Dr Jahid Sidek: Imej Google
Menurutnya elzheimer ialah satu keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehingga pesakit tidak boleh mengurus diri. Ia digolongkan sebagai salah satu jenis penyakit nyanyuk. Ia bukan kerana penuaan.Tetapi berpunca daripada berkumpulnya jin atau syaitan di bahagian saraf ke muka, kepala, leher, tengkuk dan bahagian atas dada pesakit. Sehingga semua mesej kebahagian tersebut terganggu dan terhalang. Bukti-bukti iblis boleh menyebabkan kita menjadi lupa terkandung dalam ayat Quran surah Al Kahfi ayat 63. Juga dalam surah Yusuf ayat ke 42.
Sebab Jin masuk ke dalam tubuh: Antaranya mereka masuk sendiri, menerusi sihir, juga melalui amalan dan ilmu seperti kebal, penyeri muka, penggerun, penimbul. Selain itu saka atau keturunan. Di samping itu juga melalui rawatan perbomohan dan pawang.
Yang saya kata mengejutkan itu ialah Dr Jahid menulis. Ada pesakitnya yang terlupa, mereka kata tidak pernah mengambil ilmu penyeri muka? Lupakah bahawa satu masa mereka pernah menjadi pengantin? Mereka melanggan dengan mak andam yang memasukkan penyeri muka supaya pengantin kedua-duanya kelihatan sangat cantik dan berseri-seri di atas pelamin. Mak andam pula tidak menanggalkan penyeri muka itu dan membiarkannya kekal bersemadi terus di wajah pasangan ini. Satu lagi jika kita membeli kosmetik yang telah dijampi oleh pembuatnya juga akan mengundang jin ke wajah kita.
Tanda awal penyakit Alzheimer ialah semasa mudanya emosi tidak stabil, cepat marah, selalu bertengkar, mudah tersinggung, buruk sangka, selalu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara, berasa bimbang tidak tentu fasal dan sebagainya.
Bagi orang yang selalu mengawasi mukanya,kelihatan ada dua rupa wajahnya. Kadang-kadang kelihatan cantik, dan kadang-kadang kelihatan buruk. Perubahan ini kerana jin yang menghuni kawasan mukanya.
Tanda-tanda penyakit ini ketahap teruk ialah dia lupa akan ahli keluarganya. Sehingga kehidupannya terpaksa diuruskan oleh pasangannya atau anak-anaknya. Antara contohnya ialah penyakit yang dideritai oleh seorang pengarah dan pelakon filem terkenal.
Jika hendak tahu lebih lanjut bacalah majalah Islam keluaran bulan Jun 2013. Adakah kalian sering lupa meletakkan kunci kereta dan dompet? Ha itu adalah tanda-tanda awal, nauzubillah....
19 ulasan:
Tiba2 rindukan insan tersayang apabila menbaca catatan ini..
urmm... arwah ayah mengidap penyakit ini semasa dipenghujung hayatnya, mungkin dek tekanan hidup, bekerja kg siang & malam untuk membesarkan 8 orang anak, waktu untuk dia mmg tiada, al fatihah..
Al-Fatihah
utk arwah ayah UmiAlya
zaman moden sekarang masih ada ke yg mengamalkan benda songsang ni. Apa yg saya tahu orang dulu2 memang kebanyakkannya mengamalkan ilmu yg tak berapa elok ni
gud info...fakta menarik n 1st time baru saya tahu...terima kasih
Aku pernah jumpa org yg mukanya kejap tua kejap muda... dan kau pun kenal org itu. Apakah? Kwang kwang kwang...
ShidahRamli
Ramai lagi, tanyalah mak andam tu
Ramai lagi yg mengamalkan penyeri muka ni
TKASIH Wan Hayden
tkasih kembai
Pernah jumpa....?
Dan saya kenal dia...?
Ramai sgt yg cantik, lupa pulak siapa...ah,lupakan.Agaknya dia pakai bedak ajaib.
Tksih Busuk.org entri ni masuk list hari ni...tkasih yg berkunjung ke sini.....
Salam, yang Che Mid perasan bila dah semakin tua ni daya menghafal semakin berkurangan tak macam masa muda-muda dulu. Skrg ni hafal satu ayat pun payah yang amat. Ingat yang awal, lupa yang akhir, ingat yang akhir lupa yang depan... tapi harap2 tak le sampai alhzeimer.. nauzubillah..
Walaikumusalam Che Mid
Situasi itu akan dilalui oleh kita semua,iaitu sedikit lupa-lupa.
Ya,semoga kita semua terhindar drp penyakit yg merisaukan itu...
Doa byk2 dan dgn penuh bersungguh2
terutama di bulan Ramadhan nanti, waktu pintu2 doa dibuka seluas2nya
org kata rajin2 membaca..
di mulakan dgn bismillah di sudahi alhamdulillah
As salam cikgu,
Alamak, rupanya seri pengantin tu benar ye..! Zaman skrg ade lagi ke amalan begitu? Saya teringat kata2 ustazah saya dulu, kalau taknak nyanyuk dah tua nnt bykkan baca Al-Quran... insya'Allah terhindar dr peyakit Alzheimer ni... Tp penyakit ni semua dtg dari Allah, dan pasti ada ruqyahnya... wallahu'alam...
Jujurnya rasa seram pulak bila nyanyuk dikaitkan dgn jin...ngeee~
saya tak tau seri muka pengantin tu adalah sejenis amalan. ish. takut saya nak kahwin..
K.Nor
Amalkan wirid2 tertentu spt doa Nabi Yunus dlm perut ikan Nun
Waalaikumslm Marya
Entahlah Marya, itu semua yg kata ustaz Jahid Sidek.
Seri wajah yg berjampi dgn muka pengantin yg sedia berseri-seri kerana gembira sgt tentu berbeza. Yg penting tidak over dalam bersolek, kerana nanti muka jd mcm heroin wayang zaman dulu
Boni..............
Kahwin ikut cara Islam ya...
Ambik makcik sendiri sebagai mak andam.
Terima kasih sahabat...info anda sangat membantu memberi peringatan pada diri ini untuk bersiap sedia menghadapi hari tua itu....
Tkasih,
bilah sahabatku En Mudzakir nak menulis blog lagi? Teringin juga membaca karya terbaru sdra
Catat Ulasan