Ahad, 22 Jun 2014

BANGLO SERAM DI BATU 6




BANGLO SERAM DI BAKRI, MUAR

Kedudukan Banglo Seram
Di Batu 6 Jln Bakri


Oleh sebab ada pihak-pihak tertentu yang sakit hati dengan apa yang aku suarakan (beberapa perkara untuk kebaikan penduduk tempat aku ni) aku dah ubah topik ke hal-hal lain. Jangan terkejut kalau tajuk-tajuk entri aku sudah masuk ke pelbagai topik. 

Tetapi nama blog tetap SUARA SIMPANG KIRI dulu, kini dan selama-lama blog ini ada, meski pun ada yang trauma dan sakit jantung dengan nama itu.

Berbalik pada gambar, banglo usang ini nampak sangat unik. Tengok reka bentuknya. Boleh ditiru untuk rumah kalian, terutama rumah yang terletak di tepi jalan besar. Dua bulatan di atas diguna untuk meneropong musuh-musuh yang ingin menceroboh...terutamanya penjual karpet, jurujual Astro yang tegar dan perompak dari seberang. 

Lokasi banglo seram ni terletak di Batu 6 Jln Muar-Yong Peng. Kira-kira dua minit sahaja sebelum pekan Bakri kalau ikut arah dari Parit Sulong. Rasa macam nak bergambar di bawah tu, tetapi takut ada yang ikut balik hahahaha...sebab tu ambik gambar sambil memandu je....


Sabtu, 21 Jun 2014

CULIK CULIK DAN CULIK KENAPA TERUS BERLAKU?


Mereka selalu membawa van putih. Tetapi mungkin kini dah menggunakan pelbagai kenderaan yang berbeza. Antara mangsa culik yang ditemu ramah wartawan Metro.

Gambar ihsan GOOGLE. Antara kanak-kanak yang dapat melepaskan diri daripada mangsa penculikan melalui LRT

Lakonan semula mangsa culik yang diselamatkan oleh abangnya yang nekad 

Yang penting, setiap ibu bapa mestilah menjaga anak-anak masing-masing. 

Khamis, 19 Jun 2014

JANGAN TINGGAL DAKU


EN. MOHD DALI ABDULLAH

Kini hanya tinggal kenangan. Meskipun khidmat beliau bersama-sama kami hanya setahun lebih, namun kemesraan yang beliau pamerkan, menyambut kami setiap pagi di pagar sekolah dengan wajah yang ceria, dan segala permasalahan sekolah dihadapi dengan penuh terbuka, membuatkan kami amat kehilangan beliau. 

     Semua guru, kakitangan, ibu bapa dan pelajar sekolah ini merasakan kehilangan ini. Beliau ialah seorang Guru Besar yang tidak pernah menunjukkan rasa kemarahan, walaupun barangkali ada yang tidak berkenan di hatinya. Selamat bertugas di tempat baru, sekolah baru yang lebih dekat dengan rumah dan kampung sendiri. Selamat maju jaya, dan jumpa Tuan di puncak kejayaan. Sayonara...... Cikgu Mohd Dali Abdullah. 

     Akhir kata, maafkan segala salah dan silap kami sepanjang cikgu berada di sini. Semoga Allah sentiasa memberkati usaha-usaha cikgu.

Isnin, 16 Jun 2014

CENGKERIK MENGERIK MENDAMAIKAN SUASANA

Ili (tudung pink) dengan kawan-kawan dan guru bahasa barunya dari Korea (di tengah juga berbaju kurung)... Senyuman mereka menghilangkan kerisauan kami, maklumlah tak pernah berpisah dengan emak bapak.
Irfan pula dah balik ke asrama. Yang tinggal tiga orang. Gambar kat atas ni ialah aktiviti mencari cengkerik di belakang rumah maklongnya...ingat senang nak tangkap cengkerik....susah. Arina pula tak minat nak ikut, lebih suka tengok Youtube kesukaan dia.

Beza cengkerik jantan dengan cengkerik betina -Gambar Google

Dulu masa kecik, arwah ayah aku ajar aku beza cengkerik jantan dengan betina. Rupa-rupanya memang betul seperti dalam google ini. Yang jantan sayap dia ada batik-batik. Yang betina coraknya lurus sahaja. Aku suruh anak bela cengkerik supaya rumah taman ni ada bunyi kekampungan sikit. Cengkerik jantan bunyinya kuat.... 

Sesiapa yang rindukan suasana malam di kampung, jom dengar suara cengkerik sampai Subuh...esok.

Sabtu, 14 Jun 2014

PARIT SULONG MEMERLUKAN SEBUAH PERPUSTAKAAN

PERPUSTAKAAN DESA KAMPUNG AIR HITAM BATU 15 MUAR


Assalamualaikum. Saya dari Parit Sulong, Batu Pahat, Johor terpanggil datang ke FB Perpustakaan Negara, adalah untuk menjelaskan bahawa di tempat tinggal saya ini belum ada kemudahan perpustakaan.

     Saya rasa sudah tiba masanya Perpustakaan Negara membuka cawangannya di sini. Untuk pengetahuan Tuan, di sekitar pekan ini ada tiga buah sekolah menengah, sebuah sekolah MRSM, beberapa buah sekolah rendah, sebuah sekolah tahfiz, sebuah Giat Mara, dan beberapa buah sekolah agama.

     Pelajar-pelajar Institut pengajian tinggi juga, yang sedang bercuti di kampung memerlukan satu tempat untuk berbincang dan mengulangkaji. Pelajar-pelajar yang tidak dapat pulang pada waktu tengah hari juga boleh menjadikan perpustakaan itu nanti sebagai tempat yang paling sesuai bagi mereka. Ini kerana kadang-kadang saya lihat ada antara mereka menjadikan perhentian bas sebagai tempat berbincang.

     Demikian juga, ketika cuti, anak-anak warga Parit Sulong boleh menjadikan perpustakaan itu, sebagai tempat percambahan ilmu dan bukan memenuhi kafe siber yang mendatangkan lebih banyak keburukan. Rasanya sememangnya penubuhan perpustakaan di sini, sudah tidak boleh ditangguhkan lagi. Ini kerana Pekan Bukit Naning di Muar yang lebih kecil memiliki perpustakaan sendiri. Juga Seri Medan juga telah ada perpustakaan di sana... 

     Sekian, terima kasih.


Harap Maaf: ULASAN TIDAK DIBENARKAN KERANA ENTRI INI BERUPA PENGHARAPAN ADMIN SAHAJA)