Rabu, 8 Jun 2011

TIBALAH MASA KAMI BEREHAT


Urusanku untuk negara (kelas tambahan UPSR) sudah pun kubuat
Urusanku untuk kerabat (urusan bicara harta pusaka sudah pun selesai)
Urusanku untuk masyarakat pun dah selesai separuh.....
Anak-anak pun dah lima setengah purnama  memerah urat saraf 
Mereka teringin juga memancing, berenang, berlarian, bercanda di tepian pantai sambil mendengar lagu syahdu....







Selasa, 7 Jun 2011

SEBUAH PERTEMUAN EKSKLUSIF 8 BERADIK

Mereka tidur di rumah bonda
Miss Mirror dan Pn Mar

Orang yang terawal sampai, menanti ketibaan yang lain
Hjh Saripah, Pn Siti

Muncullah guru besar sekolah agama di Senai ni
Kanda Baharuddin

Bonda tersenyum melihat anak-anak berkumpul di lokasi berbeza daripada biasa 

Menanti pintu MAHKAMAH dibuka



21 Jun 2003 ayahanda meninggal, (8 tahun dah) baru 7 Jun 2011 hari ni dapat dibuat pembahagian secara rasmi. Sebabnya, nak kumpulkan mereka ni bukan senang. Kadang-kadang ada yang bersalin, makan angin,
pergi umrah, , kursus wajib yang tak boleh dielak dan macam-macam lagilah. 



 Saat menanti panggilan daripada yang arif

Rasa macam nak kena dakwalah pulak...dag dig dug!

Punyalah sedia, aku sebagai ketua Pemohon nak bercakap dengan hakim dengan hujah-hujah, rupa-rupanya
hakim tu nak short cut je semuanya. Apabila ditanya istilah ROOD, dan entah apa-apa, aku jadi terkedu dan kelu nak bercakap. Ternyata hakim cuma tanya yang wajib saja.

Kanda Timyati dengan anak bujangnya Amirul yang sedang belajar di Politeknik Merlimau.

Sebelum berpisah lagi, kami bergambar ramai-ramai di depan bangunan Gunasama Persekutuan
Batu Pahat ini

Yang posing macam model pun ada

Kita jumpa lagi puasa nanti ok...


Baru satu jam berpisah dengan suami dah rindu...!

Isnin, 6 Jun 2011

MENEGUK CINTA DI BUMI BARAKAH


Melalui iklan kecil sebuah akbar tabloid yang aku iklankan, aku menerima beberapa SMS yang berminat dengan produk-produk kesihatan yang aku tawarkan. Salah seorang daripada mereka ialah Tn Hj Zaman Azad Khan. Setelah menjadi ahli (PERCUMA macam KLIK BANER IKLAN DI ATAS) beliau memperkenalkan produk-produk itu kepada sahabat-sahabatnya di Dungun.

Setelah dua bulan berurusan dengan beliau melalui telefon, Hj Zaman memperkenalkan dirinya sedikit demi sedikit. Mula-mula Hj Zaman memberitahu, pengarah filem Hatta Azad Khan ialah adik kandung beliau. 

Bulan ketiga aku bertanya Hj Zaman. Apa yang sedang dibuatnya ketika itu? Dia menjelaskan sedang menulis cerpen. Wow...tak sangka aku sedang berurusan dengan seorang penulis. Tidak lama kemudian beliau memberitahu aku, beliau sedang menyiapkan sebuah novel.

Akulah yang pertama menempah. Aku mintak nombor akaunnya untuk membuat pembayaran. Namun dia tak membalas SMS aku. Beberapa hari kemudian dia membalas...saya sudah poskan novel saya itu kepada Mat som, dan ia sebagai hadiah tulus ikhlas daripada saya.....Aku mengucapkan terima kasih yang tak terhingga atas hadiah seikhlas itu.

Tengah hari tadi, novel itu aku terima. Barulah aku tahu tajuknya MENEGUK CINTA DI BUMI BARAKAH. Cerita tentang perjalanan haji sepasang suami isteri dari Kuala Trengganu.....aku belum habis baca lagi. Begitulah yang baik sebagai sahabat, yang sentiasa mengingatkan tentang Allah.... dengan caranya yang mulus dan tersendiri. Terima kasih Tn Hj Zaman Azad Khan.

Sabtu, 4 Jun 2011

JADI STOKIS RM 360 SAJA!


Mereka yang berminat nak bisnes, ini peluang terbaik untuk direbut!
STOKIS SMARTHERBS dikehendaki
Berminat SMS 010-3443880

Rabu, 1 Jun 2011

BERLEGAR-LEGAR DI PINGGIRAN DESA

Parit Tengah yang semakin hijau. Pokok-pokok pinang merah
ditanam sepanjang kampung ini


Pokok bakau di Pantai Wawasan

Rumah tinggal ini menarik minat aku

Kerja-kerja pendalaman Parit di Batu 20

Aku belum sempat nak bercuti. Anak-anak masih sibuk dengan kelas. Aku sendiri ada kelas tambahan UPSR. Minggu depan tengoklah. Itu pun selepas tarikh pertemuan lapan orang adik-beradik aku. Jadi sepanjang minggu ni, aku menghantar produk di sekitar Semerah, Pt Yusof, Pt Tengah dan Seri Medan. Ada gambar menarik, aku snaplah buat menambah semak blog ni.