Isnin, 15 Mei 2023

PUNCA RUMAH JADI PANAS


KENAPA RUMAH JADI PANAS? Sdra MAT LAN


Pasal apa rumah jadi panas? Sebab coating bumbung rumah korang dah xde. Sebab cahaya matahari indirect terus ke genting lalu menyerap haba umpama batu tungku dipanas api, bahang panas bumbung dibawa ke malam. Kalau xcaye, p cek bumbung masing²..


Jadi nak buat macam mana? xkan setiap kali bumbung lusuh nk ditukar baru. Alternatifnya ada.. Kita recoating semula bumbung dengan coating bumbung ber'elastomeric' dan dilapisi dengan cat khas utk penggunaan bumbung yg bertindak sebagai penangkis sinaran UV.


Cuma nk cakap, kalau tuan dah pasang Roof ventilation fan sekali pn, ia tidak akan menyelesaikan masalah rumah panas kecuali tuan buka bumbung then pasang Insulation Aluminium Foil double layer atau ber'insulate' dengan rockwool. Tapi jangan pula salah faham, yg mana insulation bukan bahan pencegah kebocoran tau. ia adalah bahan penebat haba sama function dengan coating elastomeric tadi.


Jadi nak buka bumbung atau tidak? Bende boleh jimat dan cepat, buat apa buka.


*Tips lain: Make sura dinding rumah juga dicat baru dengan menggunakan jenis cat yang mampu melindungi sinaran UV. ada banyak brand dah provide. Kalau dinding rumah itu guna batu simen laa. Kalau rumah pakai batu merah, Insya Allah ok sikit.


© S&S Roof Expert HQ








3 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Haha.. panas yg tu takpe.. jgn panas yg lain.

Umialya berkata...

Saya ingatkan 'MISTERI' tadi..

Mat Som Sadona berkata...

Sam
Semoga rumah kita semua jadi rumah paling sejuk di atas muka bumi ini.

Umi Alya
Kalau ada misteri dah lama saya jual rumah ni.