Sabtu, 29 Jun 2013

PENGEDARA ERA EDAR BATU PAHAT MAT SA,EXAMO, SALINDAH


PENGEDAR EXMO DAN SALINDAH BATU PAHAT
HUBUNGI: +610-343880

 EXAMO-CKM 500 RM 56 - SEMENANJUNG
RM 61 - SABAH/SARAWAK 



 EXAMO CKM-500 PLUS RM 28.00 SEMENANJUNG
RM 31 SABAH/SARAWAK


MATSA RM 45 SEMENANJUNG
RM 48 SABAH SARAWAK



KOS POS LAJU UTK SEMENANJUNG RM 6
SABAH SARAWAK RM 10

CARA ORDER:
Bank In ke CIMB: NO  
7043 9284 74
MAT SOM/HAMIDAH
atau
Bank In
ke BSN : 01126-41-0000-3090-5 

MAT SOM SADONO

Setelah bank in SMS segera
ke 010-3443 880
Kemudian nyatakan:


Nama<>Alamat<>Bank in di bank<>Jumlah RM


Produk dihantar secara Pos Laju

Yang ingin mendapatkan produk-produk Era Edar sila hubungi saya di nombor 
010-3443 880

Kelebihan produk-produk ini dan puluhan produk lagi termasuk SALINDAH tidak perlu dipertikaikan lagi, kerana telah berada di pasaran selama 30 tahun!













Khamis, 27 Jun 2013

SUAMI MESTI SELALU CHECK KERETA ISTERI


Bilakah kali terakhir anda memandu kereta isteri anda?
Atau bilakah kali terakhir suami anda memeriksa kereta anda?
Mengapakah suami mesti memandu kereta isteri mereka?

Tidak lain dan diperakukan oleh dunia, lelaki biasanya lebih arif tentang bahagian-bahagian kereta berbanding wanita. Rasanya 80% wanita (tanpa kajian, hanya pendapat saya), wanita hanya tahu start kereta dan memandunya sahaja. Jika kereta bocor di tengah jalan, mereka akan panik dan talian hayat yang pertama dipanggil ialah suami, ayah, abang atau pakwe mereka? Adakah golongan lemah ini mampu membuka tayar?

Justeru, suami mesti memandu kereta isteri mereka untuk membeli rokok barangkali. Dalam beberapa minit itu suami dapat scan kereta isteri mereka. Adakah stering senget, atau ada bunyi-bunyi drive sharp yang meragukan, boleh dikesan oleh suami ketika itu. 

Apabila memandu di jalan raya, kereta wajib dalam keadaan paling selamat. Adakah ada jaminan kereta yang kerusinya masih dibalut plastik tidak menghadapi masalah? Saya pernah jumpa kereta baru yang kehabisan air, gara-gara perempuan itu tidak tahu kereta mereka diisi air.

Apabila air kereta habis dalam perjalanan, jangan cepat-cepat isi air itu!  Tunggu kurang-kurang 30-45 minit, sudah sejuk....barulah isi air ke tangki yang dah cool tu. Jika tidak, enjin kereta anda akan rosak...kalau kereta baru, alamatlah ribu beb. Kawan saya pernah terkena. Kereta pinjam pulak tu masa tu.

Jadi....jangan ego, belajarlah sedikit-sedikit tentang kereta. Paling asas ialah mengisi air, minyak hitam, oil filter, minyak brek....tayar cukup angin atau tidak. Almaklumlah suami-suami sekarang ini sibuk cari duit untuk survive kehidupan yang semakin kalut ini.

Yang aneh sekali, isteri ada lesen memandu, tetapi tak pernah sekalipun dapat memandu sebab tidak ada keyakinan. Mulakan pemanduan anda esok, kurang-kurang untuk ke kedai terdekat.

Sabtu, 22 Jun 2013

PEROKOK TEGAR PUN MEMAKAI MASK!


Sungai Simpang Kiri di Parit Sulong mengalir lesu....

Seharian ini aku banyak berkurung di rumah. Sekolah dicutikan. Hendak membersihkan kebun seperti biasa pun agak bimbang, apabila kerajaan mengistiharkan IPU hari ini dalam situasi membahaykan kesihatan.

Petang tadi aku memandu kereta ke sekitar tempat tinggalku dan berpusing-pusing di bandar Batu Pahat. Aku menyaksikan ramai telah memakai mask. 20% rasanya penduduk Batu Pahat telah memakai penutup mulut dan hidung itu.

Lalu aku terfikir, beberapa lelaki ganteng itu yang memakai topeng jerebus tu,penghisap rokokkah dia? Kalau dia seorang penghisap rokok tegar, alangkah lucunya. Sebab asap rokok yang IPU nya beratus kali ganda bahayanya daripada asap hutan Riau yang terbakar itu?

Secara logiknya orang memakai mask kerana takut tersedut asap. Tetapi, para perokok memasukkan asap ke dalam paru-paru mereka secara rela dan gembira. Maaflah sahabat-sahabatku. Kalian jangan mare,nanti kena jual!

Dah dekat-dekat aku nak membelok ke kawasan rumahku. Aku menyaksikan seorang makcik tua dengan selamba membakar timbunan daun-daun dan plastik, lalu asapnya menerawang naik ke udara dengan megahnya.....makcik...makcik..... nak cakap susah, tak cakap pun susah....

Khamis, 20 Jun 2013

GAMBAR KEBAKARAN HUTAN DI WILAYAH RUMBAI,PEKAN BARU,RIAU SUMATERA









Indonesian firefighters from the Forest Ministry battled forest fires on June 20 in Pekanbaru, the capital of Riau province on Sumatra island.

 Mereka cuba memadamkan api itu dengan apa yang ada: Sumber CNN
An aerial photograph taken on June 17 showed smoke billowing from fires in areas surrounded by agricultural plantations in Rokan Hilir town in Sumatra, about 280 kilometers (173 miles) west of Singapore.
Kebakaran di Sumatera: sumber CNN
Gambar Antaranews
A man cut a striking figure against Singapore's hazy skyline on June 20.
Singapura terjejas teruk 


Arahan telah dibuat supaya sekolah-sekolah di Batu Pahat dan Muar bercuti hari ini dan esok. Indek Pencemar Udara telah melebihi 300. Cuti ini adalah cuti berganti. Sebahagian besar sekolah meneruskan pembelajaran hari ini kerana arahan itu diterima hampir tengah hari tadi. Jumlah sekolah yang diarahkan bercuti ialah 386 buah sekolah.

Sepatutnya penduduk tiga negara bersembahyang memohon hujan.....! Hanya Allah sahaja pelindung kita.

Apa-apapun jagalah kesihatan ahli keluarga anda.....minum air banyak-banyak ya. Berkurung di dalam rumah sambil membaca novel cinta barangkali. Tentu elok sekali kalau kita tidak lupa untuk membaca AL-QURAN.....