KAHERAH - Jumlah
korban di dataran Rabiah al-Adawiyah meningkat menjadi 120 orang dan kira-kira
4500 orang telah cedera, selepas tentera Mesir melakukan penyerbuan ganas pada
Sabtu (27/7/2013) terhadap penyokong Mursi di Nasr City, ibu kota Kaherah,
menurut laporan pasukan perubatan seperti dilaporkan oleh stesen TV Al-Jazeera.
Pasukan perubatan
juga melaporkan serangan tentera Mesir juga menyerang puluhan penyokong Mursi di jalan raya di lapangan
terbang Kaherah.
Doktor Yusuf
Tal'at, salah seorang doktor menjelaskan kepada TV Al-Jazeera bahawa semua
kecederaan yang dialami, beratus-ratus mangsa merupakan kecederaan yang boleh
membawa maut, majoriti mereka cedera di kepala dan leher. Doktor itu menambah
bahawa hospital penuh dengan mangsa-mangsa dan tidak bersedia
menerima pesakit dengan jumlah yang sedemikian besar.
Semoga para mujahid ini akan terus berjuang menegakkan kebenaran
Doktor
Tal'at menyatakan media center pada hospital lapangan itu telah dialihkan
sebagai ruang untuk menerima para korban serangan tentera. Serambi masjid jami
'Rabiah al-Adawiyah melakukan hal yang sama untuk merawat para mangsa keganasan
kerajaan haram itu.
Doktor Tal'at
menyeru kepada Jabatan Kesihatan dan Bulan Sabit Merah Mesir untuk turut
merawat para mangsa yang ratusan di antaranya tidak mendapatkan rawatan
perubatan. Hospital utama hanya
mempunyai 5 buah kereta ambulans untuk
mengambil para mangsa. Hal itu mendorong rakyat untuk menghantar mangsa ke
rumah sakit lain dengan kenderaan peribadi atau ditandu, yang justru menambah korban.
Doktor Tal'at
menyebut kekejaman tentera terhadap para penunjuk perasaaan di dataran Rabiah al-Adawiyah sebagai "bencana
kemanusiaan" dan "hari ini akan senantiasa menjadi hari aib dalam
sejarah kemanusiaan".
Mangsa keganasan tentera Mesir
Wartawan stesen
TV Al-Jazeera di Kaherah Abdu Bashir Hasan melaporkan Jabatan Pertahanan Mesir
telah mengerahkan lebih banyak pasukan bantuan ke kawasan-kawasan pertembungan
di sekitar dataran Rabiah al-Adawiyah. Sementara itu pendukung Mursi di
lapangan Nahdhah di Kaherah juga terus berlangsung, di tengah suasana kemarahan
para penunjuk perasaan akibat jatuhnya banyak korban penunjuk perasaan di dataran
Rabiah al-Adawiyah tersebut.
Wartawan TV
Al-Jazeera melaporkan kepada dunia
pendukung seruan Mentri Pertahanan Jeneral Abdel Fattah al-Sisi telah
menghentikan aksi mereka di lapangan Tahrir pada pagi Sabtu.
Sebelumnya Kepala
Kantor TV Al-Jazeera Mesir Abdul Fattah Fayed menyatakan kepolisian telah
melepaskan gas pemedih mata untuk mencegah penyokong Mursi mendirikan khemah-khemah jauh dari lapangan
Rabiah al-Adawiyah akibat semakin membanjirnya dataran tersebut.
Wartawan Mesir
Amru Salamah melaporkan tembakan peluru tajam terdengar keras di kawasan itu
bersamaan dengan pergerakan maju trak-trak tentera dan naiknya para penembak
curi sniper di bangunan-bangunan sekitar.
Firaun lahir semula
Wartawan lain
Muhammad Khalifah melaporkan kesaksiaannya kepada TV Al-Jazeera bahawa keparat tentera
melakukan serangan beransur-ansur terhadap penyokong Mursi di lapangan Rabiah al-Adawiyah. Bermula dengan
tembakan gas pemedih mata, dan berlanjutN dengan tembakan peluru tajam sehingga
menewaskan puluhan penunjuk perasaan.
Di pihak lain
Jabatan Pertahanan Mesir dalam kenyataan menegaskan pasukan keselamatan berjaya
menghalau sekumpulan penunjuk perasaan dari lapangan Rabiah al-Adawiyah yang
cuba memutus jalur lintasan kenderaan umum di awal blok Jambatan 6 Oktober.
Derpartemen Pertahanan berkata "berjaya mencerai-beraikan kelompok massa
tersebut dan melancarkan arus kenderaan awam".
ARTIKEL Petikan
ARRAHMAH.COM
Gambar sumber CNN
2 ulasan:
dorang takkan mampu untuk menghapuskan Islam. Jika dorang bunuh 120 orang, akan muncul 1000 lagi mujahidin untuk menewaskan dorang.. sama-sama kita doakan kejayaan saudara2 kita di Mesir, Syria dan Palestin untuk menewaskan musuh Islam..
Kesyahidan mereka dan Ulama Hassan Albanna 5 dekad dan Syed Qutub 47 tahun yang lalu bukanlah kematian yang sia-sia. Perjuangan suci mereka akan terbalas akhirnya dgn kewujudan negara Islam yang didambakan oleh kita semua. AllahU Akbar!
Catat Ulasan