MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Ahad, 6 Disember 2009

BISNES DAN BISNES

Rupa-rupanya FAIRUS memiliki kedai herba di Taman Arked Pt Raja. Kini Fairus sah sebagai
Stokis Bio Asli Parit Raja. Lokasi berdekatan Mesjid Besar Parit Sempadan sebelah Kedai Perabot
Hock Huat. No telefon 013-2656302

Solat Magrib di surau terbersih di Johor, Surau Pekan Pt Yani

Sewaktu berhenti menukar cek di HPA Cawangan Parit Raja terserempak Lori Radix.
Hei....diam-diam pun sebulan aku dapat jual lebih daripada 100 papan!
Kedai Abas je sudah 10 papan.

Berhenti rehat di Mesjid Air Hitam di puncak bukit yang luas.

Aku sengaja paparkan gambar ini...untuk memotivasikan seluruh warga Batu Pahat,
bahawa kalian merupakan orang kuat...batu pun dipahat!!!
Jadi, orang Batu Pahat mesti kuat, hebat, lebat jangan merempat!
Hari ini bermula pagi melihat tanaman sayur aku yang mula subur di depan rumah. Tomato, cili dan pokok terung. Selepas itu aku menghantar Irfan ke rumah banglo Cikgu Sulaiman untuk tusyen. Aku berpusing-pusing di pasar Sabtu, Pasar Parit Sulong dengan Arina. Beli ikan, surat khabar, dan buah-buahan. Aku ternampak orang jual kopi yang dimesin dan teringat peminat utama kopi itu, Mama Miraki. Tetapi aku tidak membawa kamera pagi ini.
Sedang aku berjalan-jalan aku disapa oleh seseorang. Rupa-rupanya Alif, murid aku di SMK Penghulu Saad tahun 1999. Dia bertanya aku ada menjual Minyak But But lagi tak? Dahulu produk HPA paling top memang Minyak But But, sekarang Kopi Radix. Aku selalu bagi free kepada murid-murid aku, termasuk Alif. Kini Alif menjual baja siraman di pasar itu. Dia kelihatan malu-malu dan gerainya terletak di hujung sekali dan tidak berpayung pula. Ini mesti dipaksa oleh bosnya. Aku kata kepada Alif, semua itu pernah aku alami. Jangan malu. Bisnes adalah kerja mulia. Nabi kita pun berniaga.
Petang tadi aku ke Parit Raja. Servis untuk stokis Fairus. Namun dia tiada di kedai. Aku bagi nota-nota produk Bio Asli kepada rakan kongsinya. Kemudian aku menemui Osman Omar dan Siti Khadijah di depan Cawangan HPA Parit Raja. Setelah berbual-bual dengan mereka aku masuk ke dalam Pejabat HPA untuk menukarkan sedikit cek yang belum sempat ditukar. Yang menarik di situ ialah flyer Koperasi HPA. Koperasi HPA telah memberi DIVIDEN 14% kepada pelabur-pelaburnya pada tahun 2008. 10% pada tahun 2007. Dividen untuk 2009 pasti akan meningkat. Malangnya aku belum melabur lagi. Bulan Februari nanti rasanya pelaburan itu dibuka semula untuk ahli-ahli HPA.
Keluar sahaja daripada Cawangan HPA menanti dua orang pengedar Bio Asli untuk mengambil Kopi Kelapa Dara dan Oil 31. Kedua-duanya aku kenali daripada iklan Metro Ahad yang disiarkan oleh syarikat Bio Asli. Seorang itu bernama Rosmadi. Seorang lagi Osman Paiman. Kesempatan sekejap itu aku bagi motivasi supaya mereka memasarkan produk-produk Bio Asli yang tebukti berkesan membantu ramai pelanggan yang bermasalah. Terutama masalah dalaman.
Dari Parit Yani, ke Parit Raja, singgah di Air Hitam, kemudian ke Yong Peng dan berakhir di Tongkang Pechah. Orang yang terakhir aku temui malam ini ialah Azhar Sam. Azhar banyak menjual Kopi Kelapa Dara termasuk majikannya dan kawan-kawannya orang Cina. Jangan hairan, produk-produk Bio Asli dipasarkan ke 231 buah negara!!!
Sebelum tidur aku membelek-belek akhbar tabloid. Aku terkesan dengan tulisan Sayuti Omar tentang
peringatan kepada para blogger:
Blogger hendaklah mengetahui:
1. KOD ETIKA PENULISAN
2. UNDANG-UNDANG FITNAH
3. AKTA RAHSIA RASMI (OSA)
4. AKTA MESIN CETAK
5. AKTA HASUTAN 1948
Setakat ini blog aku tidak lari daripada tema matsomherbs. Blog ini blog yang banyak bercerita tentang bisnes MLM. Aku memilih matsomherbs kerana ingin memperkenalkan bahawa aku ada menjual herba yang berguna untuk kesejahteraan manusia.
Tetapi tajuk yang selalu dicari pelayar internet dalam blog aku pertama DOA PENDEKAT JODOH dan kedua
JUALAN BARANG TERPAKAI DI RENGIT. Yang sudah dapat jodoh tu janganlah lupa jemput saya!!!

8 ulasan:

Mama Miraki berkata...

alahai mesti abang Kopi tu rindu kat saya...hihihihihi ..manalah pompuan yang selalu beli kopi 2-3 kg ni lama tak datang beli...hihihiihi....hari ni mummy gee balik kg...tapi petang daaa....x sempat gi Pasar PS...nampak gaya kena minum kopi Radix ajelah..hihihihi tak pun kopi janda ker...heheheheheh

MSOM berkata...

Kopi Janda jangan sebut!!!!
Beli je Kopi RADIX kat kedai ABAS.

~ Mummy Gee ~ berkata...

Saya dah tau mana banglo Cikgu Sulaiman. Pagi tadi balik beli breakfast kat PS say asaja lalu jalan belakang pasar tu...memang besar banglo dia...harap2 kwsan tu tak banjir...klu tak sayang banglo cantik

~ Mummy Gee ~ berkata...

Saya suka gak visit blog Sayuti Omar. http://msomelayu.blogspot.com/

MSOM berkata...

Nampaknya saya kena lebih profesional apbila menulis blog...sebab, kejap je ada yang check sama ada laporan itu betul atau tidak. Sebab tu saya takut bubuh gambar rumah sendiri yang macam pondok durian ni. Takut2 tetiba je Mummy Gee hon Mata Belalang depan rumah!!!

MSOM berkata...

Tkasih bagi blog Sayuti Omar tu

~ Mummy Gee ~ berkata...

msom bloggers mmg kena responsible terhadap apa yg ditulisnye... jgn la merendah diri kata rumah cam pondok durian pulak... mata belalang jarang bwk balik kg tak muat askar ramai. So kena bawak mata kucing je la...

Mama Miraki berkata...

kita bawak mata Ayam jer...hehehhe