Jumaat, 11 Disember 2009

TUISYEN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Minggu ini Nabilah meminta aku mengajar melukis dan mewarna
dengan water colour

Kalau hari persekolahan aku memang tidak sempat hendak mengajar anak-anak.
Kepenatan menghadapi kerenah anak murid menyebabkan minat untuk mengajar
anak-anak sendiri terbantut
Irfan pun turut berminat belajar melukis dan mewarna dari ayahandanya

Inilah hasilnya, yang ada pokok besar ni hasil lukisan Irfan dan yang ada rumput ni
ialah hasil lukisan Nabilah. Mereka begitu gembira kerana akhirnya aku
menunjukkan cara-cara asas mewarna langit, gunung dan asas pokok. Ada lapan lagi sesi pembelajaran
Seni Lukis yang perlu dihabiskan bagi melengkapkan diri demi menghadapi pembelajaran 2010.

11 ulasan:

en_me berkata...

me tak fandaaiii lukiss uoolsss.. uhuhu

Mama Miraki berkata...

lukisan....hmmm subjek yang paling langsung x minat...kaku tangan nak pegang berus...

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Lukisan? suker!!!!

Tapi Cikgu kata lukisan aku tak setanding dgn lukisan kakakku.. aku je yg terperasan pandai melukis... hahaha... sbb tu la aku tak dibenarkan ambik subjek tu masa SRP sebaliknya ambik Pendidikan Agama (optional).
Ternyata cikgu mmg pandai mengenal muridnya dan aku dpt score agama ms SRP. Terima kasih kpd Allahyarham Cikgu Uyob. Alfatehah utk rohnya.

MSOM berkata...

En...Me ni entah2 PELUKIS BERTARAF DUNIA..tgoklah hasil2 FOTO yang diambil-CUKUP PROFESINAL Tewww!

MMiraki ni mesti aliran SAINS?

MMiror, merendah diri lah pulak.

Mama Miraki berkata...

pandai cikgu....

dulu2 masak sekolah rendah bila cikgu suruh lukis orang asyik jadi orang lidi aje...buat lukisan corak..ambil pelepah pisang, potong,letak water color dan chop aje..hihiihhi ada lagi ke cikgu suruh buat lukisan corak cam tu yea...

~ Mummy Gee ~ berkata...

Tajuk2 lukisan yg cikgu selalu suruh buat masa sekolah rendah:
- pemandangan
- buah2an tempatan
- tajuk bebas (???? mesti cikgu dah tak der idea nak suruh buat apa...heheh...marah abg Mummy Cikgu Bahrin klu dia baca ni..)
- lukisan chop2
- corak baik
- anyam tikar guna colour paper

MMiraki dulu sekolah rendah mana guna water color cam sekarang, kita guna color yang powder tu dan kena bancuh sendiri lah...waaa retro sungguh kenangan itu...hehhe

~ Mummy Gee ~ berkata...

oh satu lagi tajuk lukisa fames , tu bua poster, yg pasti tajuk apa sekalipun mmg Mummy tak pernah suka subject lukisan. Masa sekolah menengah selalu pengelat bila subjek lukisan tak pernah siap, janji nak htr minggu depannya, bila sampai minggu dpn tu ckp kat cikgu lupa bawak...camtu ler sampai hujung tahun..hihih...nasib baik le sampai form 2 je belajar lukisan!!!

MSOM berkata...

Kalau yang mengajar P.SENI tu Cikgu Samian, mesti kalian siap masa tu juga. Saya ada simpan gambar dia ni, nanti saya cari...........

~ Mummy Gee ~ berkata...

Yg ajar saya lukisan dulu Cikgu Faridah (masa kat SMR PS @ SM Penghulu Saad)... Cikgu Samian ajar BM kat SMDato Sulaiman. Jgn tak caya, saya menang peraduan mengarang sempena hari guru masa form 5.Tajuk karangan "Kalau Saya Seorang Guru"... dapat hadiah sijil dan plak..

Mama Miraki berkata...

karangan "aku sebuah mesin basuh: agak2 boleh menang tak...hihihihi

MSOM berkata...

Kalau aku seorang guru, tapi akhirnya tak jadi cikgu.
AKU SEBUAH MESIN BASUH sesuai untuk kelas tahun 3E.
cITA2 SAYA dulu jadi PENYIASAT sebab saya minat Mat Bond.