Copy & Paste Sebab Huraian ini menarik. Sumber telah tidak dapat dikesan.
Nak buat Tahlil silakan. Sekiranya tak buat tahlil tak mengapa. Yang membid'ahkan sesatkan tahlil ni kerja wahhabi.
Ulamak nusantara dahulu menjadikan kenduri arwah sebagai program untuk dakwah umat Islam berkumpul beramai-ramai, kenal jiran tetangga dan dalam majlis tersebut membaca sebahagian ayat al Quran seperti :
1. Surah al Fatihah
2. Surah Yaasin
3. Surah Al Ikhlas (baca 3 kali surah al Ikhlas ada fadhilat yang besar termasuk pengisian surah ini yang pada akhir ayatnya mensucikan Allah dari diserupakan dengan makhluk. Bahkan seorang sahabat Rasulullah suka membaca surah ini SETIAP KALI solat fardhu)
4. Surah Al Falaq, Surah an Naas
5. Surah al Baqarah (permulaan surah al Baqarah dan beberapa ayat akhir Surah al Baqarah)
Membaca zikruLlah secara berjemaah (sabit dalam hadith yang sahih zikir berjemaah beramai-ramai dan orang yang bermaksiat juga memperolehi manfaat bila duduk bersama majlis zikir) iaitu :
1. La ilaha illaLlah (dalam hadith sahih mafhumnya siapa yang membaca la ilaha illallah semasa akhir hidupnya pasti akan masuk syurga)
2. SubhanaLlah
3. Ya Allah.
4. AstaghfiruLlah
5. Berselawat (kelebihan selawat ke atas Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam amat banyak, bahkan Allah dan malaikatNya berselawat ke atas nabi)
6. Berdoa beramai-ramai (sabit dalam hadith hasan mengenai perbuatan Rasulullah berdoa beramai-ramai) agar amalan yang dilakukan seperti di atas hadiahnya pahalanya diberikan kepada simati. (ijmak ulamak doa untuk orang-orang yang sudah mati bermanfaat bagi mereka dan pahalanya sampai kepada mereka dan sampai pahala bacaan alQuran merupakan qaul muktamad dalam mazhab asy syafie)
Imam Al-Qurtubi pula berpendapat akan keharusan menghadiahkan pahala bacaan al-Qur’an kepada si mati kerana membaca Al-Qur’an termasuk dalam Sedekah. Dan sedekah memang akan sampai kepada si mati.
عَنْ أَبِى ذَرٍّ عَنِ النَّبِىِّ صلى الله عليه وسلم أَنَّهُ قَالَ « يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْىٌ عَنِ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنَ الضُّحَى ».
Ertinya:Daripada Abu Dzar daripada Nabi SAW bahawa beliau telah bersabda: Setiap pagi ada kewajipan bersedekah untuk setiap ruas. Maka setiap ucapan Tasbih adalah sedekah. Setiap ucapan Tahmid adalah sedekah. Setiap ucapan Tahlil adalah sedekah. Dan setiap ucapan Takbir adalah sedekah. Menganjurkan kebaikan adalah sedekah. Mencegah kemungkaran adalah sedekah. Dan memadai dari itu semua solat dua rakaat sunat Dhuha.
(Riwayat Muslim)
Tazkirah Al-Qurtubi Imam Al-Qurtubi.
Memberi makan kepada jiran tetangga adalah sedekah. Dan ia merupakan sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam.
Kenduri arwah yang dikatakan larangan oleh ulamak nusantara adalah mitos dari wahhabi. Kerana ISU UTAMA yang MAKRUH kan adalah jamuan makan yang diberikan oleh ahli keluarga jenazah SEKIRANYA ahli keluarga TERPAKSA/DIBEBANKAN mengeluarkan wang bagi tujuan menyediakan makanan, hutang mayyit yang belum selesai, menggunakan harta anak yatim. Termasuklah MAKRUH bukan maksudnya HARAM. Bahkan hukum MAKRUH akan terangkat apabila perkara-perkara berkenaan tidak berlaku.
Di Malaysia, umat Islam bukan meratap di dalam majlis tahlil. Wahhabi selalu melakukan penipuan ini kononnya berlaku RATAPAN (merobek-robek pakaian, tidak menerima taqdir) di dalam majlis tahlil. Bahkan umat Islam juga menyumbangkan wang sumbangan kepada keluarga simati, tolong masakkan makanan, saudara terdekat dan jiran tetangga bersama-sama sediakan makanan untuk jiran yang datang.
Di zaman ini umat Islam semakin berpecah belah disebabkan parti, kedudukan, pangkat, nama. Apa yang menyatukan umat Islam ? Berapa ramai yang rajin untuk membaca ayat al Quran setiap hari ? Berapa banyak amalan sunnah yang dihidupkan dalam kehidupan kita seharian ?
Ajaran Wahhabi tidak memberikan solusi kepada persoalan ini. Sebab Wahhabi adalah agen pemecah belah umat Islam. Cukup dengan takfir, tasyreek dan tabdi' yang dilakukan oleh mereka terhadap majoriti ulamak dan umat Islam dalam tulisan dan kuliah mereka. Hingga yang hanya ada jaminan masuk syurga adalah Wahhabi sahaja. Majoriti ulamak dan umat Islam pergi ke mana ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan