Sudah jemu
dengan entri politik? Tak apa, kali ni aku nak cerita lain. Nak cerita lagi
tentang kenalan-kenalan baru yang aku dapat daripada blog aku yang
merepek-meraban, blog yang tiada nilai intelektual ni, sebab aku pun tak larat
nak masuk universiti. Tahun lepas dapat juga tawaran percuma daripada kerajaan,
tetapi aku dah tua, tak laratlah kalau kena buli dengan pensyarah yang
bijak-bijak itu nanti. Jadi dengan sukacitanya aku menolak tawaran khas untuk guru-guru tua itu dengan alasan bertulis: Tidak sanggup untuk menghadapi tekanan.
Aku nak
cerita tentang orang-orang yang aku telah temui Minggu Ini disebabkan blog ini. Kenalan pertama
bernama Lim. Lim ni baru kahwin. Kerja dia jual ikan di pasar Batu Pahat. Kalau
dia tengah kerja, memanglah baunya pun macam ikan juga. Mula-mula aku jumpa dia
dulu, dia datang dengan Altis. Aku tak sangka produk Bio Asli ni diminati juga
oleh orang Cina juga. Pertama kali jumpa, memang manyak seronok...macam kawan
lama. Dia kata jumpa barang baik tu kat blog aku. Aku tanya dia, awak boleh
baca Melayu ke? Dia cakap, tengok oranglah, dia dulu sekolah mana...
Kenalan baru
yang kedua, yang aku jumpa minggu ni En Sukor dari Pagoh. Apabila aku tanya, di
mana dia dapat nombor hp aku? Daripada blog akukah? Dia kata bukan, dia dapat
daripada web Suara Simpang Kiri. Ah, gasak dialah. Yang penting dia nak beli kapsul
kelapa dara ni.
Selalunya
yang call atau SMS, lelaki. Minggu ni pulak, dah mula ada Puan-puan yang
menghubungi aku. Ada dua orang dari Pt Raja yang telah aku temui semalam. Semuanya
kerana mereka nak anjalkan P.... D..... mereka. Ah bagaimana aku nak
terangkan cara-cara menggunakan produk ni? Dah Bio Asli keluarkan produk ni,
aku kenalah jual. Kertas-kertas brosur dapat membantu, tak perlu aku
terkeseng-keseng.
Baru ni tadi,
aku jumpa satu akak di Parit Yaani. Turun aje kereta, dia dah datang menemui
aku. Pada hal banyak orang dan kereta di situ. Bagaimana dia begitu kenal akan
diri aku ni? "Saya dah lama ikut blog cikgu, cuma tak nak komen aje, saya
ni ada masalah alergik..... " Eh,
macam doctor pulak, rasanya apabila orang mengadu sakit itu dan ini.
Apabila orang
kata, orang baca blog aku, aku jadi malu sendiri. Entah apa-apa yang aku cerita
di sini, dan orang baca...?
Dan yang
paling merisaukan aku, Sabtu 4 Mei ni, penyarah UPM kat Sarawak tu nak datang
jumpa aku, gara-gara entri fasal udang kara di Pt Sulong ni. Aku bimbang,
beliau itu tidak akan memperoleh sesuatu yang berharga dalam pertemuan dan
kajian tentang habitat udang kara di longkang Pt Sulong itu. Bagi ramai orang,
kejadian udang kara menjengah Pt Sulong tempoh hari mungkin tiada apa-apa
istimewanya, tetapi bagi Encik Johan, ia sesuatu yang sangat berharga bagi
kajiannya.
Aku rasa aku
akan keluarkan entri tentang kedatangan pensyarah UPM Sarawak itu nanti.
Tetapi mungkin kedatangannya sehari sebelum PRU13 tidak akan diketahui dan dipedulikan oleh
para penduduk tersebut, kerana masing-masing sedang sibuk berdebat di
warung-warung sekitar Parit Sulong yang indah ini.
4 ulasan:
Ylh, saya kenal cikgupn dari Blog: Suara Simpang Kiri, femes sebenarnya Cikgu Mat Som, ngalahkan retis femes gitu, ahakkkkkkk...
Che Mid dapat perkataan baru.. " terkeseng-keseng".. apakah maksudnya, adakah.. beria-ia.
Blog Umi Alya lagilah fames giler...
Blog saya ni kurang mesra alam sikit.
Terkeseng-keseng ada dlm kamus dewan, yg membawa maksud, TERSIPU MALU....lagu Carta Hati Najwa Latif kena tukar senikata nampaknya, utk femeskan TERKESENG-KESENG ni
Catat Ulasan