Isnin, 8 April 2013
KEHIJAUAN DI SEKELILINGKU
Sudah seharian membuat kerja-kerja perfailan dan online....rasa kepala pun sudah serabut bagai akar pokok kelapa sawit yang berselirat. Ada keluangan masa, aku meronda-ronda persekitaranku. Ketiga-tiga gambar ini hanya terletak beberapa puluh meter sahaja dari tempat persembunyianku.....banyak bendera di sana-sini!
Sabtu, 6 April 2013
TIP-TIP DAPAT DUIT NUFNANG
pinjam imej syue1802
Hakikatnya, aku tak layak nak menyampaikan ceramah bab nak dapat income Nufnang ni, semua ini disebabkan aku agak kecemburuan dengan Umi Alya.... kerana dapat banyak BE@CPUV, menyebabkan aku tertanya-tanya apa sebenarnya benda CPUV tu, yang aku tahu CPU tu perkakasan komputer....hahahaha!
Beberapa BLOGGER
Nuffnangers mencapai tahap blog yang begitu menakjubkan!,
ia telah menarik banyak pengiklan. Apabila ini berlaku, peluang Posts Sponsored
dan Advertorials akan
mengalir kepada blogger tersebut. Jadi,
beliau hanya perlu menjaga blog dengan
sebaiknya dan pendapatan akan terus
berkembang walaupun semasa mereka sedang tidur.
Bloggers dengan status glitterati juga keutamaan yang lebih tinggi semasa pemilihan.
Bloggers dengan status glitterati juga keutamaan yang lebih tinggi semasa pemilihan.
Tips untuk Kempen CPUV
Nak tau iklan ni yang besar panjang, yang terpapar di header blog kita kat atas tu.
Nak tau iklan ni yang besar panjang, yang terpapar di header blog kita kat atas tu.
Pengiklan akan memilih blog untuk kempen
CPUV berdasarkan beberapa
kriteria seperti jenis pengunjung blog, genre blog dan
pengaruh kepada khalayak pembaca. Sebagai
contoh, sebuah syarikat kosmetik akan
lebih cenderung untuk memilih blog tentang fesyen dan blog kecantikan
dengan sasaran pembaca wanita untuk mengiklankan produk mereka.
Bloggers perlu memilih status glitterati, yang baru tu perlulah rajin menggodek dan meneroka web Nufnang mereka, kerana banyak maklumat yang perlu mereka ketahui di sana.
Untuk memastikan iklan anda tersiar secara optimum, rajin-rajinlah mengemaskinikan profil blogger anda dan menjawab soal selidik kerana ia akan meningkatkan peluang peluang blog anda untuk dipilih dan seterusnya dilamar oleh pengiklan bagi Kempen CPUV mereka.
Bloggers perlu memilih status glitterati, yang baru tu perlulah rajin menggodek dan meneroka web Nufnang mereka, kerana banyak maklumat yang perlu mereka ketahui di sana.
Untuk memastikan iklan anda tersiar secara optimum, rajin-rajinlah mengemaskinikan profil blogger anda dan menjawab soal selidik kerana ia akan meningkatkan peluang peluang blog anda untuk dipilih dan seterusnya dilamar oleh pengiklan bagi Kempen CPUV mereka.
Tips untuk Kempen CPC
Kempen CPC adalah faedah bahawa semua nuffnanger akan dapat menikmatinya. Iklan ni yang bersaiz kecik letak kat tepi blog kita tu. Sama ada blog tentang teknologi atau tentang makanan, iklan CPC akan menjana pendapatan selagi pembaca anda mengklik iklan anda.Untuk blogger baru tu, yang penting pilihlah status Glitterati dulu ok...cari-cari di web Nufnang tu....Jika anda Glitterati satu klik dapat 25 sen, kalau bukan Glitterati dapat 15 sen ajelah.
Kempen CPC adalah faedah bahawa semua nuffnanger akan dapat menikmatinya. Iklan ni yang bersaiz kecik letak kat tepi blog kita tu. Sama ada blog tentang teknologi atau tentang makanan, iklan CPC akan menjana pendapatan selagi pembaca anda mengklik iklan anda.Untuk blogger baru tu, yang penting pilihlah status Glitterati dulu ok...cari-cari di web Nufnang tu....Jika anda Glitterati satu klik dapat 25 sen, kalau bukan Glitterati dapat 15 sen ajelah.
Jadilah sebahagian daripada program Glitterati
Nufnang untuk meraih lebih banyak
pendapatan, dapatkan jemputan eksklusif menghadiri parti khas dan anda benar-benar menikmati faedah! Untuk maklumat lanjut mengenai apa yang anda
dapat apabila anda adalah sebahagian
daripada program Glitterati Nufnang,
Bonus CTR
CTR (Klik Melalui Nisbah) menunjukkan jumlah orang yang klik iklan anda daripada jumlah orang-orang yang telah melihatnya. Semakin tinggi CTR, CTR sebanyak 0.2% dan ke atas anda akan secara automatik layak untuk diberi bonus CTR, yang bermakna sebagai pendapatan tambahan kepada dua bonus di atas.
Ramai yang mengeluh dah sekian tahun bonus Nufnang tak melebihi RM 5.00......SABAR...kita
ini ibarat seperti pemilik stesyen televisyen swasta, kalau hendakkan pengiklan
datang mencurah-curah kita kenalah banyak menyiarkan rancangan-rancangan yang
jadi kegemaran penonton, barulah TV kita ramai yang nak tengok. Apabila ramai
yang tengok, barulah pengiklan berminat dengan TV kita.....
Dulu aku pun tak faham benda ni, sebab tu dulu aku banyak syok sendiri.
Lama-lama kita ni kena kreatif mencari bahan-bahan yang menarik untuk
perhatian pembaca, yang penting ia hasil kita sendiri. Tetapi, aku kerap juga
copy paste daripada akhbar online, sebab masa tu fikiran aku dah tepu...hahaha
Yang aku sampaikan di atas ni pun ciplak daripada web Nufnang....ubah
sikit sana-sini. Satu proses Palagiat yang bermaruah!
Selama aku berblog ni baru sekali aku tuntut cek Nufnang, raya tahun lepas dapat RM 116.20 (memang le aku ni tak tau malu). Ni dah kumpul lagi, kalau boleh raya tahun ni naik sikit dapat RM 200 kut.....hahahaha...Aku pelik dan takjub sangat apabila orang lain boleh dapat riban-riban dalam sebulan! Untuk duit raya tahun ni sampai setakat ini yang terkumpul baru RM 105.55. Aku baru dapat bonus CPUV dan CPC, kalau dapat bonus CTR agaknya dah boleh beli kereta baru...!
Khamis, 4 April 2013
MENCEBURI PENULISAN NOVEL...?
Status Facebook seorang sahabat dari Dungun, "Siaplah sudah novelku untuk dihantar kepada penerbit..." Hebatnya dia...
Tahun lepas, dia mengeposkan sebuah novel yang masih fresh untuk aku secara percuma...
Hati aku berkata-kata..... nak tulis novel ni bukan calang-calang orang, nak tulis cerpen pun tak larat, macam nak pecah kepala, inikan pula nak tulis novel?
Pernah juga mencuba nak tulis cerpen dan berhasrat nak hantar ke akhbar tabloid yang banyak kat pasaran tu, tetapi baru tulis dua perenggan, kepala dah berdenyut-denyut, memang sahlah aku tidak berbakat langsung dalam bidang itu.
Akhirnya, entah macamana, aku terjerumus dalam penulisan blog yang entah apa-apa ni,kat sini boleh melalut, merepek, meraban, asal tidak MELANGGAR AKIDAH dan MELANGGAR UNDANG-UNDANG NEGARA, betul tak? Sama ada, ada yang baca, atau tidak, itu tak pentingkan?...hahaha...Lebih kepada syiok sendiri...Kalau ente terbaca entri aku ni, memang nasiblah.....baiklah ente berbual mesra dengan suami isteri ente pada malam yang penuh barakah ini....hehehehe
Rabu, 3 April 2013
BUBAR......BUBAR......MERIAHNYA LEPAS NI!
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Bangunku
pagi ini kerana bunyi deringan telefon dari kampung, mengkhabarkan seorang
sahabatku terkorban bersama seorang lagi orang kampungku ..dalam kemalangan
tragis di depan Petronas Parit Yaani yang sibuk itu.
Kawan aku naik kereta pacuan empat roda ini...Gambar sumber Facebook para sahabat
Empat kenderaan terbabit dalam kemalangan ini, kepala lori tanker yang melanggar sahabatku itu nampaknya tiada dalam gambar ini
Punca utama kemalangan ini ialah apabila kereta peronda polis ini belok dengan tiba-tiba ke Petronas, dan lori di atas (dari Pt Yaani) menghentam kereta polis, sahabat yang memandu pacuan empat roda dari belakang terkejut dan mengelakkan daripada melanggar lori putih tu, lalu memaut stering ke kanan dan akibatnya bertembung dengan lori tanker di laluan bertentangan secara berdepan.
Baru
dua minggu lepas aku menemuinya dimana ketika itu dia sedang membantu seorang anak dara pingitan yang
terbabas dan melanggar tembok kampung Pt Sedayu itu. Rupa-rupanya itulah pertemuan terakhir
dengannya.
Sejak
Disember lagi aku asyik dikejutkan dengan berita kemalangan ngeri. Bulan
Februari dan Mac telah meragut dua jiwa, jiran setaman dengan aku….Hujung
minggu lepas pula berlaku kemalangan ngeri tidak jauh dari rumahku, di selekoh
Pt Pulai depan Kilang Batu Bata itu, dua orang dari Seri Medan juga terkorban
serta merta di situ.
Kalau
kita lihat di jalan raya itu, kereta dan lori bergerak begitu laju, dan kita
ini apabila berada di jalan raya hanya berserah kepada Allah sahaja.
.......Sempena
pembubaran parlimen ini, aku harap kita semua rasional. Kita akan saksikan
kejutan-kejutan dalam kehidupan ini. Akhir kata, selamat mengundi......
Selasa, 2 April 2013
COMBAT VIC MORROW AND RICK JASON
Tahun 70-an dulu, waktu kecik-kecik, aku dan kawan-kawan sangat meminati rancangan TV ini. Nak tengok TV kenalah bayar 10 sen. Best kalau heronya Vic Morrow.
Langgan:
Catatan (Atom)




