Khamis, 4 April 2013

MENCEBURI PENULISAN NOVEL...?





Status Facebook seorang sahabat dari Dungun, "Siaplah sudah novelku untuk dihantar kepada penerbit..." Hebatnya dia...
 

Tahun lepas, dia mengeposkan sebuah novel yang masih fresh untuk aku secara percuma...

Hati aku berkata-kata..... nak tulis novel ni bukan calang-calang orang, nak tulis cerpen pun tak larat, macam nak pecah kepala, inikan pula nak tulis novel?

Pernah juga mencuba nak tulis cerpen dan berhasrat  nak hantar ke akhbar tabloid yang banyak kat pasaran tu, tetapi baru tulis dua perenggan, kepala dah berdenyut-denyut, memang sahlah aku tidak berbakat langsung dalam bidang itu.

Akhirnya,  entah macamana, aku terjerumus dalam penulisan blog yang entah apa-apa ni,kat sini boleh melalut, merepek, meraban, asal tidak MELANGGAR AKIDAH dan MELANGGAR UNDANG-UNDANG NEGARA, betul tak? Sama ada, ada yang baca, atau tidak, itu tak pentingkan?...hahaha...Lebih kepada syiok sendiri...Kalau ente terbaca entri aku ni, memang nasiblah.....baiklah ente berbual mesra dengan suami isteri ente pada malam yang penuh barakah ini....hehehehe

6 ulasan:

Umialya berkata...

samalah ngan saya, tulis blog tapi syok sendiri sebab jalan penceritaan ntah apa2, hihihihi

Qashmere berkata...

Saya tulis blog pon lintang pukang..kalau nak tulis novel ni memang bak umpama langit dan bumi bezanya..haha

Mat Som Sadona berkata...

Umi Alya, ada trademark sendiri,

Mat Som Sadona berkata...

Qashmere, belum cuba belum tau
Kut-kut meletup mengalahkaan novel pak cik Samad Said

Unknown berkata...

As salam Cikgu,

Saya memang pernah berangan nak jadi novelis... tp xde idealah... sb pasaran skrg cerita yg laku biasanya typical malay story... cinta, kahwin paksa or kontrak...hehehe... buat novel pun kena fikirkan pasaran jgk kan :)

Tulis blog lg best! Syok sendiri dah pasti! Yang penting hati gembira :)))

Mat Som Sadona berkata...

Betul kata Marya tu
Semasa saya terjumpa Dr Tuah secara tak sengaja di rumah kerabatnya, beliau yg byk menulis buku memperkatakan perkara yg sama, katanya kalau di Barat, penulis novel boleh kaya raya dengan menulis sebuah novel sahaja.

Tapi saya tengok Marya memang berbakat dlm bidang penulisan, cubalah tulis satu novel cinta,
cinta antara benua ..