Jumaat, 12 Julai 2013

BANDAR UNIVERSITI PAGOH



Selamat berpuasa semua! Alhamdulillah aku masih bernafas lagi. Akhir-akhir ini aku hilang semangat nak menulis entri. Ini disebabkan netbook aku ni ada masalah certificate entah apa bendalah tu. Dah hantar kedai pun tak  boleh setle. Nak berblog dan berfacebook kena guna laptop anak. Mereka pun busy dengan kerja-kerja sekolah yang mengalahkan budak universiti. Yang peliknya boleh pulak aku buka Yahoo. Siapalah dengki kat aku ni. Tak apalah, asal jangan tembak aku di depan sekolah sudahlah.

Gambar di atas tu, aku ambil ketika aku membuat lawatan mengejut ke Bukit Gambir. Memang terkejut aku apabila signboard besar tertulis BANDAR UNIVERSITI PAGOH sedang giat dibangunkan. Beratus-ratus jentera berat sedang meratakan kawasan yang dahulunya ladang kelapa sawit itu.

Lokasinya adalah tidak jauh dari simpang Pagoh ke Panchor....Kalau orang-orang kampung aku Seri Medan ternampak akan ia, maka kecemburuan mereka semakin tinggi, kerana hendak meminta sebuah bank didirikann di pekan Seri Medan pun, ibarat menunggu bulan jatuh ke riba.

Orang-orang Seri Medan....kalian kena ada tokoh yang boleh ditonjolkan.....jika boleh ke tahap TPM, barulah Seri Medan yang indah itu dapat dimajukan. Jangan mengharapkan orang luar, kerana mereka semua ada agenda sendiri. 

2 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Masalah certificate error tu, aku rasa berpunca dari setting tarikh dan jam kat netbook kau tu kena betulkan. Betulkan yg tu dulu, then restart.. inshaa Allah netbook kau akan kembali sihat. Klu tak boleh jugak, bermakna kau kena bagi aku jelah netbook kau tu...hahaha.

Tentang bank tu, aku rasa sbb Seri Medan tu jln mati la, berbanding Pagoh kan laluan utama. Wallahualam.

Mat Som Sadona berkata...

Betullah Pn Miror...!
Setelah saya ikut tip Puan
Akhirnya masalah saya
sepurnama lamanya
telah selesai.

Bayangkan, segala yg berkaitan dgn Goggle dan FB tak berjalan lancar, tentu dunia internet terasa kosong.

Sebelum tu ada search kat Google, masing-masing bagi tip macam2, tapi tak dapat membanteras certificate eror tu.

Patutlah pun, tarikh yg tersimpan dlm netbook aku ni rupa2nta tahun 2001.

Tkasih, banyak2....