Isnin, 7 Jun 2010

SNAP SANA, SNAP SINI


Hari ini kami sekeluarga melarikan diri ke Kluang. Hanya dengan satu tujuan, menziarahi perniagaan majikan MLM ku, Radix Fried Chicken di depan Kluang Mall. Dalam perjalanan, Ili Nabilah ada kerja khas yang aku berikan. Jurugambar amatur itu dikehendaki mengambil gambar-gambar aneh di sepanjang jalan. Paling menarik gambar orang India ini yang membawa anjingnya menunggang motosikal. Mungkin lelaki ini mengajak anjing kesayangannya bersiar-siar di Kluang. Malangnya jurugambar amatur kita ni, sukar untuk mendapat posisi yang sesuai.

Ahad, 6 Jun 2010

KARNIVAL ICT PAGOH 5-6 JUN


Ramai sungguh pengunjung ke karnival ICT Pagoh ini

Artis turut menghiburkan pengunjung yang datang


Yang penting makan tengah hari disponsor oleh penganjur karnival


Syarikat telekomunikasi seperti Maxis tengah mengadakan promosi




Perjalanan ke Pagoh dari rumah saya cuma memakan masa 20 minit sahaja. Cuti sekolah ini pasti kami tidak melepaskan peluang melihat pameran di karnival tersebut, sambil jalan-jalan
melihat pameran ICT yang ditunjukkan.

ZIONIS MUSNAH JIKA AL-AQSA DIROBOHKAN

Syeikh Hasan Nasrullah, setiausaha Agung Hizbullah menyeru melalui surat rasminya kepada para alim ulama Islam di seluruh dunia, menjelaskan bahawa salah seorang menteri Israel yang mendokong kuat gerakan Zionis, mengancam akan merobohkan Masjid Al-Aqsa.


Dalam suratnya, beliau mengajak semua pihak yang terdiri daripada pemimpin kerajaan dan negara umat Islam, parti-parti politik, badan-badan bukan kerajaan, individu tampil bergabung tenaga membuktikan pendirian tegas dalam menghadapi golongan Yahudi Zionis yang kejam, ganas dan sentiasa melakukan kerosakan dan keganasan.


Dengan pengemblengan tenaga semua pihak di kalangan umat Islam akan memastikan terkikisnya saki-baki bangsa Yahudi dan merubah peta rantau Teluk dengan ketiadaan negara haram Israel pada masa akan datang.


"Saya berpesan pada diri saya dan tuan-tuan sekalian, cukuplah dengan kemusnahan bumi ini yang dipenuhi dengan kekejaman yang pernah dilakukan oleh golongan Yahudi pada masa silam, usahlah ia berulang pada masa akan datang. Percayalah bahawa jika robohnya Masjid Al-Aqsa, ini bermakna hilanglah harga diri dan maruah umat Islam sejagat, sudah masanya kita bangkit menentang Yahudi yang dilaknat oleh Allah SWT," tegas Syeikh Hasan Nasrullah.


"Kita perlu sedar Zionis merupakan penjenayah nombor satu dunia yang dilindungi Amerika, PBB dan mahkamah dunia. Ia bermula dengan jenayah yang berlaku pada 16-18 September 1982 dalam peristiwa menyayat hati di Sabra dan Shatila, bagaimanapun masyarakat antarabangsa membisu seribu bahasa tanpa dakwaan terhadap Zionis.


"Sekarang umat Islam perlu membuktikan kekejaman Zionis bertindak tanpa undur lagi. Usaha yang kita mahu lalukan ini perlu dipimpin oleh golongan ulama yang memiliki fikrah Islam yang jelas supaya matlamat dan caranya menepati tuntutan syarak,"


Sikap berdiam diri akan merugikan Islam, sekali gus mengiktiraf kekejaman yang dilakukan oleh penjenayah-penjenayah Yahudi.


'Mereka telah lama merancang perobohan Masjid Al-Aqsa, kita tidak rela semuanya itu, perpaduan dan penyatuan hati umat Islam merupakan senjata utamaa menghadapi kemaraan Yahudi dan Zionis'"


"Saya amat yakin bahawa umat Islam yang cintakan agamanya bersedia untuk tujuan itu di samping memperlengkapkan diri untuk mencapai kemenangan yang dijanjikan Allah," tegas beliau.



Rachel Corie merupakan usaha membantu penduduk Gaza

Sekurang-kurangnya yang boleh kita lakukan sebagai orang perseorangan ialah
boikot produk Yahudi

MINGGU MENGAMBIL GAMBAR


Kini ahli keluargaku berjumlah 7 orang






Banyak pula gambar aku kali ini. Jika masa lalu, aku cuci gambar simpan dalam album. Sekarang kita sudah tidak lakukan perkara itu. Kita simpan dalam blog, e-mel dan facebook. Kalau kita simpan dalam komputer (dalam my document) alamat hilanglah gambar ini apabila komputer rosak atau diserang virus , lainlah jika kita simpan dalam New Volume (D). Tetapi kalau laptop hilang, hilanglah segala gambar yang ada.

Sabtu, 5 Jun 2010

PELAYARAN GADIS JELITA -JESSICA WATSON


Photographs taken from the JESSICA'S BLOG





Kali ini saya ingin bercerita tentang lain daripada biasa. Sudah jemu bercerita tentang apa yang berlaku di persekitaran saya. Dunia politik yang penuh fitnah dan mehnah. Dunia jenayah yang tidak sudah-sudah. Baru saya hendak bercerita tentang perkembangan rakan saya, saya pula dituduh hendak menambah cawangan. Selepas ini saya ingin bercerita tentang apa yang berlaku di atas muka bumi ini. Pertama........!


Kejayaan gadis jelita Jesicca Watson ini begitu menguja diri saya. Bukan kerana dia cantik, tetapi usianya yang baru 16 tahun telah berjaya mencipta rekod pelayar temuda mengelilingi dunia SECARA SOLO, tanpa henti dan tanpa bantuan! Pelayaran dengan kapal layarnya yang dinamakan ELLA'S PINK LADY yang juga comel memakan masa selama tujuh bulan (210 hari).



"Saya terharu. Saya tidak boleh berfikir dan berkata apa-apa pada masa ini," kata Jesicca dalam temu ramah secara langsung di layar di luar Opera House, Sydney.

"Ia semuanya keterlaluan, namun amat hebat."

Semasa Jesicca mula belayar dari Syedney, 18 Oktober 2009 lalu, ibu bapanya dikritik hebat kerana membiarkan anak gadis mereka ingin melakukan satu rekod gila. Tetapi mereka yakin, anak mereka mampu melakukannya. Jesicca mula belayar ketika berumur lapan tahun.

Jesicca belayar ke arah timur laut menerusi Pasifik Selatan dan menyeberangi garisan khatulistiwa, selatan ke Cape Horn di hujung Amerika Selatan, Lautan Atlantik ke Afrika Selatan menerusi Lautan Hindi dan mengelilingi selatan Australia.

Saya memang sungguh teruja dengan kejayaan Jesicca ini kerana, saya memang cukup takut dengan ombak. Pernah sekali dulu semasa di Pulau Pangkor, saya naik bot mengelilingi Pangkor Laut, saya sudah menggigil dan jika boleh hendak naiki ke darat dengan cepat. Jadi apabila saya terbaca kejayaan Jesicca Watson memang saya rasa dia memang orang yang sungguh berani.

Pengajarannya, yang saya sedih di negeri kita ini, segelintir anak gadis kita bukan berani belayar di lautan, tetapi mereka berani mengorbankan harga diri kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya. Adakah anda ingin menafikan? Saksikan sahaja berita-berita sedih di akhbar harian kita. Satu rekod yang mungkin boleh kita tidak nafikan ialah, ramai gadis kita sudah berani belayar ke Pulau Lombok!