Sabtu, 3 April 2010

KEAJAIBAN TELAH BERLAKU!

Air di seluruh Batu Pahat di catu, ikut giliran sehingga hari ini

(MAAF TARIKH PADA KAMERA NI LUPA NAK SETING, (PADA TARIKH ITU, KAMERA SAYA NI PUN BELUM DIBELI)

Tetapi anehnya, walaupun hujan sudah turun mencurah-curah empat hingga lima hari lalu,
dan rumah Embah Monah di Kampung Air Putih ni pun dah banjir, Tapi air paip masih dicatu!


Tengok tu kebun kat Parit Dawi, berhampiran Sekolah Agama Air Putih
telah dilimpahi air banjir.

Parit Bilal dihujani hujan rahmat


Hujan rahmat ini bukan untuk manusia yang sudah angkuh dan bongkak dengan maksiat
tetapi untuk tumbuh-tumbuhan dan binatang serta bayi-bayi dalam kandungan

Hairan dan ajaib, hujan yang lebat beberapa hari masih tidak dapat menampung bekalan air di empangan, adakah di sana tidak hujan? Nak siasat empangan Bekok tidak ada masa pula. Hello Cikgu Luawi...(duduk dekat Labis)...hello, di kawasan sana hujan ke tak?

Jumaat, 2 April 2010

LAPORKAN SESUATU YANG MENGANCAM NYAWA


Pada malam Ahad Isnin lalu aku memandu kereta ke arah Yong Peng. Sampai di simpang berhadapan Kilang Munchy, aku melihat kemalangan di simpang tiga itu. Oleh sebab ingin cepat, aku langsung terus meninggalkan insiden itu.


Tiga jam kemudian, aku melalui jalan itu semula untuk pulang ke rumah di Parit Sulong, aku melihat lampu trafic light tidak menyala langsung. Namun lampu yang ke arah Yong Peng menyala. Patutlah lori dari Batu Pahat, yang ingin membelok ke Yong Peng berjalan terus, kerana lampu hijau. Tetapi pemandu dari Yong Peng ke arah Parit Sulong mendapati lampu tidak hidup, mereka memecut macam biasa. Ini satu perangkap maut. Satu arah lampu hijau, satu arah tidak hidup langsung. Memang patutlah kemalangan tadi berlaku.


Esoknya jam 2.00 petang aku balik dari kerja ke arah Parit Sulong. Ai? Lampu itu belum dibetulkan? Tidak adakah ada orang yang buat aduan. Aku menghafal nombor telefon yang tertera di tiang trafic light itu.....074671276 (Aku ingat betul sebab hujungnya ada Dua Terjunam). Aku pun call. Diangkat oleh seorang pegawai lelaki. Beliau berjanji akan menyelesaikan masalah ini segera.

Aku bukan apa, kerosakan hanya mentol lampu itu boleh menyebabkan KEMATIAN atau KEHILANGAN NYAWA!


Wahai para sahabat, jika ada nampak sesuatu yang tidak menyenangkan seperti kerosakan lampu isyarat seperti itu, atau jalan berlubang, pokok tumbang atau hendak tumbang di jalan raya dan macam-macam lagilah, cepat-cepatlah bertindak, hubungi pihak yang berkenaan. TAKUT-TAKUT nanti, yang terlibat dengan kemalangan itu mungkin teman kita, saudara-mara kita, jiran kita, atau rakyat negara kita? Kalau yang mati itu peragut atau perompak tidak apalah juga, dapat juga jimatkan peluru pistol polis.

Seronoknya Dapat Menjejaki Sahabat-sahabat Lama di MPTI

Hj Mohidin Kardani


Sazali
Bila nak mempamerkan wajah machomu?


Ibrahim Putra


Zulkifli Zakaria
Rasanya dulu pelukis kartun majalah Semain Subur MPTI


Saidin Pemain takraw terhebat MPTI


Ahmad Rashidi yang sentiasa cool


Zaidi Saleh dari Kampung Morten.
Wah sudah berisi sekarang.
Kalau aku jumpa, pasti aku dah tak kenal.
Dulu kawan serumah aku di Jalan Baiduri, JB.

Tan Seng Seng
Antara atlet terhebat MPTI waktu itu


Roslan ni dari Kelate



Wan Zaidi pengasas FB MPTI BATCH 1985-87
Macam YB ada, macam Ustaz pun ada




Hj Abdul Ghafar Atan
dulu selalu dengan dia dalam Pengajian Melayu/Pendidikan Seni




Itulah wajah-wajah baru yang tiba-tiba muncul setelah 23 tahun tidak bertemu! Macam cerita hindustan pulak. Semuanya atas usaha saudara Wan Zaidi yang menemukan kami dalam Facebook MPTI BATCH 1985-87.

Namun satu je yang aku sangat pelik, Rosli, Razak dan Rizal yang sama-sama sesat dalam Hutan Jengka 1987 itu, masih aku belum dapat menjejakinya. Memang betul-betul mereka telah menggunakan Ijazah Sesat itu sebagai kejutan. Kalian tahu apa tujuan blog ini dibuat? Antara matlamatnya ialah menjejaki sahabat-sahabat sesesatku itu.

Aku tidak akan berhenti mencari mereka. Aku akan cari walau mereka sembunyi ke lubang hidung. Tunggu!

Khamis, 1 April 2010

KUTEMUI SEORANG BLOGGER HEBAT

Malam tadi aku dirayu-rayu seorang kawan aku untuk ke warung Nasi Ayam Pak Dollah Pt Laman Parit Sulong (yang kini dikendalikan oleh anaknya Cikgu Yusri). Jadual yang padat menyebabkankan cuma malam sahaja aku dapat berjumpa kawan-kawan. Jam 10.00 malam, aku tiba di situ. Sdra Ann mengemukakan masalahnya untuk menukarkan tempalete blog MEKAR FMnya kepada template yang lebih menarik.



Di hadapan Ann, ada seorang brader yang memperkenalkan dirinya sebagai abang Mail. Aku ingatkan mereka saling mengenal. Tetapi rupanya mereka baru terjumpa malam itu.Daripada perbualan aku dengan Abang Mail, aku dapat mengagak beliau bukan sebarangan orang.Ramai orang ke warung Allhyarham Pak Dollah kerana di situ ada line WiFi



Lalu dengan rendah diri dia menunjukkan blognya. Subhanallah! Semua dalam bahasa Inggeris.Dia kata dia tidur pun dapat duit. Dia menunjukkan pendapatan Google Adsense. Wau! RM 800.00 - RM 1000.00 sebulan! Dia tunjukkan akaun Google Adsensenya.



Dia ada ajar kami tentang bagaimana hendak menjadikan blog kita dalam rangking top 10. Bagaimana hendak menarik trafic-hit. Kenapa Google Adsense ban blog kita? Dan pelbagai-bagai lagi. Pening aku dibuatnya. Pesan dia kalau ada pasang iklan Adsense dan Nufnang jangan cuba-cuba hendak tipu dengan pakatan klik. Mereka lebih arif tentang itu.


Dia juga boleh ajar bagaimana hendak buat template sendiri. Mak datuk! Hebatnya dia? Siapa dia ni? Dia kata cari search engine cari BLOGGER BUSTER di situ semua diajar. Pesan dia, semua kena sabar. Bukan dalam masa yang singkat anda boleh berjaya. Tetapi hasilnya akan nampak dalam masa setahun selepas itu.


Entry pula kalau boleh dalam Bahasa Inggeris. Itu tidak susah....palagiat secara berhemah buku-buku di pasaran. Yang penting key word mesti hebat. Barulah dalam satu hari ada beribu-ribu pengunjung dari seantero dunia ke blog kalian! Blog aku satu hari cuma 40 pengunjung sahaja, bagaimana hendak dapat income yang banyak seperti itu. Nasib baik aku ada BISNESS SENDIRI yang diiklankan, kalau tidak sudah lama aku padam blog ini.


Ann yang masih baru dalam membina blog sudah pening dengan penerangan Abang Mail yang memakan masa cuma 30 minit itu. Pertemuan tidak sengaja dengannya, aku rasakan sangat berkualiti.


Ann kata, " Cikgu, saya nak buat yang asas-asas ini dahulu. Tutorial dia malam ini terlalu tinggi buat saya. Cukuplah saya guna template Pyzam.com ini"

Abang Mail sibuk orangnya, 30 minit bercakap, dia bersalaman dengan kami.

" Boleh tak saya belajar dengan abang Mail bila-bila?"

" Satu je, apabila kena marah dengan aku,kau kena tahan, kalau tak, tak payah belajar".

Siapa abang Mail? Daripada gayanya,dan melihat cara dia bercakap, dia lulusan luar negara. Malangnya aku tidak membawa kamera untuk merakamkan wajahnya.

Rabu, 31 Mac 2010

PERLUKAH BEREHAT?


PERLUKAH BEREHAT?

“ Kalau nak berehat puas-puas, besok masa kat kubur”

Sekarang ini terlalu banyak yang perlu diperjuangkan.

Orang kita semakin kejam.

Kita semakin hilang arah.

Di sana-sini penuh dengan kepalsuan.

Manusia-manusia sudah hilang pedoman.

Salah siapa sudah tidak berguna!

Kita takut untuk melepaskan anak gadis kita berjalan sendirian.

Kita takut untuk membiarkan isteri membawa beg tangan.

Kita takut berjalan di lorong gelap.

Kita takut dengan tetamu yang tak diundang

Anak-anak diawasi di kawasan rumah sendiri.

Lenakah tidur kita, jika di sana-sini ada bayi yang dicampak bak sampah?

Lenakah tidur kita jika di sana-sini remaja kita bangga dengan maksiat laknat

Lalu lahir anak-anak haram yang ribuan jumlahnya?