Isnin, 31 Ogos 2009

OBJEK MISTERI DI PT JAYUS 7- SERI MEDAN

Dua hari lalu, setiap kali aku buka pintu, dan keluar rumah untuk mengambil sesuatu di dalam kereta, Arina terkejar-kejar..."Nak ke mana yah?" soalan tu entah kali keberapa untuk minggu ini. "Alahai kesian...Oklah ayah nak ajak Arina ke rumah Balqis". Maklumlah sejak wabak Influenza H1N1 ni, anak-anak, aku kurung sahaja di rumah.
Dalam perjalanan tu aku aku kata kepada mereka, "Kita akan ziarah tiga buah rumah, rumah nenek, rumah Mak Long dan rumah Balqis. Aku ke rumah emak aku, nak tengok adik ipar aku Azli yang kemalangan jalan raya dua hari lalu di depan MayBank Yong Peng, satu jarinya telah putus. Aku sudah melihatnya di hospital hari itu.
"Abang Azli dah kerja dengan tangan masih berbungkus, habis nak buat macamana, kalau tak kerja, tak ada gaji, raya dah dekat" Kata Siti adik aku
Hebat betul Azli ni, tentu tangannya masih sakit lagi. Nak buat macamana, kalau itu alasan kukuhnya.
"Baiklah, oleh sebab orang yang kita nak tengok pun tak ada, kita ke rumah Mak Long"
Aku sudah lama nak beritahu kalian, ada satu benda pelik kat rumah kakak aku Kak Saripah ni. Masa kecil-kecil dulu aku selalu bermain-main dengan objek aneh ini. Masa tu aku, Moslim, Yati dan Sanisah buat benda ini macam kapal angkasa.
Ia ditemui di rumah lama Kak Saripah di Pt Jayus 7 pada tahun 1972. Pada masa itu kampung itu masih hutan belantara. Benda ini dijumpai di lereng bukit dan telah ditutupi daun-daun pokok. Abang iparku Hj Johari mula-mula curiga adakah ini bom yang masih aktif.
Apabila pasti ia hanya seperti kelongsong, abang Johari memikulnya dan membawanya ke bawah rumah. Apabila mereka berpindah rumah baru di lokasi sekarang, mereka turut membawanya bersama sebagai milik keluarga.
Ramai juga yang bertanya apakah sebenarnya benda ini? Ramai yang kata itu tangki minyak kapal terbang. Ada yang kata kelongsong bom. Kalau ditanya budak-budak, mereka kata ini kepunyaan UFO.
Kata kak Ipah, ramai juga yang berminat nak membelinya, tetapi kak Ipah tak jual. Ada yang nak beli RM 200. Kak Ipah ketawakan sahaja orang itu. Sudah 37 tahun mereka suami isteri menjaganya, ia menjadi satu kenangan di rumah lamanya di pinggiran hutan tebal itu.
Ada juga yang lalu dan ternampak, bergambar dengan anak-anak di depan artifak ini. Bagi anda yang arif, apakah sebenarnya objek ini?
Bomkah itu? Tangki minyak kapal terbang? UFO?

Mengapa ia dijatuhkan di kawasan hutan itu?

Hakisan masa menyebabkan bahagian bawah berkarat dan menampakkan
bahagian dalam ARTIFAK ini

Benda misteri ini memang besar, agaknya ia peninggalan perang Dunia Ke 2?

Kalau benda ini boleh bercakap, kan senang aku nak temu ramah dia?

10 ulasan:

Mama Miraki berkata...

huiii tu barang peningalan sejarah tu..macam sayap kapal terbang pun ada. Boleh panggil muzium tu

MSOM berkata...

Muzeum selalu mengkaji artifak zaman prasejarah. Banyak penemuan bom zaman perang Jepun dahulu diletupkan begitu sahaja,tak ada satu pun rasanya yang disimpan di Muzeum.

~ Mummy Gee ~ berkata...

kalau pihak muzium tahu dah kena angkut bendalah tu...

SUARA 8 berkata...

Tapi Mummy Gee...dalam Muzeum Negara tu ada ke benda-benda macam ni? Bukankah lebih baik dipamerkan kat Pasar Pt Sulong, mesti gempak habis! Ha ni saya nak habaq, baru ni tadi saya pergi Pasar Ramadhan PS, masya Allah, dah jem sampai klinik spt yang Puan katakan. Baru cuti hari Kebangsaan tu, besok nak raya, kalianlah yang memeriahkannya pula.Kami penduduk tetap, kena duduk tengok TV kat rumah nampaknya nanti..!

MSOM berkata...

La salah pasword pulak, blog lain pulak yang keluar. iNi lah padahnya apabila banyak sgt blog.Maaf Mummy Gee.

~ Mummy Gee ~ berkata...

emmm tak sabarnye nak balik PS. Count down lagi 2 minggu lebih. Acara wajib blik kg, anak2, hubby dan bibik semua potong rambut...mana nak dapat potong rambut RM4 kat KL ni ...jimat...jimat...

MSOM berkata...

Sabar...sabar dong, tak kan lari kampung dikejar...! Yg penting semuanya selamat sampai di sini.

Mama Miraki berkata...

hihihihi...banyak sangat blog ye...baik2 jangan sampai jadik "GO BLOK"..hihihihi

Nak gunting rambut murah..hihihi botak terus lah gee..senang nanti balik kg lagi sekali..botak lagi..hihihihi tak sempat panjang kan...weiiii tukanggunting tu pun cuti raya kot..nak gunting rmabut gi rumah dia ajelah..hihihihi

MSOM berkata...

Ya Mama Miraki saya ada 7 blog. 5 BLOGSPOT, 1 wordpress dan 1 blogstarz (ni blog beli RM99).Tapi yg paling saya jaga blog yang inilah sebab ni blog sulong saya.

Saya cadangkan suami kalian je gunting rambut kalian, kan dapat mengeratkan silaturahim (betul ke istilah ni?) dengan suami kalian!

Mama Miraki berkata...

mak ooiiii ada 7 blog ye...sempat ke nak update...saya ni ni pun curi-curi masa time lunch kat office atau time anak dah tidur kat rumah nak update blog...