Isnin, 21 Ogos 2023

RAHSIA DARI SEHELAI DAUN

Mula-mula masuk Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim dulu, antara yang terawal aku belajar ialah Unsur-unsur Seni. 

Unsur seni ada enam iatu garisan, warna, rupa, ruang, jalinan dan bentuk. 

Manakala prinsip rekaan pula ada tujuh iaitu imbangan, irama dan pergerakan, kesatuan, penegasan, harmoni, kontra dan kepelbagaian.

Pensyarah aku kata setiap benda di dunia ini ada unsur seni. Contoh jalinan, mula-mula lihat diri kita sendiri. Kulit kita, cap jari kita. Liang-liang roma, dan lain-lain. Lepas itu kami diarahkan keluar kelas dan memetik sehelai daun. Saksikan jalinan-jalinan  pada urat daun ..

Setelah meneliti daun itu, aku terkesima, Masya Allah. Sebegini lama hidup aku tidak menyedari keajaiban itu. Betapa halusnya ciptaan Allah yang sangat-sangat seni.

Dan urat-urat itu menyalurkan air dari akar ke daun-daun. Allahu Akbar! Ia juga seperti jalinan urat darah di seluruh tubuh badan kita.

Dan ingatlah di dalam Surah Al-Isra ayat 44, 

Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu tidak mengerti tasbih mereka. Sungguh, Dia Maha Penyantun, Maha Pengampun

Tiada ulasan: