Ahad, 16 Jun 2013

SERI MUKA PENGANTIN MEMUDARATKAN KEHIDUPAN

Dr Jahid Sidek: Imej Google

Dr Jahid Sidek yang telah merawat penyakit Alzheimer selama 20 tahun menulis dalam majalah ISLAM keluaran Jun. Artikel sebanyak empat muka surat itu saya ringkaskan di sini. Saya ambil isi-isi yang penting dan isu-isu yang mengejutkan sahaja.

Menurutnya elzheimer ialah satu keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehingga pesakit tidak boleh mengurus diri. Ia digolongkan sebagai salah satu jenis penyakit nyanyuk. Ia bukan kerana penuaan.Tetapi berpunca daripada berkumpulnya jin atau syaitan di bahagian saraf ke muka, kepala, leher, tengkuk dan bahagian atas dada pesakit. Sehingga semua mesej kebahagian tersebut terganggu dan terhalang. Bukti-bukti iblis boleh menyebabkan kita menjadi lupa terkandung dalam ayat Quran surah Al Kahfi ayat 63. Juga dalam surah Yusuf ayat ke 42.

Sebab Jin masuk ke dalam tubuh: Antaranya mereka masuk sendiri, menerusi sihir, juga melalui amalan dan ilmu seperti kebal, penyeri muka, penggerun, penimbul. Selain itu saka atau keturunan. Di samping itu juga melalui rawatan perbomohan dan pawang.

Yang saya kata mengejutkan itu ialah Dr Jahid menulis. Ada pesakitnya yang terlupa, mereka kata tidak pernah mengambil ilmu penyeri muka? Lupakah bahawa satu masa mereka pernah menjadi pengantin? Mereka melanggan dengan mak andam yang memasukkan penyeri muka supaya pengantin kedua-duanya kelihatan sangat cantik dan berseri-seri di atas pelamin. Mak andam pula tidak menanggalkan penyeri muka itu dan membiarkannya kekal bersemadi terus di wajah pasangan ini. Satu lagi jika kita membeli kosmetik yang telah dijampi oleh pembuatnya juga akan mengundang jin ke wajah kita.

Tanda awal penyakit Alzheimer ialah semasa mudanya emosi tidak stabil, cepat marah, selalu bertengkar, mudah tersinggung, buruk sangka, selalu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara, berasa bimbang tidak tentu fasal dan sebagainya.

Bagi orang yang selalu mengawasi mukanya,kelihatan ada dua rupa wajahnya. Kadang-kadang kelihatan cantik, dan kadang-kadang kelihatan buruk. Perubahan ini kerana jin yang menghuni kawasan mukanya.

Tanda-tanda penyakit ini ketahap teruk ialah dia lupa akan ahli keluarganya. Sehingga kehidupannya terpaksa diuruskan oleh pasangannya atau anak-anaknya. Antara contohnya ialah penyakit yang dideritai oleh seorang pengarah dan pelakon filem terkenal.

Jika hendak tahu lebih lanjut bacalah majalah Islam keluaran bulan Jun 2013. Adakah kalian sering lupa meletakkan kunci kereta dan dompet? Ha itu adalah tanda-tanda awal, nauzubillah....

Jumaat, 7 Jun 2013

KENANGAN ITU MEMBUNUHKU.



Kenangan itu membunuhku....Akhir-akhir ini aku kehilangan semangat sebentar kerana aku kehilangan beberapa orang sahabat yang pergi dengan tiba-tiba. Di pekan kecil ini aku semakin kehilangan....

Kehilangan mereka yang sering bersembang denganku....mereka menemui Allah dengan tiba-tiba.... Allah lebih menyayangi mereka..... Kerana itulah blog aku akhir-akhir ini hanya bermonolog...Aku sedang belajar sebuah kehidupan yang hakiki, bahawa kita semua ini milik Allah..




Rabu, 5 Jun 2013

MADDI JANE-PRICE TAG

Maddi Jane dengan lagunya Price Tag (Penyanyi asal Jessie J) mempunyai suara yang tersendiri...

Seems like everybody's got a price,
I wonder how they sleep at night.
When the sale comes first,
And the truth comes second,
Just stop for a minute and smile
Why is everybody so serious?
Acting so damn mysterious?
Got your shades on your eyes And your heels so high
That you can't even have a good time
Everybody look to their left (yeah)
Everybody look to their right (uh)
Can you feel that (yeah)
We're paying with love tonight?
It's not about the money, money, money
We don't need your money, money, money
We just wanna make the world dance,
Forget about the price tag
Ain't about the (uh) Cha-Ching
Cha-Ching Ain't about the (yeah)
Ba-Bling Ba-Bling
Wanna make the world dance,
Forget about the price tag
We need to take it back in time,
When music made us all unite!
And it wasn't low blows and video hoes,
Am I the only one getting tired?
Why is everybody so obsessed?
Money can't buy us happiness
Can we all slow down and enjoy right now?
Guarantee we'll be feeling alright 
Yeah yeah Well,
keep the price tag And take the cash back
Just give me six strings and a half stack
And you can, can keep the cars
Leave me the garage And all I, yes all I need
Are keys and guitars
And guess what, in 30 seconds
I'm leaving to Mars Yeah we leaving across
These undefeatable odds
It's like this man
You can't put a price on a life
We do this for the love
So we fight and sacrifice Every night
So we ain't gonna stumble and fall
Never Waiting to see or send a sign of defeat
Uh uh So we gonna keep everyone
Moving their feet
So bring back the beat
And then everyone sing
It's not about the money
Yeah yeah Oh-oh
Forget about the price tag

Sabtu, 1 Jun 2013

DUA CARA MENGUATKAN KESELAMATAN AKAUN FACEBOOK ANDA

Dua langkah mudah memastikan FACEBOOK kalian selamat daripada diceroboh: 1. Pastikan url FB anda bermula dgn https bukan http 2. Jika ada org bagi link yg mencurigakan jgn sesekali klik pada link tersebut