Isnin, 10 April 2023

STRUGLENYA HIDUP DI ZAMAN INI

Sekitar Tahun 2000 - Aku niaga kuih raya di pekan Seri Medan dgn Parit Yaani. Waktu itu, tiada gerai lain. Aku tebalkan muka...buat tak tau je. Gaji cikgu masa tu kau taulah berapa...

Hari ini 23 Tahun kemudian...Pekan Sri Medan dipenuhi gerai, sepanjang masa ..sepanjang tahun. Macam2 org berjualan itu dan ini. Bulan Ramadhan lagi tak terkata.

Malangnya aku masa tu kamera pun aku tak ada. Kalau ada pun kamera mungkin tak larat nak bayar cuci gambar...sedih oo bila diingat. Dengan isteri aku tak kerja.

Pekan Parit Yaani pun sekarang mungkin dah meriah dgn gerai2. Aku pernah jual songkok bawah pokok sena depan surau tu. Masehood pernah belikan songkok anaknya ketika itu...

Terfikir aku. Waktu aku hidup sukar ketika itu. Yang bekerja kilang pun dah cukup untuk menyara keluarga mereka. Juga penoreh dan kebun sawit.

Hari ini kos hidup terlalu tinggi. Masing2 hidup strugle. Itu yang masing2 ada dua hingga tiga pekerjaan untuk meneruskan hidup...

Apabila tengok pasangan muda berniaga di tepi jalan, berdetik dalam hati, mereka tengah berjuang dalam hidup.

Apa2pun terima kasih kpd Hj Razan yg mula2 ajar aku bukak payung di pasar Malam Paloh, di Datuk Aw tu.

Tuan Esa Kudut (maaf aku guna gelaran yg Mazlan bagi ni) Nama Sebenar Esa Ismail pernah juga beli jus pegaga yang aku jual di pasar Chaah.

Sesungguhnya untuk ekonomi ni bangkit memerlukan masa yg panjang. 

Untuk anak2 kita, kita doakan rezeki mereka dipermudahkan, dan diluaskan....Kesian, mereka hidup dalam zaman penuh pancaroba.


Yang penting tanamkan sikap jimat cermat, dan menyimpan. Perangi scammer. Sebab tu kalau ada Scammer call, mmg aku maki habis mereka...kerana apa? Betapa susahnya cari duit, senang2 mereka nak curi duit kita...


Wallahu a'lam

Catatan 10 April 2023

2 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Sedih baca luahan2 org kat FB. Ada yg gaji cukup2 mkn, nak beli baju raya anak pun tak mampu. Moga ada sinar harapan buat mereka happy di hari raya. Aamiin.

Mat Som Sadona berkata...

Kesukaran seperti itu pernah kita lalui masa2 yang lalu. Semoga mereka diluaskan rezeki satu masa nanti. Kepahitan itu akan dikenang sebagai peringatan ketika sudah berada di zon selesa.