Baiklah, hari ini aku ingin bercerita tentang SMS daripada CELCOM yang selalu aku terima:
"Nikmati SMS PERCUMA KE 8pax setiap bulan dengan Bonus Setia. Taip (8PAX ON hantar ke 28882)
Pendaftaran adalah PERCUMA.
Buat pertama kali, aku pun cubalah bagaimana yang diarahkan. Caranya adalah seperti di atas tadi. Maka selanjutnya caranya ialah kita taip:
8PAX ADD 0191234567 sent ke 28882
(INI KALAU KITA NAK MASUKKAN SALAH SATU NOMBOR)
8PAX DEL 0131234567 sent ke 28882 (INI KALAU KITA INGIN MEMADAM NOMBOR YANG DISENARAIKAN)
8 NO KE RANGKAIAN CELCOM 013/019. 8 NOMBOR PERTAMA TADI PERCUMA. Jika kita nak tambah nombor ke 9 dan seterusnya kita dikenakan bayaran RM 1 bagi setiap nombor yang didaftarkan. Untuk CELCOM ke nombor DIGI dan MAXIS tiada kemudahan itu ya.
Maka aku pun mencari lapan nombor keutamaan. OK dah jumpa, pertama tentulah nombor Hamidah, kedua nombor anakku Nabilah. Empat nombor lagi adik beradikku yang mengguna CELCOM iaitu Kak Saripah, Kang Baharuddin, Siti dan Sam. Dua lagi sahabatku.
Apa pula keistimewaan 8pax?
Celcom juga kata "Nikmati kadar panggilan 15 sen/minit dan 1 sen utk SMS sepanjang masa utk 8 teman teristimewa".
Barulah aku teringat akan satu SMS daripada CELCOM sebulan lalu yang masih belum aku padam:
"XPAX! eNJOY 65 free sms to your 8pax until 15/8/09. More FREE SMS next mth!"
Ya Allah! Tinggal 40 minit ni, cepat-cepat, aku pun sms kang Odin, Sam, Masrom dan Khasfe. Tangan aku sampai penat menekan punat Hand phone ni nak habiskan 65 sms DALAM MASA 40 MINIT. Kenapalah aku selama ini tak ambik endah perkara ini? Aku anggap sms itu sebagai sms spam.
Aku juga baru teringat, smpena hari lahir aku Januari lalu CELCOM pun hantar SMS supaya aku dapat berbual dengan 8pax aku PERCUMA dalam sehari tersebut tetapi aku pun abaikan. Ok...lepas ini, aku gunakan 8pax ini sebaik-baiknya!
Salah seorang sahabat yang aku hubungi bertalu-talu melalui SMS ini membalas. "Terima kasih kerana menyenaraikan aku dalam 8pax engkau".
Daun selasih daun keladi, terima kasih jumpa lagi!
2 ulasan:
Ya ker? Laaa.....
Patut la pepagi ko dah sms aku.
Aku pun selalu abaikan sms dari nombor yg tidak aku kenali/iklan.. Sebelum baca dah delete dulu dah. Hehehe.
Pastikan senarai 8PAX tu nombor yg selalu Sam hubungi. Bukankah menjimatka satu cal 15 min, biasa 30 sen. Satu sms 1 sen, biasa 10 sen. Daftarkan segera 8pax Sam, tetapi kalau kawan2 baik Sam tu guna syarikat lain, tak dapatlah den menolongnya. Pasti lepas ni Sam dapat berbual dengan lebih panjang dengan teman terdekat.
Catat Ulasan