Ahad, 27 Ogos 2023

LUAHAN HATI UNTUK NOJA MASJID PEKAN CHAAH

 Noja Masjid Pekan Chaah Bersikap Kasar



Petang semalam, aku pergi jemputan kahwin di rumah saudaraku di Felda Mak Okil dengan isteri, kakak aku dan Hj Johari abang ipar aku.

Oleh sebab waktu perjalanan itu sudah menunjukkan pkl 1.15 petang, aku singgah di Masjid Pekan Chaah.

Aku teruja dengan keindahan prasarana di situ, dan berdetik lepas solat Zohor ni nak preview sedikit kecantikan masjid Chaah ini di Channel YouTube aku.

Namun sayang seribu kali sayang, keluar saja dari tandas masjid itu aku dah kena marah dengan suara nada tinggi  oleh lelaki berkulit gelap itu.

"Letak selipar tu kat atas rak, jangan letak merata!"

Bentaknya dengan tiba-tiba.

Aku agak terkejut.

"Bukan main lagi, AJK masjid sorang ni" Aku bersuara dan bercakap depan dia.

"Ini kerja saya!" Dia pulak menjawab, seolah-olah tugas Noja itu besar sangat di atas muka bumi ini.

Aku rasa dia tidak berhak untuk marah aku macam budak kecil. Aku sebenarnya meletak balik, di mana selipar aku aku mula-mula ambil tadi.

Sesudah itu dia beredar. Aku pun solat. Lepas solat, aku terus  keluar menuju ke kereta. Niat nak preview masjid punah dengan sikap noja Masjid Chaah itu.

Kakak aku pun siap solat. Aku pun cerita apa yang berlaku dengan dia. Rupa-rupanya, dia pernah kena tengking juga, beberapa bulan lalu ketika singgah solat di situ. Juga fasal selipar...

Tak patut, tak patut. Kakak aku yang dah berumur 70 tahun itu pun ditengkingnya. Biadap awak wahai Abang Noja.

Besar sangatkah jawatan kamu itu? Adakah Rasulullah SAW ajar begitu? Jika aku yang dah tua ini pun kena marah begitu, apatah lagi budak-budak. 

Nasib baik semalam aku tak onkan kamera spy aku, kalau tak dah tentu aku viralkan kat Tiktok biar insaf sikit abang Noja tidak berakal itu.

Kalau jadi pengawal keselamatan bank atau kerja lain aku tak kisah. Tetapi sebab kerja di masjid yang melambangkan keindahan Islam, sikap awak kontra sekali dan memalukan. Syiar Islam habis ke laut.

Tidak boleh ke cakap elok-elok? Kesalahan saya bukan curi duit derma masjid. Cuma bagi awak tersalah letak selipar, dimarah macam buat dosa besar!

Isnin, 21 Ogos 2023

RAHSIA DARI SEHELAI DAUN

Mula-mula masuk Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim dulu, antara yang terawal aku belajar ialah Unsur-unsur Seni. 

Unsur seni ada enam iatu garisan, warna, rupa, ruang, jalinan dan bentuk. 

Manakala prinsip rekaan pula ada tujuh iaitu imbangan, irama dan pergerakan, kesatuan, penegasan, harmoni, kontra dan kepelbagaian.

Pensyarah aku kata setiap benda di dunia ini ada unsur seni. Contoh jalinan, mula-mula lihat diri kita sendiri. Kulit kita, cap jari kita. Liang-liang roma, dan lain-lain. Lepas itu kami diarahkan keluar kelas dan memetik sehelai daun. Saksikan jalinan-jalinan  pada urat daun ..

Setelah meneliti daun itu, aku terkesima, Masya Allah. Sebegini lama hidup aku tidak menyedari keajaiban itu. Betapa halusnya ciptaan Allah yang sangat-sangat seni.

Dan urat-urat itu menyalurkan air dari akar ke daun-daun. Allahu Akbar! Ia juga seperti jalinan urat darah di seluruh tubuh badan kita.

Dan ingatlah di dalam Surah Al-Isra ayat 44, 

Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu tidak mengerti tasbih mereka. Sungguh, Dia Maha Penyantun, Maha Pengampun

Khamis, 10 Ogos 2023

KURANG CEMERLANG DALAM SPM, NAK BELAJAR KEMAHIRAN DI MANA?


Kadang-kadang ada yang keliru tentang syarat minimum memohon ke program di Institut Kemahiran MARA Johor Bahru.

NORIHAN MD SAHAD MENJAWAB PERSOALAN



Banyak sangat syarat katanya. Semua lain-lain.


Saya ringkaskan supaya mudah faham. Simpan untuk next intake ye.


📍Sijil Teknologi Kejuruteraan


Syarat minimum memohon:

1️⃣ LULUS SPM

2️⃣ Lulus Matematik

3️⃣ Kepujian SATU (1) subjek


📍Diploma Kompetensi Kimpalan


Syarat minimum memohon:

1️⃣ LULUS SPM

2️⃣ Kepujian mana mana DUA (2) subjek


📍Diploma Kompetesi Elektrik


Syarat minimum memohon:

1️⃣ LULUS SPM

2️⃣ Kepujian SATU (1) subjek kumpulan Sains/ Vokasional/ Matematik

3️⃣ Kepujian SATU (1) subjek lain


📍 Diploma Industri


Syarat minimum memohon:

1️⃣ LULUS SPM

2️⃣ Kepujian DUA (2) subjek termasuk SATU (1) subjek kumpulan Sains/ vokasional


📍 Diploma Teknologi Kejuruteraan


Syarat minimum memohon:

1️⃣ LULUS SPM

2️⃣ Kepujian Matematik

3️⃣ Kepujian SATU (1) subjek kumpulan Sains/ Vokasional. Sains Teras pun boleh.

4️⃣ Kepujian SATU (1) subjek lain

5️⃣ Lulus Bahasa Inggeris


Jika tak ada semua di atas jangan risau, masih ada IKM lain menawarkan program dengan syarat minimum LULUS SPM.


Mohonlah ke Program Sijil Teknologi.


Jika TIDAK LULUS SPM, boleh mohon ke Giat MARA dahulu, barulah sambung ke IKM.


Nota: LULUS SPM bermaksud LULUS BAHASA MELAYU dan SEJARAH

.

.

.

Ini ulangkaji untuk intake Januari 2024 ya. 

Biasanya iklan pengambilan akan dibuat paling awal Oktober.


Iklan keluar di page rasmi IKMJB atau di sini, terus mohon.


Kemudian PM saya bagi detail yang macam selalu saya mintak ya.


Jangan cakap sis tak payung!