Khamis, 27 Jun 2013

SUAMI MESTI SELALU CHECK KERETA ISTERI


Bilakah kali terakhir anda memandu kereta isteri anda?
Atau bilakah kali terakhir suami anda memeriksa kereta anda?
Mengapakah suami mesti memandu kereta isteri mereka?

Tidak lain dan diperakukan oleh dunia, lelaki biasanya lebih arif tentang bahagian-bahagian kereta berbanding wanita. Rasanya 80% wanita (tanpa kajian, hanya pendapat saya), wanita hanya tahu start kereta dan memandunya sahaja. Jika kereta bocor di tengah jalan, mereka akan panik dan talian hayat yang pertama dipanggil ialah suami, ayah, abang atau pakwe mereka? Adakah golongan lemah ini mampu membuka tayar?

Justeru, suami mesti memandu kereta isteri mereka untuk membeli rokok barangkali. Dalam beberapa minit itu suami dapat scan kereta isteri mereka. Adakah stering senget, atau ada bunyi-bunyi drive sharp yang meragukan, boleh dikesan oleh suami ketika itu. 

Apabila memandu di jalan raya, kereta wajib dalam keadaan paling selamat. Adakah ada jaminan kereta yang kerusinya masih dibalut plastik tidak menghadapi masalah? Saya pernah jumpa kereta baru yang kehabisan air, gara-gara perempuan itu tidak tahu kereta mereka diisi air.

Apabila air kereta habis dalam perjalanan, jangan cepat-cepat isi air itu!  Tunggu kurang-kurang 30-45 minit, sudah sejuk....barulah isi air ke tangki yang dah cool tu. Jika tidak, enjin kereta anda akan rosak...kalau kereta baru, alamatlah ribu beb. Kawan saya pernah terkena. Kereta pinjam pulak tu masa tu.

Jadi....jangan ego, belajarlah sedikit-sedikit tentang kereta. Paling asas ialah mengisi air, minyak hitam, oil filter, minyak brek....tayar cukup angin atau tidak. Almaklumlah suami-suami sekarang ini sibuk cari duit untuk survive kehidupan yang semakin kalut ini.

Yang aneh sekali, isteri ada lesen memandu, tetapi tak pernah sekalipun dapat memandu sebab tidak ada keyakinan. Mulakan pemanduan anda esok, kurang-kurang untuk ke kedai terdekat.

5 ulasan:

Umialya berkata...

alorrrrr cikgu, peritnya nak terima hakikat... maklum le hubby merangkap PA & Pemandu bertauliah buat isteri kesayangannya ini.. hihihihi

pB berkata...

salam perkenalan ...

Qashmere berkata...

Yang takde suami macamana ni mat som?

Kayu Manis berkata...

suami akak..mmg urus semua kereta akak..isi minyak,pum tayar..servis semua dia buat...termasuk la cuci kereta..akak pandu je..

tapi urusan hantar anak itu ini,serah pd kak..termasuk urusan2 penting ..suami kat opis dah...

adibah pun dah ada lesen memandu..lps aje dpt lesen..panjang le langkah dia..kita pulak naik risau bila dia bawa...

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Somi mithali mcm somi I tu mmg akan buat semua tu tanpa diminta punn..