Selasa, 10 September 2013
PENCURI DI TAMAN AKU TERTANGKAP HIDUP-HIDUP!
Hari ini aku mengambil cuti Rehat Khas....nak berehat.....hantar isteri ke bandar...ada urusan kesihatan sedikit. Tahun ini pun baru sekali ini aku bercuti. Urusan siap pukul 11.00 pagi. Kami pun baliklah ke rumah.
Sedang aku melayari Facebook.....tiba-tiba Midah menjerit..."Bang...bang....Kicap lari berdesup bawak topi keledar!" Kicap ialah nama suspek pencuri yang terkenal di sini. Tapi nama itu Kod yang aku bagi kepada ahli keluarga aku sahaja. Orang Simpang Tiga gelarkan dia Black.
Aku pun meluru keluar, dan pagar depan aku panjat, dan sampai di luar aku lihat kecoh...ada suara jeritan. Rupa-rupanya lelaki lain yang ditangkap....oleh abang Zizi bersama En Basar..dan seorang lagi jiran aku yang tidak mahu dikenali.....Aku terlupa yang aku cuma berseluar panjang tak pakai baju. Ustaz Fadzlan datang membawa baju aku, Midah yang memanggilnya keluar untuk memastikan pencuri itu tidak melarikan diri sebelum polis sampai.
Apabila polis sampai dan dia digari aku pun lega. Aku kata....sorang lagi lari balik rumah, Black Tuan namanya....Ya nanti kami uruskan kata polis.
Abang Zizi marah sangat, pisang di kebunnya telah hilang, dan kali ini abang Zizi nekad. Dia akan menangkap pencuri itu hidup-hidup. Dan sekarang semuanya terserah kepada polis.
Hero yang menangkap pencuri yang dikehendaki ialah abang Zizi (di tengah berkasut kuning). Aku memang tabik dengan beliau kerana boleh memberkas pencuri sorang-sorang. Kemudian dibantu En Basar....yang berbaju biru kat atas itu. Pak Imam 1 masjid Simpang Tiga Ustaz Fadzlan antara mangsa yang kehilangan sebuah gerabak motosikal yang berharga RM 1000 lebih. Mak cik belakang rumah aku hilang periuk belanga yang digantung di belakang rumah. Dan ada juga yang hilang motosikal.
Harap-harap pencuri ini disabitkan dengan kesalahan. Sejak mereka bermaharajalela dua bulan ini, kami telah takut untuk meninggalkan rumah kami kosong begitu sahaja....
Jadi, kesimpulannya Cuti aku hari ini bukan Cuti Rehat, tetapi Cuti Terkejut Khas
Isnin, 9 September 2013
GANGGUAN SEKSUAL BERLAKU DI MANA-MANA
Sejak pilihan raya yang lepas, aku dah keluar daripada FAN Kami Guru Malaysia. Ada dua fan yang menggunakan nama itu, satu gambar mentol, satu lagi gambar apa, aku pun dah lupa. Kedua-duanya aku ceraikan dengan talak 30. Sebabnya kat situ ahli-ahlinya asyik bergaduh fasal politik. Mereka ni macam fanatik sangat dengan parti masing-masing. Ada satu lagi Fan guru yang aku masih setia, tetapi aku tak larat nak membaca isu-isu yang dibincangkan kerana ia sarat dengan masalah. Lebih baik aku tidak menyampuk, nanti kena darah tinggi.
Tetapi isu kali ini agak pelik. Penolong Kanan mengganggu seorang guru wanita yang sudah berkahwin. Mesti cikgu ini sangat cantik dan bergaya mengalahkan cikgu Murni?
Sabtu, 7 September 2013
ARNAB-HOBI BARU ANAK AKU
Anak-anak aku dah ada hobi baru...tu dia...Aku sesekali aje tolong bagi makan. Jaga arnab ni tanggungjawab merekalah.
Disebabkan gambar-gambar aku kat blog ini dah kena kacau, jadi terpaksalah aku gunakan YOUTUBE. Jadi kena kerja lebih sikitlah.
Khamis, 5 September 2013
TAK SANGKA ANAKKU ADA YANG MINAT BISNES
Sepanjang Ramadhan tempoh hari, memang aku ada memotong sedikit duit sekolah anak-anak aku. Biasalah, kan? Waktu petang biasanya baru aku bagi duit untuk mereka beli makanan apa yang mereka suka. Maklumlah bazar Ramadhan pun cuma 100 meter dari rumah aku.
Disebabkan itu, salah seorang anak aku itu, ada memulakan bisnes secara senyap-senyap. Setiap pagi aku lihat, dia ada membawa satu bekas plastik (macam tuperware). Aku ingat itu arahan gurunya di sekolah. Rupa-rupanya dia menjual ikan hiasan. Dalam tuperware itu dimasukkan juga batu warna-warni. Ikan pula dia entah dapat dari mana, aku pun tak ambil pusing. Takkan cari dalam longkang. Sedarnya aku apabila dia mengira-ngira duit. Eh banyak pulak duit engkau...dari mana kau dapat? Maka terbongkarlah rahsia...
Justeru, aku memikirkan alangkah baiknya kalau dia menjual barang yang lebih bersih dan mudah diuruskan. Kalau cikgu jumpa pun tak kena rampas.
Puaslah sudah aku bawa dia pusing cari barang di Pagoh, Bukit Gambir, Labis dan Batu Pahat....cari punya cari, tak juga jumpa. Sampailah satu hari aku teringat satu kenalan, taukey serba ada. Aku pun cari dia, yang lokasinya 25 km dari rumah aku. Sampai di pekan itu, aku hampa sangat. Kedainya dah tutup dan tidak terurus. Agaknya Gemok dah mati ke?
Aku pun meronda-ronda pekan itu. Aku pun cuba tanya seorang awek. "Dik..awak kenal tak dengan Cina yang namanya Gemok?"........Ternyata Gemok seorang usahaan yang sangat dikenali di pekan itu. Jauh juga lokasi kedainya....."Gemok semakin busy sekalang...saya yang jaga kedai ini" Kata isterinya...Ternyata banyak sangat barang yang boleh anak aku jual di sekolahnya...wah...wah....
Alhamdulillah, kata Iwan, rakan-rakannya meroyan apabila nampak barang-barang ini. Aku kata tahniah, Iwan sudah melangkah sebagai seorang peniaga.! Tetapi jangan jual waktu belajar. Boleh jual jam 7.00-7.20 pagi saja tau!
Dan sekarang kakaknya dan adik perempuannya turut jeoules dan memulakan perniagaan kecil-kecilan ini....Dan yang pasti, aku akan pastikan mereka menjual 10 unit sahaja sehari dan ikut masa yang aku tetapkan agar tidak mengganggu pelajarannya.
Dan aku juga tetapkan, 30% keuntungan disimpan, 30% keuntungan boleh digunakan dan 40% daripada keuntungan lagi untuk tambah modal. Barulah bisnes boleh berkembang. Orang berhutang jangan bagi, itu kanser perniagaan orang Melayu nak....hehehe!
PIC BLOG YANG GHAIB
Antara gambar yang selamat
Kehilangan ratusan gambar di blogku ini masih tidak dapat aku terima....
Bayangkan untuk mengambil gambar pada satu-satu event atau majlis, bukanlah sesuatu yang mudah. Kita kena berasak-asak dan bertolak-tolak dengan puluhan wartawan tidak rasmi, contohnya semasa mengambil gambar sultan Johor tempoh hari. Alih-alih sahaja semua gambar itu ghaib....! Silapnya, selepas kehilangan gambar dalam blog oleh tanda-tanda aneh tu, aku juga sudah delete gambar-gambar yang tersimpan di dalam kameraku. Jadi, ia hanya sia-sia setelah banyak banyak tenaga dan usaha dicurahkan untuk entri tersebut.
Namun, ada dua jenis perhiasan yang selamat iaitu gambar yang dicopy image daripada Facebook dan video Youtube. Terbukti ia tidak tidak tergugat oleh penggodam tidak dikenali. Nampaknya, selepas ini aku gunakan kaedah itu, semua gambar kena publishkan dahulu di Facebook, atau peristiwa penting akan aku uploadkan dahulu di Youtube. Nak upload di video blog ni, kalian faham-fahamlah sendirilah. Kadang-kadang sampai berjam-jam.
Jika perbuatan merosakkan gambar itu dilakukan oleh perbuatan taukey blogspot(KLIK ENTRI 1 NOV 2012-28 OGOS 2013), maka itu amat tidak patut. Kita jangan rasa terhutang budi kepada blogspot. Kita sebenarnya saling memerlukan. Kita telah memainkan peranan terhadap kemajuan GOOGLE selaku empunya blogspot. Oleh sebab Google memberikan blog percuma kepada kita para blogger, maka Google beroleh manfaat yang banyak. Enjin carian Google menjuarai enjin carian yang ada di dunia ini termasuk Yahoo.
Contohnya, kita ceritakan tentang kampung kita. Tentulah preview kita lebih lengkap berbanding blogger dari luar. Apabila orang search di internet, tentu terus menuju ke blog kita dan Google tersenyum gembira kerana dapat menyediakan maklumat yang lengkap berbanding engin carian yang lain.
Jadi, sesiapa yang tidak mendapat keuntungan kewangan daripada blog seseorang itu, anda adalah blogger yang kerugian. Google dapat income melalui sumbangan para pengiklan, dan pendapatannya terus meningkat dari setahun ke setahun. Justeru, bisneslah apa-apa sahaja melalui blog anda. Sekurang-kurangnya, paling minimum letakkan iklan Nufnang. Jika hendak dapat pendapatan lebih, iklankan barang anda sendiri.
Kenaikan harga minyak dan semua barangan lain dan perkhidmatan di negara kita, kita harus tangani sendiri. Ternyata kerajaan telah menaburkan janji palsu, rakyat didahulukan bayar, pencapaian menteri dan kroni terus diutamakan.
Langgan:
Catatan (Atom)