Isnin, 15 Julai 2013

RAMADHAN MENDIDIK JADI SUAMI ISTERI MITHALI

Bulan puasa ni memang tak ada cerita lain. Cerita resepi, menu, makanan, juadah. Buka TV aje chef montel, chef gemuk, chef becok, chef tinggi sedang berceloteh.

Namun, bulan Ramadhan nilah bulan membentuk kita jadi suami atau isteri mithali. Contohnya, petang ni aku dah tolong belikan dan bentangkan sebahagian bahan-bahan yang nak dimasak oleh isteri aku di atas meja. Dah tolong bersihkan ayam dan ikan yang nak dimasak. Dan akhir sekali tolong makankan...kejap lagi 7.23


Tengok tu, petang ni aku mengidam budu dan ikan masak pindang. Anak-anak aku pula minta lauk ayam masak tomato.

Awal Ramadhan hari tu ada suami mengamuk dan mendera isteri kerana tak menyediakan masakan untuk bersahur. Kesemua ahli keluarga mesti menyediakan hphone ke mud penggera, setkan bangun pukul berapa. Sesiapa pun tidak berhak untuk memarahi yang lain (terutama pasangan) kalau dah terbangun ketika Azan Subuh telah berkumandang.  

Sedaya upaya mungkin, janganlah sampai kami tak sahur. Kasihanilah anak-anak kami yang sesetengahnya baru nak belajar berpuasa itu......


Ahad, 14 Julai 2013

TIP SUPAYA ANAK TAK PECAHKAN GELAS

 Anak-anak kami ni peminat air teh bunga

Dah berdozen-dozen cawan dan gelas dipecahkan dan terjatuh, terlaga, sehingga kadang-kadang membahayakan anak-anak kami. Belum termasuk perang mulut, sama ada mengaku atau menafikan siapa yang pecahkan gelas. Jadi, Ramadhan kali ini aku menggunakan kaedah emak aku dulu. Bagi cawan plastik yang ada tangkai dan berwarna-warni.

Setiap seorang memiliki gelas yang berbeza warna. Ini untuk mengesan dengan mudah siapa yang tidak mencuci cawan tersebut. Maklumlah kami tidak ada bibik.

Sejak awal Raamadhan, Alhamdulillah gelas-gelas kaca dan cawan kaca telah disimpan di dalam almari. Dan Alhamdulillah mereka sudah mula mencuci cawan masing-masing.

CARA MUDAH KEJUTKAN ORANG UNTUK BERSAHUR

Ok tak agak-agak? Hahahhhahahaha Pengalaman warga Indonesia berpuasa di Malaysia. Antaranya beliau menulis...... Perbezaan kita dengan mereka antaranya, mereka mengejutkan orang bangun sahur dari rumah ke rumah, kita pula bangun sahur dengan inisiatif diri sendiri. Apa kata kita kejutkan kawan-kawan kita untuk bangun sahur dengan menghantar SMS untuk 10 teman terdekat?

Jumaat, 12 Julai 2013

BANDAR UNIVERSITI PAGOH



Selamat berpuasa semua! Alhamdulillah aku masih bernafas lagi. Akhir-akhir ini aku hilang semangat nak menulis entri. Ini disebabkan netbook aku ni ada masalah certificate entah apa bendalah tu. Dah hantar kedai pun tak  boleh setle. Nak berblog dan berfacebook kena guna laptop anak. Mereka pun busy dengan kerja-kerja sekolah yang mengalahkan budak universiti. Yang peliknya boleh pulak aku buka Yahoo. Siapalah dengki kat aku ni. Tak apalah, asal jangan tembak aku di depan sekolah sudahlah.

Gambar di atas tu, aku ambil ketika aku membuat lawatan mengejut ke Bukit Gambir. Memang terkejut aku apabila signboard besar tertulis BANDAR UNIVERSITI PAGOH sedang giat dibangunkan. Beratus-ratus jentera berat sedang meratakan kawasan yang dahulunya ladang kelapa sawit itu.

Lokasinya adalah tidak jauh dari simpang Pagoh ke Panchor....Kalau orang-orang kampung aku Seri Medan ternampak akan ia, maka kecemburuan mereka semakin tinggi, kerana hendak meminta sebuah bank didirikann di pekan Seri Medan pun, ibarat menunggu bulan jatuh ke riba.

Orang-orang Seri Medan....kalian kena ada tokoh yang boleh ditonjolkan.....jika boleh ke tahap TPM, barulah Seri Medan yang indah itu dapat dimajukan. Jangan mengharapkan orang luar, kerana mereka semua ada agenda sendiri.