Rabu, 14 Ogos 2013

PETUA SUPAYA KETUPAT PLASTIK TIDAK KERAS SEMACAM


KETUPAT

KETUPAT PLASTIK

Tahun ini Alhamdulillah, tetamu yang datang tidak putus-putus....maka sibuklah aku apatah lagi isteri aku kat dapur tu....Jadi makanan yang disediakan mestilah tidak harus menghadapi apa-apa kecacatan yang ketara...contohnya ketupat plastik yang direbus agak keras dan menyebabkan selera pun hilang.

Hari ni aku nak cerita tentang PETUA, iaitu petua supaya KETUPAT PLASTIK sama ada Adabi ke, Faiza ke, Nona ke...apa-apa jenis pun ketupat plastik, ada petua supaya KETUPAT YANG DIREBUS itu tidak keras, pendek kata, bagaimana nak jadikan KETUPAT PLASTIK ITU LEMBUT SEPERTI KETUPAT DAUN KELAPA?

Petua ini diberikan oleh kakandaku Hjh Saripah. Katanya supaya ketupat plastik itu masak dengan ideal, sempurna 100%, tidak keras apabila disajikan ialah begini:

" Jangan terus angkat ketupat itu ketika air sedang panas menggelegak....seperti biasa rebuslah ketupat itu 2 jam- 3 jam lebih kurang, lepas tu matikan api. Ketupat plastik itu biarkan di dalam periuk sampai air di dalam periuk itu sejuk sendiri, tentu memakan masa yang lama sikit, ok....setelah air dah sejuk betul, angkat ketupat dan tuskan, simpan di tempat yang selamat, In sha Allah, anda tidak akan kecewa lagi dengan mutu ketupat plastik anda..."

Alhamdulillah setelah kami amalkan petua ini, raya kali ini kami tidak menghadapi masalah ketupat tidak berkualiti lagi. Satu lagi, janganlah simpan ketupat di dalam peti ais, kerana ia juga merosakkan rasa ketupat itu.....huhuhu...

Berikut ialah gambar-gambar para tetamu yang memeriahkan dan menyerikan rumah kami pada hari Raya tahun ini. Ada beberapa tetamu lagi yang tak sempat diambil gambarnya kerana aku sangat sibuk ketika itu. Dan ada beberapa tetamu lagi yang mempunyai kriteria yang ketat sebelum gambar mereka diluluskan untuk diuploadkan ke dunia siber, antaranya Miss Miror dan JURAGAN MJ.

Jutaan terima kasih kepada blogger Mama Miraki, Mama Janet , Kak Timah, Datin Kalsom dan anak-anak mereka kerana sudi berkunjung lagi buat kali kedua ke rumah kami yang kecil ini. Jangan serik ya.....

Gambar budak yang ramai-ramai ini ialah kawan-kawan Ili dan Irfan. Pendek kata raya kali ni aku dan isteriku tak dapat berkunjung ke rumah kawan-kawan dan sedara mara...









 





13 ulasan:

mak encik | SZ berkata...

assalam cikgu MS
terima kasih bagi petua ni ...
(khusus untuk kekanda cikgu MS juga)
sebelum ni memang saya fikir jenama ketupat segera tu yg bezakan dia keras ke tak ... dan setelah beberapa kali mencuba jenama berbeza, haasilnya ketupat jenama nona tu yg ok ...

Mat Som Sadona berkata...

Mak Encik/ Pn Suzi

Ya betul, jenama NONA paling Ok ...tak payah guna petua ni pun dah lembut.Tapi sebab raya ni saya susah nak dpt jenama Nona, beli jenama lain, maka saya tanyalah kakak saya tu.

Sama-sama...
Lepas ni boleh apa-apa jenama ya

wakgelas berkata...

salam syawal kang cikgu matsom kuwi..,iiHHkks

wahhhh meriahnyer raya kang..,mugo2 diparengi apik yoo

Mat Som Sadona berkata...

Macam ni lah wak.....
namanya bodho rioyo

Masha Meisters berkata...

style! mak masha pun wat camni gak....anak dye? hehe...anak dye tahu makan je....hihihi

Mat Som Sadona berkata...

Masha
Nanti dah ada suami dan anak2 kenalah masak ketupat sendiri hehehe

Kayu Manis berkata...

tetamu dtg melimpah ruah rezeki namamnya..tunggu knor dtg pulak...agak2 segan tak nak sambut tetamu mcm knor ni..

tq kongsi petua tu...thn ni tak ada rebus2 ketupat...makan nasi aje..tetamu dtg hidnag nasi terus...diorg dah tak lalu nak mkn ayam..

Kayu Manis berkata...

p/s knor tak ada camera mahal2...guna hp je cikgu..

Mat Som Sadona berkata...

Kalau tetamu tak nak makan ayam, kena gorengkan burung puyuh atau kambing, rusa panggang tu K.Nor

Lalu sini singgahlah...

che mid berkata...

Salam riyayan.. Eh, nopo gambar che mid tak de???

che mid berkata...

lupa nak kasi tau tadi.. Ulu Dong tu tempat Mona Fandey dan kes bunuh 18 kerat tu laaaa..

Mat Som Sadona berkata...

Che Mid, gambar Che Mid tak clear jadi tak dapat upload
Patutlah...macam selalu sangat mendengarnya, lama sgt sampai lupa kisah itu

~ Mummy Gee ~ berkata...

whuaaaa.... kenapa gambarku tiada di sini...heheh