Jumaat, 13 Jun 2025

DETOX DIGITAL

Detox digital merujuk kepada satu proses atau amalan di mana seseorang mengurangkan atau menghentikan penggunaan peranti digital (seperti telefon pintar, komputer, tablet, dan media sosial) untuk sementara waktu demi menjaga kesihatan mental, emosi, dan fizikal.

Tujuan Detox Digital:

1. Kurangkan tekanan dan kebimbangan – Penggunaan berlebihan media sosial boleh menyebabkan stres, perbandingan sosial, dan tekanan.

2. Tingkatkan tumpuan dan produktiviti – Mengurangkan gangguan digital membantu seseorang lebih fokus dalam kerja, pelajaran atau interaksi secara bersemuka.

3. Perbaiki kualiti tidur – Cahaya biru dari skrin boleh mengganggu kitaran tidur.

4. Luangkan lebih masa dengan keluarga atau diri sendiri – Menjauh dari skrin memberi ruang untuk hubungan sosial dan aktiviti fizikal.

5. Jaga kesihatan fizikal – Terlalu lama duduk menghadap skrin boleh sebabkan sakit belakang, mata letih, dan masalah postur.

Contoh Detox Digital:

Tidak menggunakan media sosial selama hujung minggu.

Menetapkan waktu bebas telefon seperti satu jam sebelum tidur.

Mematikan notifikasi aplikasi yang tidak penting.

Menggunakan mod "Do Not Disturb" ketika bekerja.

Menggantikan waktu skrin dengan aktiviti seperti membaca buku, berjalan kaki, atau berbual bersama orang tersayang.

Kalau kamu nak cuba detox digital, boleh mula dengan tempoh pendek dahulu, seperti sehari atau beberapa jam setiap hari — dan lihat bagaimana perubahannya terhadap rutin dan emosi kamu.

Rabu, 11 Jun 2025

MALAYSIA NEGARA KE 10 PALING MENAKUTKAN UNTUK MEMANDU

Menurut kajian global oleh Scrap Car Comparison, Malaysia menduduki tempat ke-10 dalam senarai negara paling menakutkan untuk memandu di dunia, dengan skor ketakutan sebanyak 6.70 daripada 10.  Kajian ini melibatkan lebih 2,000 responden dari seluruh dunia yang menilai tahap ketakutan mereka untuk memandu di pelbagai negara.  

Berikut adalah 10 negara yang menduduki tempat pertama hingga kesepuluh dalam senarai tersebut:

1. India – Skor: 7.15
2. Venezuela – Skor: 6.97
3. Zimbabwe – Skor: 6.90
4. Morocco – Skor: 6.87
5. Thailand – Skor: 6.86
6. China – Skor: 6.84
7. Tunisia – Skor: 6.79
8. Brazil – Skor: 6.71
9. Colombia – Skor: 6.71 
10. Malaysia - Skor: 6.70

Faktor utama yang menyumbang kepada skor tinggi ini termasuk keadaan jalan raya yang buruk, penguatkuasaan undang-undang lalu lintas yang lemah, dan tingkah laku pemandu yang berisiko.  Contohnya, di India, lalu lintas 
yang tidak teratur dan penggunaan hon sebagai alat komunikasi menyebabkan pemandu asing merasa tertekan.  Di Venezuela, jalan raya yang rosak dan penguatkuasaan undang-undang yang lemah turut meningkatkan risiko kemalangan.  

Bagi Malaysia, faktor seperti kualiti jalan raya yang berbeza-beza, penguatkuasaan undang-undang yang tidak konsisten, dan tingkah laku pemandu yang kadangkala tidak mematuhi peraturan lalu lintas turut menyumbang kepada kedudukan ini. 

Walaupun Malaysia berada di kedudukan ke-10, ia masih lebih baik berbanding negara jiran seperti Thailand yang menduduki tempat ke-5 dengan skor 6.86.  Namun, masih terdapat ruang untuk penambahbaikan dalam aspek keselamatan jalan raya di negara ini.

Ahad, 25 Mei 2025

PETUA AWET MUDA VERSI AKU

Petang ni aku bagi pengalaman aku Zack. Nak awet muda kena bermula sejak di Paloh lagi. Maksud aku ia mesti dimulakan ketika kita masih muda. Jangan kecewa ya.



Zaman aku jadi ejen Cosway tahun 1990-1997, aku makan vitamin-vitamin Cosway masa tu.

1998 - 2000 Aku join HPA, aku amalkan minum JUS PEGAGA. Dah jual kenalah minum.

2001 - 2003, aku join Syarikat Sureco, dah aku minum jus mengkudu pulak. Ini yg paling tak sedap. 

2008 - 2019 Aku jadi stokis Bio Asli, jual minyak kelapa dara pulak. Minyak ni aku banyak minum berpuluh-puluh botol ..lama tu.

2020 - 2022 - Minum NTDOT, gabungan 10 herba. 

2023- 2024. Aku minum Agarbomb. Gabungan 19 herba pulak.

2025 - Join Forever Living pulak. Minum Jus Aloe Vera sampailah sekarang. Minyak rambut aku guna Tropica Bioherbs. Gabungan minyak kelapa dara .. Ini dah mula ada uban ...Dah mula menua jugaklah.


Pendek kata , setiap yg aku join aku amalkan dengan penuh khusyuk. Makan pun aku bukan semua aku makan. Nasi minyak beriani ni aku tak suka sgt.. 

Itu je Tip-tipnya. Tanam lempoyang ....parut dan tapis ...minum airnya ...sebulan 2-3 kali untuk jaga kesihatan

Wallahua'lam bisawabbb...

Sabtu, 24 Mei 2025

CONTOH PLAN AKTIVITI MINGGUAN ORANG PENCEN

Pelan Mingguan Aktiviti Otak (Warga Pencen)

Isnin
– Pagi: Jalan kaki 30 minit
– Petang: Belajar bahasa baru-Arab/B Inggeris

Selasa
– Pagi: Tulis Artikel dlm blog @Facebooj / cerita hidup
– Petang: Jawab teka silang kata

Rabu
– Pagi: Berkebun Sayur/bunga dalam pasu/kebun
– Petang: Sembang dengan rakan / keluarga

Khamis
– Pagi: Joging / senaman ringan
– Petang: Baca buku terkini/ artikel

Jumaat
– Pagi: Aktiviti sukarelawan
– Petang: Latih ingatan (hafal senarai)

Sabtu
– Pagi: Kuliah Agama/menghadiri jemputan/bersosial
– Petang: Tonton dokumentari pembelajaran

Ahad
– Pagi: Lawatan sosial / jemputan/jumpa cucu
– Petang: Rehat & refleksi/kemas rumah

Selasa, 20 Mei 2025

BETULKAN DULU SEKOLAH KERAJAAN SEBELUM CARI SALAH SEKOLAH ISLAM

Kajaan sepatutnya berterima kasih kepada sekolah-sekolah aliran Islam ini. 

- Jimatkan kos duit kajaan. Satu sen pun kerajaan tidak bantu sekolah aliran Islam ini.
- Membantu rakyat lebih patuh kepada ajaran Islam, dapat mengurangkan kadar jenayah negara sedagher-sedagher.

Setiap bapa atau penjaga keluarkan duit RM30K - RM40K sepanjang anak belajar di sekolah aliran ini selama lima tahun sedagher-sedagher.

Kiraan begini contoh yuran RM500 x 12 bulan = RM6000
RM6000 x 5 tahun = RM30000

Itu belum masuk duit minyak menjenguk anak, duit kocek , duit jajan sedagher-sedagher.

Ada sesetengah sekolah ni Pendaftaran Awal Tahun pun beribu ringgit. Contoh Ma'had Tahfiz Atttanwiriah Pt Jawa
Pendaftaran awal Tahun RM2000. Jadi darab lah RM2000 X 5 tahun = RM10000 sedagher-sedagher. Namun tidak mengapa, kami ibu bapa dapat menyumbang  pembinaan Ma'had yang besar dan cantik setanding dengan sekolah yang dibina oleh kerajaan.

Aku cerita ni berdasarkan pengalaman aku lah ...bukan saja reka-reka cerita. Kalian boleh bayangkan ada satu keluarga tu hantar anak ada yg dua tiga orang. Mestilah mereka itu berduit. 

Kerajaan jangan cuba kacau sekolah-sekolah Islam ini. Perbetulkan dulu sekolah-sekolah kerajaan itu. Banyak sekolah yang kelihatan dhaif. Bertahun-tahun tidak dicat. Guru-guru terpaksa keluarkan duit sendiri mencantikkan kelas mereka. Ada yang berhabisan ribu-ribu demi kepuasan mereka.

Meja dan kerusi pun banyak yang usang dan buruk. Saban tahun PIBG cuba mengumpul duit untuk mencover tugas kerajaan ini. Ini belum cerita sekolah-sekolah di Sabah. Baru cerita sekolah-sekolah yang saya pernah mengajar saja.