Sabtu, 27 Julai 2013

HARI RAYA SEMAKIN TERASA

Seminggu aku dah asak isu-isu Syiah di Facebook dan Blog. Jadi hari ini aku hendak rehatkan otak dengan keluar ke kedai sahabatku yang terletak cuma 200 meter dari rumah aku ini. Biskut ini buatan beliau sendiri. Cikgu Latifah baru sahaja bersara, namun telah mengusahakan biskut raya ini sudah hampir lebih 15 tahun rasanya. Cuba kalian lihat, harga biskut di kedainya antara yang paling murah di Pt Sulong ini.
Kedai baru beliau ini dibeli secara tunai. Begitulah dengan jimat cermat dan usaha bersungguh-sungguh akhirnya impiannya untuk memiliki bangunan kedai akhirnya tercapai.
Setelah meninjau harga kuih di situ, aku berangkat ke Sungai Balang. Perjalanan lebih kurang 15 minit dari rumahku. Aku hendak membeli punjungan. Letih sudah hendak memasak sendiri, lagipun isteriku setahun dua ini menjahit baju-baju perempuan yang ditempah orang.

Lega rasanya aku dapat menghantar punjungan-punjungan kepada jiran-jiran terdekat aku hari ini, tanpa kami mengeluarkan peluh.

4 ulasan:

Umialya berkata...

Maaf Cikgu, punjungan itu apa? saya pantai timur, jadi tak tau maksudnya..

Mat Som Sadona berkata...

Punjungan tu bahasa jawa yg membawa maksud, makanan spt ketupat atau nasi siap dgn lauk-pauknya dihadiahkan kepada kaum kerabat terdekat dan jiran tetangga. Kami ni berbalas-balas. Ada kalanya kalau tak malu, memang le tak berbalas...contohnya tahun lepas saya tak bls pun sebab busy. Masa menghantar punjungan biasanya dlm pertengahan Ramadhan hinggalah sampai 1 syawal. Sekian.

Aina Ina berkata...

salam cikgu, saya nak tanya kedai cikgu latifah tu kat mana,saya pun orang pt. sulong, terima kasih.

Mat Som Sadona berkata...

Wslm Aina

Oh...Ada 4 kedai sahaja di Taman Baru...nama Taman tu Taman Sri Mutiara, Depan Chun Aik sana sikit ada taman baru, sebelum simpang ke Kangkar Senangar/Pagoh.