Sabtu, 31 Ogos 2013
SIAPA KACAU BLOG AKU NI?
Ada banyak gambar dalam entri aku sebelum ini jadi macam tu...semua ada tanda pelik...sampai iklan depan ni pun kena...dulu pernah juga berlaku, blogspot ni merajuk ke, atau blog aku dah mula kena serang dengan virus?...Ish ish..tak faham...Yang hot ni, header blog aku pun keluar tanda ni...?
Jumaat, 30 Ogos 2013
SANA-SINI SEMUANYA SAKIT
Dah gila bergambarkah aku?
Jus karot yang aku minum ni pun lain macam aje warnanya
Jiran sebelah kena kanser p.d
Jiran belakang kena kanser usus
Jiran depan kena kencing manis
Pak Imam kat pekan tu sakit buah pinggang
Anak jiran sorang lagi jantung berlubang
Ramainya orang sakit....
Hospital pun penuh nak parking pun dah susah
Aku ni pun entah, tak pernah check
Takut nak periksa...
Yang penting, happy....hilangkan stress, ingat Allah banyak-banyak
Kulit semakin kendur, mata bertambah kabur, gigi mulai berterabur,
Rambut mulai gugur, badan selalu uzur, makan selalu bubur, itulah panggilan kubur...
Kurangkan makanan berminyak, gula, garam, ajinomoto
Minum air bersih secukupnya, jangan kurang
Elakkan minuman bergas...
Kalau boleh bersenamlah (Tapi akhir-akhir ni dah jarang)
(Ni entri sampah...sebab takut dikata blog bersawang)
Rabu, 28 Ogos 2013
KISAH ANAK YANG MENINGKAT UMURNYA
27 Ogos genaplah umur ILI yang ke 17 tahun, raya kali ini tak berapa raya kerana dia nak ambik SPM tahun ini. Kena kerja keras untuk berjaya, persaingan terlalu sengit.
Maaflah aku tak dapat bercerita banyak, kerana....agak sibuk sekarang ni, macam ILI juga.
Selasa, 27 Ogos 2013
Sabtu, 24 Ogos 2013
KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2013-PARIT SULONG
Kali ini saya dapat mengambil video baginda, namun cuma dapat 18 saat...
Lebih kurang jam 3.30 petang tadi Kembara Mahkota Kohor tiba di Parit Sulong. Sultan Johor bersalam-salaman dengan rakyat jelata yang setia menanti ketibaan baginda sejak tengah hari lagi.
Lebih kurang jam 3.30 petang tadi Kembara Mahkota Kohor tiba di Parit Sulong. Sultan Johor bersalam-salaman dengan rakyat jelata yang setia menanti ketibaan baginda sejak tengah hari lagi.
Ahad, 18 Ogos 2013
ANTARA SAHABATKU YANG TELAH BERJAYA
Petang 16 Ogos aku hanya dapat berkunjung di dua buah rumah. Rumah anak saudaraku Moslim di Taman Wangsa Batu Pahat, dan malam itu berakhir di rumah abang aku di Rengit. Terus terang, walaupun juadah yang disediakan oleh mereka sangat sedap, setiap kali aku mula menyuapkan makanan ke mulutku, tiba-tiba sahaja aku teringat saudara-mara kita di Mesir. Ia sangat menyentap hati.....
Jam 12.46 17 Ogos semalam, kami hadir ke jemputan hari terbuka sahabatku Hj Zakaria Marsam...wah grand betul jamuan Hari Terbuka di rumahnya....Terima kasih Hj Zakaria dan Cikgu Masriah...
Hebat dah kawan aku ni..... Alhamdulillah
Jam 1.40 kami bertolak ke Kota Tinggi. Tiba di tol Kulai Jaya jam 2.45.....
Setelah tersesat-sesat, Jam 4.21 petang tibalah kami di rumah sahabatku MJ di Kota Tinggi..MJ juga mengadakan rumah terbuka. Walaupun tetamu yang datang begitu ramai, MJ tetap menjemput aku sehingga ke kereta. Dia dah berpuluh-puluh kali datang ke rumahku. Inilah pertama kali aku datang ke rumahnya, sebab itulah dia sangat terharu-haru sangat dengan kedatangan kami yang tidak disangka-sangka.
Besar sungguh rumah sahabat sepermainanku semasa kecil ini....Rumahnya besar macam mesjid.... Rumah MJ ini ada enam buah bilik...
Ruang parking kereta yang luas....nampak kat tepi tu MJ menanam pokok-pokok cili
Dulu mula-mula aku menghantar MJ ke Kota Tinggi awal 90-an dulu, MJ cuma sehelai sepinggang datang ke sini, berkat usaha gigihnya kini telah memiliki beberapa buah rumah dan perniagaan hartanah...
Turut bersama dalam gambar isteri MJ, Cikgu J...MJ kena rahsiakan nama dan tempat tinggalnya.....nanti aku kena saman. Gambar boleh siar dalam entri ini.
Terima kasih MJ....Terima kasih Cikgu J......atas layanan kelas pertama kalian....
Ni gambar yang baru sempat diupload....

Langgan:
Catatan (Atom)