Khamis, 24 Disember 2009

KEMBARA ISWARAKU

22 Disember
"Ayah cuti dah nak habis, kita tak ke mana-mana ke?" soalan Irfan mengejutkan aku pada petang itu.
"Awak ni tak ada soalan lain ke nak tanya, ayah ni sibuk?"
"Ni bukan Irfan yang tanya, kakak suruh tanya"
"Oh pakai wakil ya?"
"Okey...dipertimbangkan, malam ni siapkan pakaian..."
"Kakak dah siap kemas barang dalam beg" Nabilah tiba-tiba menunjukkan begnya yang penuh dengan pakaian yang berlipat.
"Ewah-ewah, kalau ayah cakap tak jadi macamana"
"Kita nak pergi mana Yah?"
"Ayah tahu esok pagi pukul 7.30 semua siap"
"Yea-yea! Kita pergi jalan-jalan!" Arina dan Iwan melonjak-lonjak kegembiraan.

Wah pukul 7.00 pagi semua sudah bersedia. Aku memeriksa peta di GOOGLE. Jalan yang hendak aku lalui kali ini berbeza. Biasa orang cari jalan paling cepat hendak sampai ke sana. Tetapi kali ini aku hendak menunjukkan kepada anak-anak aku pekan-pekan yang mereka tidak pernah dengar. Matlamat terakhir sampai di Port Dickson.

Mula-mula ke Pagoh, kemudian Iswara kami membawa kami ke Pekan Panchor, Grisek, Bukit Gambir. Sampai di Bukit Gambir aku memeriksa kameraku ...Alamak memory kad tertinggal pula. Tidak dapatlah aku mengambil apa-apa gambar yang menarik di pekan-pekan yang aku lalui ini. Ah, nanti jumpa kedai kamera berhentilah ya.

Di Bukit Gambir ni anak-anak aku teruja dengan pemandangan sawah padi. Mereka tidak tahu ayah mereka ni dahulu bertahun-tahun kerja di sawah padi di hujung kampung Seri Medan, Pt Jayus tu...!

Akhirnya kami tiba di Tangkak. Tangkak masih dipenuhi kain-kain berwarna-warni. Tetapi kepopularan Tangkak semacam tergugat dengan Segamat, ingat ....ingat kain! Kami merentasi pula jalan ke Jasin melalui jalan biasa ini. Dari Bukit Gambir ke Tangkak tadi jalan agak sunyi. Jalan dipenuhi latar belakang Gunung Ledang.

Jalan dari Tangkak ke Jasin pula sudah mula meriah. Ingat di Jasin hendak beli memori card, rupa-rupanya belum ada kedai yang buka. Jasin ni aku rasa sebesar pekan Yong Peng sahaja. Dari Jasin akhirnya tiba di Air Keroh. Dari Air Keroh kami terus menuju Mesjid Tanah. Entah bagaimana kami boleh melalui pekan Klebang dan Cheng.

Di Mesjid Tanah kami berhenti. Tujuan untuk mencari memory kad. Masya Allah, ada satu kedai kamera sahaja di Mesjid Tanah ni. RM xx.00 sudah dikeluarkan. Kenapalah aku tertinggal memory kad tu!

Dari Mesjid Tanah ke Port Dickson lebih kurang 50 km. Kami melihat pemandangan kampung di sepanjang jalan itu. Nampaknya Polis Melaka rajin buat sekatan jalan raya. Polis itu memeriksa lesen aku. Muka aku ni ada muka orang jahat ke? Kenapa kereta depan aku tidak diperiksa? Mentang-mentanglah kereta aku buruk...! Nasib baik lesen aku belum mati. Yalah mereka menjalankan tugas.

Masa muda dulu aku suka bawa kereta laju-laju. Yalah masa tu aku memandu kereta Toyota Celica ST, mana boleh pandu perlahan. Boleh dikatakan masa tu setahun tiga kali aku kena saman. Masa anak aku masih dua orang dulu, kereta Kancil tu aku bawak sampai habis meter. Aku ingat betul waktu emak mertua aku ikut naik kereta itu, dia wirid tidak berhenti-henti. Agaknya nak tegur aku, dia malu. Tetapi sejak aku terbalik masuk parit itu, aku terus insaf....


Dah okeylah tu dapat mandi kat kolam renang di Sri Malaysia Port Dickson

Kolam renang Sri Malaysia PD ni tak dalam macam SM kat Mersing tu
Aktiviti wajib jika bermain di tepi pantai


Soto kat sini belum mengalahkan Soto tepi sungai di Pt Sulong

Kuih apa ntah namanya, aku beli kat ekspo sebelah Hotel Sri Malaysia

Malam di Port Dickson penuh dengan cahaya, budak-budak pun tak takut

Abang penyelamat ni bagus betul, bola kami yang terlepas pun dia sanggup selamatkan

Macamana bola ni boleh terlepas, biasalah budak-budak, baling punya baling...

Ramai pemandu berhenti di Sawit Corner di Mesjid Tanah ni

Ha Adik...ambik bola awak ni, jangan baling jauh-jauh lagi!

Saat mula bola RM 12 itu terlepas.......

Ramainyerrrr orang makan di SAWIT CORNER ni. Sejuk pula tempatnya.
Makan di bawah pokok sawit

Sampai habis nasi ni kau makan?

Kat sini juga ada cendol pulut yang sedap!

Ikan apa ni, besarnya!!!!!!

Mari...mari!!! Cendol Murah! Murah!

Banyak betul Tempat Pensel kat Mydin ni! Tak tau mana nak pilih?

Bila yang diminta tak dapat...monyoklah Arina.

Nabilah begitu ceria setelah tiba di MYDIN , MITC


Kita semua akan bersekolah tidak lama lagi termasuk ayahnya ni, dari umur tujuh tahun
sampailah tahun depan 44 tahun pergi balik sekolah, tak jemu pun...kenapa ada budak tu baru tingkatan dua
sudah sibuk nak berhenti sekolah?

15 ulasan:

Teman Setia Anis berkata...

Alamak cik som ko dah sampai kat gerai cendol wakaf Rm1.20 tu... Bestnya.. Aku baru berangan nak ke sana ko dah sampai dulu... Cik bagi peta macam mana nak ke sana ya...Dah cuti-cuti Malaysia ya... Lepas ni balik bercuti jangan lupa pesiapan sekolah dah ready ke..?

MSOM berkata...

Eh Anis...maaflah kembara Cik NI tak sampai KL. NAK KE PD ni pun cik pilih jalan-jalan kampung tak lalu jalan-jalan sibuk. yalah ...orang tua. Sejak sesat kat KL tu, cik jadi fobia, ingat satu masa sampai sana nanti. Tunggulah sampai cik datang.

Eh ..CENDOL WAKAF ni pupular rupanya. Cik tak tau, nampak ramai-ramai berhenti, cik pun berhentilah cuba kenapa ramai makan kat situ!

Nanti cik buatkan petanya, cik kirim pos ok!

Mama Miraki berkata...

ooooooo da pegi cuti2 Malaysia yea......

MSOM berkata...

Ala Mmiraki itu je le dapat kami pergi, ingat nak pergi Kelate, jauh sikit....tapi tak yakin sgt dgn prestasi kreta tu.

YIN-WONG KHOO LAI berkata...

Yin, Mama Miraki.Mummy Gee, dan kakak2 dan ipar duai serta anak sedara hari ini ada kat Hotel Seri Malaysia Penang.

YIN-WONG KHOO LAI berkata...

Yin, Mama Miraki.Mummy Gee, dan kakak2 dan ipar duai serta anak sedara hari ini ada kat Hotel Seri Malaysia Penang.

Teman Setia Anis berkata...

Sapa yang kawan uncle MS tu yg pergi Peneng..? Jangan lupa singgah Buttewort dekat dgn pengkalan faree. Kat situ banyak jeruk harga patut...

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Sawit Corner????? Ya Allah ko tau tak.. ada cerita lucu tentang tempat ini... senang2 nanti aku ceritakan. Sib baik la ko ada upload gmbr ni..

MSOM berkata...

Yin, MamaMiraki dan MummyGee selamat bersukaria, ceria bergembira di hari keluarga kalian. Selamat bercuti, moga-moga selamat pergi dan selamat kembali semula ke rumah masing-masing.

MSOM berkata...

Anis, Yin, MamaMiraki dan Mummy Gee adalah teman-teman blogger. Antara kami tak pernah jumpa pun. Mereka ni tiga beradik.Mereka ni ada 9 adik beradik. Yin tulah anak tunggal lelaki daripada 9 beradik tadi. Mereka cari PTSULONG dalam Google, dan akhirnya terjumpa blog aku, sejak itu kami jadi komuniti blogger. Tapi Anis, rupa2nya adik ipar abang Yin ni dah lama jadi sahabat baik aku! Masa tu aku nak kenalkan dengan Cik Fifi kita tu,tapi tak menjadi. Masing2 rupanya sudah ada pilihan sendiri.

MSOM berkata...

Kisah lucu...? Boleh tak dijadikan skrip Juara Lawak 2010 Sam? Mana gambar engko peluk kanggaru? Aku dah tunggu ni!

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

ceritanya sebenarnya tak lucu pun.. cerita seram tp aku anggap lucu la sbbnya semua itu disebabkan salah sangka.

almaklum la pd ketika itu hari dh nk maghrib, aku ni dgn beberapa org insan lalu kt kawasan tu la.. masa tu baru blk dr KL.. suasana remang2 tp nmpk mcm kemilau cahaya di bwh pohon kelapa sawit, pohon kelapa merimbun kehijauan tapi bwh pokok tu nmpk mcm pangkin2 yg dihias indah.. nmpk ramai org kat situ.. sekilas kami terpandang tu kami terdiam.. semua bagaikan taksub..

Bila dah jauh dr tempat tu baru kami bersuara dh masing2 berfikir yg bukan2.. masing2 menyangka kedai makan tu "alam lain"..

mlm tu aku pun mula la buat kaji selidik betul ke wujud tempat tu.. aku pun siap tnya blogger2 yg duduk area Melaka termasuk si Dylima.. dia pulak kata tak tau tempat tu.. lg la menambah suspen aku.. pastu esoknya aku x puas ati aku tanya plak sedara mara lain yg dah biasa ulang alik Melaka.. la dia kata.. mmg ler tempat tu wujud.. Warong Cendol, dia pun pernah mkn kt situ..memang famous tempat tu.. ramai org makan kt situ hahahaha.. berdekah kami ketawa!!!

Moral of the story.. jgn selalu sgt tengok cerita seram... aku ni sampai pikir yg bukan2.. bila ko upload gmbr ni baru aku betul2 puas hati.. Mekasih ya.. nanti aku nk tunjuk kt kwn2 aku yg sama2 suspen itu ari.. hahahaha.. itu la cerita seram aku yg telah bertukar lucu.

MSOM berkata...

Jangan-jangan aku makan nasi bunian? Entah2 cendol yang aku hirup2 tu cacing gelang...heiiiii!
Ketawa jugak aku dengan cerita engkau ni hah hah hah hah! Macam2 aje kau ni. Aku dah lalu tempat ni 3 kali. Baru nilah dapat singgah. Aku nak sent peta kat Anis, dia minat cendol tu. Selepas gerai ni ada kedai jual BANTAL KEKABU.

Teman Setia Anis berkata...

Kan cendol ni hari tu keluar kat TV3.. Tu yang membuat aku terliur.. Makan kata boleh tambah tapi harga tetap sama Rm1.20. Betul ke..?

MSOM berkata...

MINUM SAMPAI KENYANG RM 1.20 kan cogan kata warung ni. Betul Anis aku tak tau langsung warung ni popular, sebab aku tengok TV pun BERITA aje. Lagi2 sekarang ni sibuk jual MINYAK POWER ni.

Beberapa kali aku lalu, aku tertanya2 kenapalah ramai orang berhenti kat situ, macam jemputan kahwin ramainya, kali ni kami mesti singgah. Rupa2nya dapat minum CENDOL WAKAF!