MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Jumaat, 28 Ogos 2009

SEDETIK DI BAZAR RAMADHAN PT SULONG

Warga asing turut mencari makanan berbuka puasa di bazar
Ramadhan Pt Sulong ini

Gambar di Bazar Ramadhan Pt Sulong ini diambil pada waktu puncak iaitu jam 6.00
petang, ketika waktu-waktu beginilah orang berpusu-pusu ke sini.

Air tembikai yang dijual di hadapan Bank Simpanan Nasional Pt Sulong ini merupakanantara minuman terlaris di Bazar Ramadhan ini. Tetapi ramai merungut, kenapa harganya tahun ni naik RM 2.50?

Orang kata, makanan di Bazar Ramadhan Pt Sulong ni lebih mahal daripada
Bazar Ramadhan Pesta Batu Pahat. Sebagai contoh Ikan Bakar. Entah betul entah tidak?

En Bastani dari Tongkang Pechah tidak ketinggalan mencari juadah berbuka puasa di Pt Sulong

Norain Mohd Noh turut aktif memperkenalkan
buah-buahan segar kepada pengunjung


Hello bang, saya kat Pt Sulong ni. Abang nak makan apa? Apa? Ikan keli bakar?

Sedap jugak air soya ni!!!!Peh tak sabar nak tunggu waktu berbuka

En Parlan taukey kedai kereta Sinar Sulong pun turut sibuk mencari juadah yang
paling sedap untuk berbuka Magrib nanti.
Antara peniaga yang terkenal di Pt Sulong. Abang ni berniaga sepanjang tahun.
Biasa beliau jual sarapan pagi. Mi goreng, mi teuw goreng dan nasi goreng kampung,
semuanya masih panas-panas.
Bazar di depan Mini Market Yong Fat telah mula beroperasi. Tahun ini
nampaknya mereka berniaga sebulan penuh.

Tak taulah aku nak beli apa? Dah pusing 4 kali ni, rasa-rasa nak beli kuih je!

Bazar Ramadhan di depan Mini Market Yong Fat menjual pelbagai pakaian dan eksesori wanita.

5 ulasan:

~ Mummy Gee ~ berkata...

Insyallah lagi 3 minggu merasa gi bazar ramadhan PS. Sure time tu susah nak parking, silap2 dari klinik lagi kereta dah berbaris parking...kat bangi ni kuih 5 biji RM2. Dah tak de zaman kuih 3 biji RM1...

MSOM berkata...

Balik kampung oh oh oh oh balik kampung....seronok betul ya, patutlah Pt Sulong apabila raya penuh sesak, rupa-rupanya dipenuhi anak jati Pt Sulong yang kini telah bertebaran di mana-mana. Saya doakan Puan Mummy Gee sekeluarga selamat ke PS pada hari raya nanti.

Mama Miraki berkata...

weiii meriah juga ye bazar kat PS. cerita pasal PS..alahai stok kopi PS dah tinggal sikit lah. Kopi PS memang kaw2..selalu balik kg akan beli 2 kg untuk stok..kopi yang depan BSN tu..sedap kan...nak raya nanti hari sabtu tu dia jual tak erk....

MSOM berkata...

Ohhh Kopi yang ada mesin sekali tu...Kalau kopi tu rasanya di Pasar Sabtu Insya Allah ada...Bila minum kopi tu teringat zaman dulu, org dulu minum kopi tu dengan makan ubi rebus cecah sambal tumis!

Mama Miraki berkata...

haaa betul lah kopi yang dia mesin kat situ sekali. Yang orang melayu jual tau..bukan yang cina tua sorang tu. Harap sabtu sebelum raya tu dia juallah kopi tu...kalau tak melepas lah nak beli stok kopi...hubby suka sangat minum kopi PS. sejak dari kahwin dia dah campak ke laut dah kopi jenama lain...hihihihihihi