Ahad, 27 Ogos 2023

LUAHAN HATI UNTUK NOJA MASJID PEKAN CHAAH

 Noja Masjid Pekan Chaah Bersikap Kasar



Petang semalam, aku pergi jemputan kahwin di rumah saudaraku di Felda Mak Okil dengan isteri, kakak aku dan Hj Johari abang ipar aku.

Oleh sebab waktu perjalanan itu sudah menunjukkan pkl 1.15 petang, aku singgah di Masjid Pekan Chaah.

Aku teruja dengan keindahan prasarana di situ, dan berdetik lepas solat Zohor ni nak preview sedikit kecantikan masjid Chaah ini di Channel YouTube aku.

Namun sayang seribu kali sayang, keluar saja dari tandas masjid itu aku dah kena marah dengan suara nada tinggi  oleh lelaki berkulit gelap itu.

"Letak selipar tu kat atas rak, jangan letak merata!"

Bentaknya dengan tiba-tiba.

Aku agak terkejut.

"Bukan main lagi, AJK masjid sorang ni" Aku bersuara dan bercakap depan dia.

"Ini kerja saya!" Dia pulak menjawab, seolah-olah tugas Noja itu besar sangat di atas muka bumi ini.

Aku rasa dia tidak berhak untuk marah aku macam budak kecil. Aku sebenarnya meletak balik, di mana selipar aku aku mula-mula ambil tadi.

Sesudah itu dia beredar. Aku pun solat. Lepas solat, aku terus  keluar menuju ke kereta. Niat nak preview masjid punah dengan sikap noja Masjid Chaah itu.

Kakak aku pun siap solat. Aku pun cerita apa yang berlaku dengan dia. Rupa-rupanya, dia pernah kena tengking juga, beberapa bulan lalu ketika singgah solat di situ. Juga fasal selipar...

Tak patut, tak patut. Kakak aku yang dah berumur 70 tahun itu pun ditengkingnya. Biadap awak wahai Abang Noja.

Besar sangatkah jawatan kamu itu? Adakah Rasulullah SAW ajar begitu? Jika aku yang dah tua ini pun kena marah begitu, apatah lagi budak-budak. 

Nasib baik semalam aku tak onkan kamera spy aku, kalau tak dah tentu aku viralkan kat Tiktok biar insaf sikit abang Noja tidak berakal itu.

Kalau jadi pengawal keselamatan bank atau kerja lain aku tak kisah. Tetapi sebab kerja di masjid yang melambangkan keindahan Islam, sikap awak kontra sekali dan memalukan. Syiar Islam habis ke laut.

Tidak boleh ke cakap elok-elok? Kesalahan saya bukan curi duit derma masjid. Cuma bagi awak tersalah letak selipar, dimarah macam buat dosa besar!

Tiada ulasan: