Dr Jahid Sidek: Imej Google
Menurutnya elzheimer ialah satu keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehingga pesakit tidak boleh mengurus diri. Ia digolongkan sebagai salah satu jenis penyakit nyanyuk. Ia bukan kerana penuaan.Tetapi berpunca daripada berkumpulnya jin atau syaitan di bahagian saraf ke muka, kepala, leher, tengkuk dan bahagian atas dada pesakit. Sehingga semua mesej kebahagian tersebut terganggu dan terhalang. Bukti-bukti iblis boleh menyebabkan kita menjadi lupa terkandung dalam ayat Quran surah Al Kahfi ayat 63. Juga dalam surah Yusuf ayat ke 42.
Sebab Jin masuk ke dalam tubuh: Antaranya mereka masuk sendiri, menerusi sihir, juga melalui amalan dan ilmu seperti kebal, penyeri muka, penggerun, penimbul. Selain itu saka atau keturunan. Di samping itu juga melalui rawatan perbomohan dan pawang.
Yang saya kata mengejutkan itu ialah Dr Jahid menulis. Ada pesakitnya yang terlupa, mereka kata tidak pernah mengambil ilmu penyeri muka? Lupakah bahawa satu masa mereka pernah menjadi pengantin? Mereka melanggan dengan mak andam yang memasukkan penyeri muka supaya pengantin kedua-duanya kelihatan sangat cantik dan berseri-seri di atas pelamin. Mak andam pula tidak menanggalkan penyeri muka itu dan membiarkannya kekal bersemadi terus di wajah pasangan ini. Satu lagi jika kita membeli kosmetik yang telah dijampi oleh pembuatnya juga akan mengundang jin ke wajah kita.
Tanda awal penyakit Alzheimer ialah semasa mudanya emosi tidak stabil, cepat marah, selalu bertengkar, mudah tersinggung, buruk sangka, selalu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara, berasa bimbang tidak tentu fasal dan sebagainya.
Bagi orang yang selalu mengawasi mukanya,kelihatan ada dua rupa wajahnya. Kadang-kadang kelihatan cantik, dan kadang-kadang kelihatan buruk. Perubahan ini kerana jin yang menghuni kawasan mukanya.
Tanda-tanda penyakit ini ketahap teruk ialah dia lupa akan ahli keluarganya. Sehingga kehidupannya terpaksa diuruskan oleh pasangannya atau anak-anaknya. Antara contohnya ialah penyakit yang dideritai oleh seorang pengarah dan pelakon filem terkenal.
Jika hendak tahu lebih lanjut bacalah majalah Islam keluaran bulan Jun 2013. Adakah kalian sering lupa meletakkan kunci kereta dan dompet? Ha itu adalah tanda-tanda awal, nauzubillah....