Rabu, 24 Julai 2013

BONUS 2013@BANTUAN KHAS SAH RM 500

Laporan khas Berita Harian sebentar tadi. Alhamdulillah (nada yang longlai). Tiba-tiba sahaja ekonomi Malaysia dikatakan berada dalam keadaan tidak baik. Nampaknya aku kena korek sana, korek sini untuk berhari raya dengan lebih ceria.

Sebelum pilihan raya Kerajaan mengumumkan satu tangga kenaikan gaji, selain kenaikan tetap setiap tahun. Ini bermakna bagi jawatan seperti saya, kenaikan yang dimaksudkan ialah RM 150 x 12 bulan=RM 1800. Akhirnya kenaikan itu hanya gimik, kerana kerajaan tidak mampu membayar bonus setengah bulan gaji seperti pada tahun lepas.

Bonus setengah bulan gaji yang diberi pada bulan Januari pula, diberi tanpa melihatkan keperluan pada masa itu, adalah sepatutnya tidak berulang lagi dan lebih sesuai diserapkan pada bulan Julai. Itu hanya pendapat saya. Sekian, terima kasih.

7 ulasan:

Umialya berkata...

Dengar2 khabar, Staf kerajaan Selangor dpt sebulan gaji, wowwwwwwwww!!! Tahniah3x

Umialya berkata...

Lorrrrrr rupanya saya ketinggalan bab2 bonus seciput ini.. (maklum le selalunya agak lumayan, hihihi)

Alhamdulillah lepas le duit raya untuk anak2 buah yang berpuluh orang & cucu2 kat kampung (nasib badan le menjadi anak bongsu drp 8 adik beradik, muda2 udah bergelar NENEK..)

Duit Minyak & lain2 perbelanjaan, kita guna duit gaji jer, simpanan yang ada hampir2 kering sbb berbelanja raya...

xperlah, kita guna jer Plan C, cuma kita2 yang tau, syyyyy.. :(

Kayu Manis berkata...

alahai cikgu...rezeki ada dimana2..koreklah mana2..nti kut2 terkorek tulang dinasour..boleh jual..he~..

p/s...bkn nak puji diri sendiri pulak..mmg saya cekap bt kerja..kartun mmg ada kena dgn knor jugalah..tapi bab suami tu tak adalah..suami memahami..suami tak sempat nak bebel pasal tak masaklah,tak kemas rumahlah...semua tersedia dgn jayanya..dia tak sempat nak kata apa2..nak komen itu ini pun tak boleh..sbb knor..superwomen...hehe

comeisari berkata...

Alhamdulillah... dpt la jugak banding kita org yg keje swasta ni lagila x dpt bonus....

Raya ttp raya.... bersederhana saja la

Mat Som Sadona berkata...

Alhamdulillah K.Nor, jika semua isteri dan ibu mencontohi K.Nor
tiadalah berlaku pelbagai masalah
dalam masyarakat kita seperti anak yg terabai, dan suami yg mengeteh 24 jam di warung, dan pelbagai masalah lagi.

Teruskan usaha2 murni itu.

Mat Som Sadona berkata...

Comeisari
Simpati kami kepada Comei dan kawan-kawan.

Kenalah adakan tabungan untuk keluarga nampaknya di samping berniaga sambilan, seperti menjual set memasak dan sebagainya.

Unknown berkata...

saya tark pernah merasa lagi bonus2 daripada kerajaan ni.. hehehe