Pokok pisang ni ditanam oleh isteri aku Hamidah. Ni pisang montel tau Miss Miror!
Cili ni baru berusia tiga minggu
Pokok terung ni segan-segan nak hidup
Hamidah juga menanam pokok daun kesum fasal dia minat asam pedas
Kami tanam pokok-pokok ni saja untuk aktiviti jam 6.00 petang. Kalau nak sayur, jiran depan rumah aku ni ada
gedung jual sayur. Setiap hari mereka membungkus bermacam-macam sayur dan dijual di pasar-pasar lambak.
9 ulasan:
pisang montel????? huhu... kenangan tuuu...
ya tak ya.. aku dh lama tak tanam daun kesum... org kata kalau nak tanam tu pastikan kita tak beli daun kesum kat peti ais.. K.Ida ke sapa yg bagi aku petua ni.. patut la daun kesum aku tanam tak pernah hidup.. dah kesejukan dlm fridge tu agakanya dia susah nk tumbuh akar..
pokok cili dan terung saya pun dah tinggi lebih kurang cam pokok2 msom gak. Baru pindahkan ke tanah dan pasu besar 2 minggu lepas. Nanti saya snap gampar pulak. Serai baru jer cabut dan nak tanam semula (hihih...tanam semula cam pokok getah or sawit je). Kacang botol dah lebih 2-3 kaki tinggi tak tau mana nak suruh dia menjalar. Bibik dah balik sini boleh ler saya spend masa lebih skit kat 'mini farmville' kat belakang rumah tu.
Oh..rupa2nya orang perempuan ni suka kat pokok2. Dulu masa saya sewa rumah kat JB, lelaki Cina tu beritau saya..."setiap hari saya tengok dan bercakap2 dengan pokok bunga ini, saya jadi rasa MUDA dan dapat AURA SELALU" Tu lah kita orang ni dah mula tanam pokok ni. Ok..kami tunggu MMiRror Dan MGee dengan hasil tanaman masing2.
kalau nak tau selain suka pokok orang pompuan pun suka:=
1. shooping
2. beli make up
3. masak
4. gossip...pot...pet..pott.pet..
5. amik gambar sendiri...hihihihi
6.beli ubat kurus..hihiihi pas tu makannya hangat2 taik ayam...cam mummy gee....hahahahahah
Alamak..saya tak ada pulak jual herba kurus badan. Mengunyah Misai kUCING mungkin boleh kuruskan badan kut? Kawan saya Faris Pt Raja tu jadi Stokis Herba Prima.Mahal juga harganya satu set RM 200.
hahah kami pun dah cuba...waaaaa kotak pertama bersemangat...masuk kotak kedua...kusss semangat....boring ler pulak..tiap hari teguk air jer....hihihihi
rejeki tewww..
Alamak...En Me..ingat lagi dengan saya...trima kasih (1juta X)
ubat kurus?.. si Ladymaroon kan ada jual Jus Mate5 tu. Lama tak chat dgn LM.. entah apa crita minah tu.
MM kan dah upload tanaman MM kt blog. MM pernah tanam daun kesum punya la subur tp dtg Majlis habis semua dia potong. Tapi itu masa kt rumah lama la sbb tak cukup tanah jd kami tanam kat luar pagar... rumah baru ni kami tanam kt belakang rumah je.. senang sikit, xde yg kacau... tp penyakit MALAS pulak dtg.
Catat Ulasan