Selasa, 13 April 2010

PERKEMBANGAN BATU PAHAT 2010

Mercu tanda Pasar Awam Batu Pahat



Gambar-gambar ini kupaparkan di sini, bukan untuk anda yang sudah biasa berulang-alik
di Batu Pahat. Tetapi khas untuk orang Batu Pahat yang kini mungkin berada di New York, England, New Zealand, Alor Setar, Bintulu. Manalah tahu kalian dah membawa diri meninggalkan Batu Pahat 20 tahun dulu. Lihatlah perbezaannya Kawasan yang dahulunya semak dan banjir, kini sudah berdiri bangunan-bangunan tinggi (tetapi bukan milik aku!).



Ruang untuk berehat begitu banyak di Hospital Batu Pahat.
(Pemuda tampan ini tidak menyangka gambar dia masuk internet)

Bangunan tambahan Hospital Batu Pahat yang dalam pembinaan. Bakal menjadi antara
hospital daerah yang terbesar di negeri Johor.

Balai polis yang baru. Masih belum digunakan rasanya.



Sebahagian lagi Bangunan Balai Polis ini tersergam, persis bangunan di kota metropolitan.
Bakal menjadi balai polis terbesar di Johor.

Balai bomba yang juga baru, lokasi bersebelahan balai polis yang baru.
Kedua-dua bangunan ini terletak bersebelahan Pejabat Pendaftaran dan Pejabat
Tanah Batu Pahat.



Mesjid Sultan Ismail yang bernilai RM 8 juta


Bangunan apa pula yang dalam pembinaan ini?
Bersebelahan dengan Summit Parade.


Kedai Satriatex bersebelahan Bank Rakyat ini sekarang dikuasai oleh Sdra Dani Sulaiman. Masa dia kecik-kecik dulu, aku selalu sekeh kepala dia, tak sangka sekarang jadi ahli koperat. Dani anak kepada Puan Martini dan En Sulaiman (Martini kakak Masrom jiran aku di kampung) Adalah juga, wakil orangJawa memiliki kedai di Batu Pahat.

Sabtu, 10 April 2010

KELAHIRAN ALIFF ISKANDAR


Aliff Iskandar adalah nama pilihan Hamidah.
(Iskandar Zulkarnain kan penakluk dunia?)


Hamidah tabah apabila doktor pakar mengatakan semasa kandungan berusia dua bulan
" Puan, puan usah mengharap sangat dengan kandungan ini, ia akan keguguran dalam
masa yang terdekat".


Syukur semuanya selamat......

Pose pertama Aliff Iskandar


Ketika Aliff Iskandar lahir ke dunia,
dunia ini telah tua dan penuh kemusnahan

Tengah hari 24 Rabiul Akhir 1431 Hijriah bersamaan 9 April 2010 lahirlah anak kami yang keenam. Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Illahi kerana mengurniakan kepada kami seorang lagi cahaya mata, setelah kami kehilangan Auliasafiah pada 13 Jun 2008. Semoga kehadiran Aliff Iskandar dapat memberi cahaya kegembiraan kepada kami. Dan semoga kami berada di kalngan orang-orang yang bersyukur atas segala kurnianNya.

Ahad, 4 April 2010

SEKETIKA DI PARIT YAACOB BERSAMA DR HM TUAH


Dr HM Tuah perasan pulak masa aku ambil gambar dia.
Masa ni aku belum mengenalkan diri kepadanya


LAGI GAMBAR-GAMBAR PERKAHWINAN RAZAK DALAM
WEBSITE DR HM TUAH

Oleh sebab masa aku sampai ini pengantin ADO, Sdra Razak tengah busy betul
dan masih memakai T Shirt, maka aku copy paste gambarnya daripada
blog Wong Koo Lai


Rugi kalau tak datang, Razak menjamu tetamu
dengan ayam golek

Ramai tetamu meraikan pengantin


Oleh sebab pengantin belum sampai, maka peluang bertemu Dr HM Tuah Iskandar aku gunakan sepenuhnya.Berbual-bual seketika tentang novel-novel terbarunya dan aktiviti motivasi beliau yang terkini.

Razak ialah adik kepada Dr Tuah,


(Tarikh pada kamera lupa nak setting lagi).

TINDAKAN APABILA ENJIN KERETA TIBA-TIBA MATI


Panduan berikut mungkin boleh anda lakukan ketika berhadapan dengan masalah enjin mati dengan tiba-tiba. Lakukan pemeriksaan berikut mengikut turutan:

  • Periksa air bateri. Pastikan air bateri cukup iaiutu paras airnya mesti merendam keseluruhjan plat bateri.
  • Periksa kepala bateri, pastikan tidak berkarat atau mempunyai keladak putih dan ketat. Jika berkarat, buka kepala bateri, kikis karat dengan kertas pasir atau pemutar skru, selepas itu pasang semula dengan ketat.
  • Periksa air radiator. Jika kering tambahkan air.
  • Periksa palam pencucuh jika terdapat kesan minyak, bersihkan. Tukar dengan palam pencucuh sekiranya ia terlalu kotor atau sudah lama tidak menukarkannya. Untuk mengelakkan masalah lain berulanmg pemilik kenderaan digalakkan menukarkan palam pencucuh setiap 40,000 km. (palam pencucuh=plug)
  • Periksa Coil. Biasanya apabila panas, ia menjadi punca kenderaan sukar dihidupkan. Puncanya dalam keadaan normal Coil mesti sejuk.
  • Tunggu sehingga sejuk dan hidupkan kereta. Sekiranya boleh dihidupkan pergi ke bengkel terdekat untuk menukarkannya dengan yanmg baru.
  • Jika selepas menukarkan Coil masih sukar untuk dihidupkan ia bermakna berlaku kerosakan pada kondenser.
  • Jika ketika kenderaan dihidupkan ia tersengguk-sengguk kemungkinjan besar masalah berkenaan berpunca daripada penapis minyak yang tersumbat. Terbaik tukar penapis minyak. Harganya pun dalam lingkungan RM 10 sahaja.

MOTIVASI UNTUK CALON SPM YANG KURANG BERJAYA



Keputusan SPM telah diumumkan. Ramai yang berjaya dan ramai juga yang kecundang. Bagi adik-adik yang tidak layak untuk ke universiti dan minat dengan kemahiran
Sila isi borang DI SINI sebelum 12 April 2010.