Ahad, 14 Julai 2013

TIP SUPAYA ANAK TAK PECAHKAN GELAS

 Anak-anak kami ni peminat air teh bunga

Dah berdozen-dozen cawan dan gelas dipecahkan dan terjatuh, terlaga, sehingga kadang-kadang membahayakan anak-anak kami. Belum termasuk perang mulut, sama ada mengaku atau menafikan siapa yang pecahkan gelas. Jadi, Ramadhan kali ini aku menggunakan kaedah emak aku dulu. Bagi cawan plastik yang ada tangkai dan berwarna-warni.

Setiap seorang memiliki gelas yang berbeza warna. Ini untuk mengesan dengan mudah siapa yang tidak mencuci cawan tersebut. Maklumlah kami tidak ada bibik.

Sejak awal Raamadhan, Alhamdulillah gelas-gelas kaca dan cawan kaca telah disimpan di dalam almari. Dan Alhamdulillah mereka sudah mula mencuci cawan masing-masing.

5 ulasan:

Unknown berkata...

hahahaha.. betul2 tip yang terbaik.hehhe

che mid berkata...

Salam, ha tunggulah time raya nanti.. bertandang ke rumah orang, tuan rumah jamu minuman dengan gelas kaca cantik molek baru keluar dr gobok.. alahai...

Umialya berkata...

Sama ngan famili abang kandung saya, gamaknya cikgu2 memang jenis simple kot tapi harta banyak...

Kayu Manis berkata...

setuju sgt dgn tip ni...cantik terapi juga utk anak2..cawan sapa yg paling cantik ni..

sama dgn iman soffea asyik minum teh bunga je..dlm tin le..

Mat Som Sadona berkata...

Che Mid...Tuan rumah pakai cawan retak, tetamu minum dgn cawan arcopal, acorox, hhehehehe

BONI, besok kalau sdra dah ada anak, taulah macamana ...

Umi Alya-sangkaan yg baik, alhamdulillah....7 keturunan tak habis makan hahahaha

Terapi minda Kak Nor...