Bangunku
pagi ini kerana bunyi deringan telefon dari kampung, mengkhabarkan seorang
sahabatku terkorban bersama seorang lagi orang kampungku ..dalam kemalangan
tragis di depan Petronas Parit Yaani yang sibuk itu.
Kawan aku naik kereta pacuan empat roda ini...Gambar sumber Facebook para sahabat
Empat kenderaan terbabit dalam kemalangan ini, kepala lori tanker yang melanggar sahabatku itu nampaknya tiada dalam gambar ini
Punca utama kemalangan ini ialah apabila kereta peronda polis ini belok dengan tiba-tiba ke Petronas, dan lori di atas (dari Pt Yaani) menghentam kereta polis, sahabat yang memandu pacuan empat roda dari belakang terkejut dan mengelakkan daripada melanggar lori putih tu, lalu memaut stering ke kanan dan akibatnya bertembung dengan lori tanker di laluan bertentangan secara berdepan.
Baru
dua minggu lepas aku menemuinya dimana ketika itu dia sedang membantu seorang anak dara pingitan yang
terbabas dan melanggar tembok kampung Pt Sedayu itu. Rupa-rupanya itulah pertemuan terakhir
dengannya.
Sejak
Disember lagi aku asyik dikejutkan dengan berita kemalangan ngeri. Bulan
Februari dan Mac telah meragut dua jiwa, jiran setaman dengan aku….Hujung
minggu lepas pula berlaku kemalangan ngeri tidak jauh dari rumahku, di selekoh
Pt Pulai depan Kilang Batu Bata itu, dua orang dari Seri Medan juga terkorban
serta merta di situ.
Kalau
kita lihat di jalan raya itu, kereta dan lori bergerak begitu laju, dan kita
ini apabila berada di jalan raya hanya berserah kepada Allah sahaja.
.......Sempena
pembubaran parlimen ini, aku harap kita semua rasional. Kita akan saksikan
kejutan-kejutan dalam kehidupan ini. Akhir kata, selamat mengundi......
4 ulasan:
wahhh..memang meriah nak pilihanraya ni...kalah nak Raya tau...agak2 ada Sales Pilihanraya tak shopping Complex tak...
minta di jauhkan dari kejadian yang tak diingini bila di jalan raya...
Mama Miraki,
Paling meriah kalau ada pilihan raya kecil macam di Tenang tempoh hari.
Apabila pilihan raya yg jual air, jual burger, jual kebab, jual jagung rebus, jual mi goreng semua laris....!
Yan, semoga kita semua selamat semasa memandu.
Catat Ulasan