Gambar ini tidak perlu dihuraikan lagi. Penderitaan penduduk Parit Sulong sudah bermula dua hari sebelum raya lagi. Bukan bermakna tiada air langsung, tapi satu jam tadah baru dapat satu baldi macamana? Hari ini raya ketiga, masalah ini masih tidak selesai lagi.
Tekanan air terlalu rendah sehingga tidak mampu naik ke tangki di rumah kami. Tidak juga dapat survive untuk penapis air. Di sesetengah kampung tidak keluar langsung!
Anak-anak rantau yang pulang beraya ke kampung terlalu kecewa. Sebahagiannya telah memendekkan hari berada di kampung dan terpaksa pula balik ke Kota. Mereka kembali ke rumah masing-masing dengan perasaan geram, marah dan hilang kesabaran.
Jika yang lepas, masalah tidaklah seteruk ini. Saya dapati kawasan Seri Medan air laju dan tidak terjejas. Kenapa Parit Sulong menghadapi masalah ini?
Saya cadangkan kerajaan bina tangki air yang besar seperti di Kampung Batu Putih itu, supaya masalah air yang memalukan ini dapat diatasi.
Mereka baru sahaja bersabar dengan ujian banjir. Itu kami semua redha kerana ketentuan Allah SWT. Tetapi masalah air ini adalah masalah kelemahan manusia.
Penduduk dan taman perumahan telah bertambah. Tetapi prasarana air sebagai KEPERLUAN ASAS, tidak ada peningkatan dan kemajuan.
Adakah perlu penduduk Parit Sulong ini berhijrah ke tepi air terjun, supaya masalah ini selesai? Cuba cadangkan bagaimana?
Nanti adalah orang yang kata...
"Sabarlah, ini masalah kecil, jangan diperbesar-besarkan".
"Teruk sangat ke masalah air ini, sampai bising-bising kat Facebook"
Yang bercakap tu awak tu ikut sedap mulut atau awak tiada masalah air? Nanti kalau kalau orang Parit Sulong terputus bekalan air masa raya, awak hantarlah lori air, bukan kondem orang yang bersuara yang mewakili penduduk yang teraniaya oleh kelemahan SAJ ini.
Terus terang mood raya tahun 2023 ini paling rosak kerana masalah air ni. Semoga masalah ini tidak melarat ke tahun 2033 pula
Tiada ulasan:
Catat Ulasan