Sekadar gambar hiasan: kredit pisau.net
Malam semalam malam ke 25. Tentulah masing-masing telah berebut-rebut untuk dipilih oleh Allah agar merasai Lailatulqadar dan amalannya
sama dengan 1000 bulan. Bukan semua orang boleh mendapatkannya, kerana mungkin kita
masih penuh dengan dosa yang masih bersarang di dalam hati. Kita masih rajin
mengumpat orang, memakan riba, fitnah, dan seumpamanya.
Kisah yang aku ingin ceritakan ini adalah kisah malam-malam
1o akhir Ramadhan, yang sangat mencemaskan aku. Kisah ini berlaku kira-kira
tiga tahun yang lalu.
Malam itu, selepas berterawih, seperti biasa aku rehat di
ruang tamu sambil membaca akhbar-akhbar semalam-semalam yang masih belum sempat
membacanya.
Tiba-tiba aku kedengaran sebuah kereta berhenti di depan
rumahku.
“Assalamualaikum” Macam suara En X saja tu.
Betul sangkaan aku. Bersama-samanya ialah En Y. Umur
mereka telah menjangkau 5o tahun.
“Waalaikumusalam….”
“Sibuk ke? Kalau tak, kita orang nak ajak kau ngeteh”
“Boleh…baru pukul 10 suku.”
Aku pun naik kereta member aku tu. X dan Y memang kawan
kamcing. Mereka ni mula berkawan dengan aku, sejak aku jadi stokis minyak
kelapa dara tu.
Bersembang punya bersembang dalam kereta, aku menjadi
pelik, kerana kereta itu menuju ke Pagoh.
“Nak ke mana ni, aku ingat ngeteh kat Sulong aje”
“Sekali-kali jauhlah sikit….Pt Sulong tak mainlah”
Tiga puluh minit kemudian sampailah kami di sebuah
warung. Gegak-gempita warung itu, dengan suara orang tua menjerit-jerit lagu
dangdut, dihiasi lampu kelap-kelip…Seorang perempuan sedang berjoget-joget
bersamanya.
Astagfirullahal azim…..malam Ramadhan ke 23, mereka yang
ganyut-ganyut ni terkinja-kinja kat sini. Warung ni jauh dari rumah orang, jadi
mereka boleh menjerit sekuat hati mereka.
Tibalah giliran X untuk menyanyikan lagu….Semuanya lapan
buah lagu….suaranya memang bagus, sebab semasa mudanya pernah berkursus vokal dengan
Akhbar Nawab sewaktu kerja di Kuala Lumpur dahulu. Apabila orang bertepuk tangan
lagilah X naik syok…aku dah terbayang wajah arwah ayah aku. Seolah-olah dia
memarahi aku kerana aku berada di tempat seperti ini pada malam-malam yang
mulia ini…aduh…
Kemudian Y pula menyanyi. Suaranya tidaklah sesedap mana.
Dia mendakwa semasa dalam tentera dahulu, dia selalu ikut band askar.
Akhirnya pukul 1-00 pagi baru kami balik. Sepanjang
perjalanan aku berdoa dalam hati, janganlah sampai eksiden. Kalaulah aku mati
ketika ini, tentu malu emak aku….Mati eksiden balik dari Karaoke di malam
Ramadhan….(Tajuk Harian Metro...)
Alhamdulillah akhirnya aku selamat sampai di rumah. Sejak
kejadian itu, aku sentiasa menolak ajakan mereka untuk mengeteh. Semoga Allah memberi
hidayah kepada kedua-dua orang sahabatku itu ….
4 ulasan:
Lorrrrrrr suspen jer ngan tajuk di atas, ciri2 seorang blogger yang hebat ,hiihihihi..
Maaflah Umi Alya, bulan puasa ni entri panjang berjela pulak.
betullah bila kita terbiasa dgn cara hidup kita..maksudnya didikan yg diberi ayahanda dan bonda..hati kita seakan menolak perkara2 yg tidak baik,maknanya hati kita ada nur dan tak nak terpalit akan dosa2 yg kita tak biasa nak buat..itulah tanda2 org yg ada iman.alhamdulillah.Allah tahu isi hati hambanya.
In Sha Allah K.Nor, saya dah tua, UMUR PUN dah setengah abad, kita ni hanya menghitung hari, kubur kata MARI...MARI...
Catat Ulasan