriah dgn gerai2. Aku pernah jual songkok bawah pokok sena depan surau tu. Masehood pernah belikan songkok anaknya ketika itu...

Terfikir aku. Waktu aku hidup sukar ketika itu. Yang bekerja kilang pun dah cukup untuk menyara keluarga mereka. Juga penoreh dan kebun sawit.

Hari ini kos hidup terlalu tinggi. Masing2 hidup strugle. Itu yang masing2 ada dua hingga tiga pekerjaan untuk meneruskan hidup...

Apabila tengok pasangan muda berniaga di tepi jalan, berdetik dalam hati, mereka tengah berjuang dalam hidup.

Apa2pun terima kasih kpd Hj Razan yg mula2 ajar aku bukak payung di pasar Malam Paloh, di Datuk Aw tu.

Tuan Esa Kudut (maaf aku guna gelaran yg Mazlan bagi ni) Nama Sebenar Esa Ismail pernah juga beli jus pegaga yang aku jual di pasar Chaah.

Sesungguhnya untuk ekonomi ni bangkit memerlukan masa yg panjang. 

Untuk anak2 kita, kita doakan rezeki mereka dipermudahkan, dan diluaskan....Kesian, mereka hidup dalam zaman penuh pancaroba.


Yang penting tanamkan sikap jimat cermat, dan menyimpan. Perangi scammer. Sebab tu kalau ada Scammer call, mmg aku maki habis mereka...kerana apa? Betapa susahnya cari duit, senang2 mereka nak curi duit kita...


Wallahu a'lam

Catatan 10 April 2023

Ahad, 2 April 2023

AWAS! KEJADIAN PUKAU DI PARIT JAWA


Satu kejadian Pukau di Parit Jawa. 

Suspek Lelaki Melayu berbadan besar tinggi bersongkok.

Kereta: PROTON WAJA WKJ 8825