Siapa sangka, kerajaan Syiah Iran yang anti Israel ternyata
mesra dengan umat Yahudi di negaranya. Mungkin anda tercengang dan tak percaya
namun fakta dan data membuktikannya.
Meski pun Iran pada zahirnya melaung-laungkan slogan anti Israel, namun umat Yahudi di Iran hidup
tenteram dan bahagia di Iran.
Menurut web Yahudi di Iran, Iran Jewish,
pada masa ini ada kira-kira 25,000 hingga 30,000 orang Yahudi di Iran. Paling
ramai di ibukota Teheran, yakni berjumlah
kira-kira 15,000 orang.
Sebahagian lain tinggal di Shiraz, Isfahan, Kermanshah, Yazd,
Kerman, Rafsanjan, Borujerd, Sanandaj dan Oromieh
Di negara tersebut ada
sekurang-kurangnya 100 rumah ibadat Yahudi, kira-kira 26 di antaranya ada di
Tehran. Mereka bebas beribadah di dalamnya. Selain ibadat, umat Yahudi di Iran
juga boleh mendirikan sekolah, pusat budaya, perkumpulan pelajar dan mahasiswa,
perpustakaan dan balairung perkumpulan. Mereka juga kerap menerbitkan buletin
secara berkala.
Sejak kira-kira 100 tahun lalu, Yahudi mempunyai seorang perwakilan
di parlimen. Selepas Revolusi Islam tahun 1979, wakil-wakil Yahudi di Parlimen
atau Dewan Perlembagaan Elit berperanan lebih aktif.
Salah seorang pemimpin komuniti Yahudi Iran, Unees Hammami,
semasa ditemu ramah oleh BBC beberapa waktu lalu mengatakan bahawa Yahudi di
Iran memang kerap dipandang aneh. Namun itulah yang berlaku di negara itu.
"Kerana sejarah kami yang panjang di sini, kamii dibiarkan," kata
Hammami.
Dia juga mengatakan, Ayatullah Khomeini telah menganggap
Yahudi sebagai agama minoriti yang mesti dilindungi di Iran. "Imam
Khomeini membezakan antara Yahudi dengan Zionis, dan dia menyokong kami,"
kata Hammami.
Fakta mesra dengan Yahudi di atas, jauh berbeza dengan fakta kaum Muslimin di Iran. Pada buku
'Zionis dan Syiah Bersatu Hantam Islam', penulis buku Muhammad Pizaro, membuat
satu bab berjudul 'Derita Ahlusunnah di Iran'. Di situ disebutkan betapa kaum
Muslimin mendapatkan siksaan dan sukar sekali mendapatkan masjid kaum Muslimin
Sunni.
"Apakah ada ibukota di dunia ini yang berdiri tanpa
sebuah masjid Sunni, kecuali Tehran ibukota Syiah. Iran yang mempunyai empat
puluh gereja Kristian dan sebuah perkuburan untuk Baha'i," demikian tulis
Syekh Abdurrahman al-Baluchy, Pengerusi Persatuan Ahlussunnah Iran.
"No sunnah masjids in Iran". Itulah kempen salah
seorang ulama Ahlusunnah Iran di laman komuniti Muslim Iran Sunni Online.
Kempen itu disampaikan melalui dunia maya untuk menunjukkan kepada umat Islam
dunia, nasib kaum Muslimin Ahlusunnah di ibu negara Syiah itu. Mereka bukan
tidak mempunyai masjid tapi memang tidak dibenarkan.
Data statistik menunjukkan jumlah Muslim Ahlusunnah di Iran
berkisar antara 14-19 juta, atau sekitar 20-28% dari rakyat Iran. Mereka
terbahagi menjadi tiga etnik utama iaitu Kurdi, Turkmen dan Bluchis. Sebahagian
mereka tinggal di garis sempadan yang memisahkan antara Iran dan Pakistan,
Afghanistan dan Iraq.
Pengasas Maktab Qur'an Syekh Zadeh telah menderita selama lima tahun di penjara akibat penolakannya dengan sistem Republik
Syiah. Padahal Syekh Zadeh adalah tokoh Sunni Kurdi yang cukup berjasa dalam
menumbangkan rejim Pahlevi. Setelah Pahlvi tumbang, Khomeini mengkhianatinya.
Khomeini mendirikan Republik Islam Syiah dan bukan Repukblik Islam yang sebenar
sebagaimana yang dijanjikan.
Rejim Khomeini juga menganiaya dan memenjarakan setiap orang
yang berani hingga apabila perlu dihukum mati. Jika mereka diketahui terlibat
dalam dakwah Islam, para ulama Ahlusunnah itu siap-siap untuk dipenjara,
diasingkan hingga mengalami penganiayaan.
Dr. Ali Mozafarian, seorang pemimpin sunni dan seorang pakar
bedah ternama telah menjalani penyiksaan hingga membuatnya dihukum mati pada
tahun 1992. Dia telah bersabung nyawa kerana dituduh mempunyai hubungan dengan
pergerakan wahabi. Dua tahun sebelumnya, rejim syiah juga menghukum mati Syekh
Abdel Wahab Khafi dari Khurasan dengan tuduhan yang sama.
Syekh Mawlawi Muhyiddeen dan Syekh Mohammed Dost Sirawani
adalah dua ulama Ahlusunnah yang juga dipenjara dan diasingkan rejim Syiah ke
Najaf. Begitu pula dengan Syekh Ibrahim Dammini yang terus dipenjara dan telah menerima
penyiksaan selama lebih daripada lima tahun.
Itulah hakikat yang berlaku atas ulama sunni yang
diperlakukan oleh bapa Syiah moden Khomeini dan pengikut-pengikutnya yang kita
sanjung-sanjung pada tahun 1980-an dahulu.
Terjemahan drp:
arrahmah.com
2 ulasan:
Assalam cikgu MS,
terima kasih atas perkongsian maklumat. Sangat mengerikan la bila baca tentang syiah ni ... terbayang2 pahaman diorg terutama implemen perkahwinan mutaah tu... huhuhuh ...
segala-gala yang berlaku kononnya mereka bergaduh dengan Amerika dan Israe adalah wayang dunia semata-mata
Catat Ulasan