MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Sabtu, 28 Februari 2009

MASA BERKUALITI

Pagi ini selepas menghantar anak-anak ke Korikulum dan Sekolah Agama Khas, aku balik ke rumah. Saban hari dihambat waktu dan tugas. Hari ini aku ingin mencuba speaker baru untuk PC aku ni, bergemalah juga. Sudah lama aku ingin menikmati lagu CARAVASARY dan Island Of Life daripada KITARO. Juga lagu Fantasia Bulan Madu dan Cinta Sepi nyanyian SEARCH. gemersiknya lagu-lagu Kitaro menyebabkan aku sperti berada di puncak gunung yang membiru. Juga lagu Lady Of Dream.

Baru aku teringat abang Mokhtar, orang yang menghantar produk Bio Asli melalui syarikat Gdex. Selepas menikmati lagu terakhir The Bottom Of Sky daripada Kitaro, aku mengajak Hamidah dan Arina ke Pt Sulonguntuk mengambil Irfan dan Iwan di sekolah. Selepas itu kami bersarapan Lontong di Warung sebelah Caltex (warung bawah pokok pelam itu). Lama juga kami menunggu abang Mokhtar, tetapi tak sampai-sampai.

Akhirnya, abang Moktar muncul dengan wajah kepenatan. Oleh sebab beliau kesuntukan masa, kami tak dapat berbual panjang. Aku pun membeli daging ayam, ikan dan sayur lalu balik ke rumah. Panggilan pertama hari ni datang daripada Mansor Pt Kasim yang ingin mengambil Minyak Oil 31 yang laris di pasaran ni. Dia masih bujang lagi, tetapi dia jual kepada kawan-kawannya yang sudah berumah tangga. Apapun bisnes kecil-kecilan ini telah menambahkan income tambahan kepada ramai orang. Ia juga telah membantu pasangan suami isteri agar hidup ini lebih ceria dan indah.

Nak tau apa bisnes ni layari: http://www.bioasli.com/?id=msom

Isnin, 23 Februari 2009

KERJA OH KERJA

Abang Iparku MAMAN ADIOS pernah berkata kepada aku " Kita ni selalu tengok kerja orang lain senang, kerja orang lain bagus, dan kerja kita ni paling susah". Maksudnya kita selalu memandang kerja orang lain itu lebih senang daripada kerja kita.Misalnya, ada orang kata jadi cikgu ni senang, tengah hari dah balik, tetapi hakikatnya ramai tak sanggup jadi cikgu. Sebagai guru, setiap malam mesti menyiapkan kerja-kerja perkeranian dan menulis rancangan mengajar apa yang nak diajar esoknya. Selalu juga kawan-kawan ajak ngeteh (minum kat warung), borak sampai malam-malam. Tetapi aku selalu minta diri, kerana mereka tak faham kerja aku. Tetapi mereka kata kerja aku senang.

Aku pun begitu juga senang tengok orang berniaga tu. Pagi-pagi duduk-duduk kat kedai, layan orang sambil gurau-gurau. Tetapi aku tak pernah tanya masalah mereka. Kita tengok doktor tu macam senang saja, ada klinik sendiri. Pesakit datang, tanya sakit apa, kalau demam bagi ubat demam, kalau batuk bagi ubat batuk, kalau teruk sangat suruh pergi hospital besar. Tetapi aku tak pernah tanya doktor tu tentang masalah yang dihadapinya? Bagaimana kalau ada pesakit asyik mintak MC aje pada hal tak sakit dan macam-macam masalah?

Cuba sebutkan kerja apa yang senang. Sekarang berpuluh-puluh ribu orang hilang pekerjaan. Dan ramai lagi akan diberhentikan kerja. Senang kata, kita bersyukurlah kepada Allah masih ada pekerjaan. Kalau nak cari rezeki lebih dalam RM 500-RM 1000 joinlah bisnes saya. http://www.bio-asli.com/?id=msomBisnes BIO-ASLI. Produknya laris. Janganlah melabur kat skim cepat kaya. Cuba kalian ingat dari kecil dulu, pernah tak orang bagi duit senang-senang? Amat, ni saya bagi awak RM 1000 gunalah untuk apa awak suka. Tak pernahkan? Hatta nak beli satu mainan pun kita kena kumpul duit masa tu.

Tiba-tiba sekarang orang nak bagi hadiah free aje, atau melabur RM 50, dalam masa yang singkat menjadi RM 10 000. Sampai bila kita nak jadi mangsa-mangsa penipuan lanun-lanun moden ni? Kita kena bekerja dan promosikan bisnes kita. Bohong, kalau kita melabur sekian-sekian dalam masa yang singkat kita jadi kaya raya!

Bagi anda yang menjadi suri rumah, bersyukurlah anda kini tidak perlu memikirkan tentang kerja. Bersyukur? Bersyukurlah sebab tak dimarahi majikan atau bos. Jaga baik-baik SUAMI kalian, jangan sampai terpikat dengan wanita-wanita kat luar yang berkeliaran mencari mangsa. Kerana kini tiada istilah kesian. Jaga bagaimana? Buatlah seperti anda baru-baru berkahwin dulu. Macam dalam buku kursus perkahwinan tu. Suami balik kerja sediakan air. Elakkan membebel. Tahukah anda, sebagaimana kita melayan anak kecil kita, suami pun begitu juga. Bukankah zaman sekarang ini zaman persaingan? Persaingan bukan saja dalam bisnes, tetapi dalam semua aspek! Kat keliling kita saja, banyak sangat contoh dan teladan yang boleh kita ambil iktibar. Tak payah kita ambil contoh yang jauh. Fenomena itu berlaku di mana-mana!


Sabtu, 21 Februari 2009

TIP BUAT BLOGSPOT

SYED ..TAHNIAH...kerana berminat untuk menjadi seorang blogger. Di bawah ini saya tunjukkan caranya satu-satu:

STEP PERTAMA
1. Mula-mula buka blog saya. Lihat atas sebelah KANAN ada ditulis Create Blog. klik
di sana. Isikan borang itu:

E-mel:..............................................................

Rtpe emel:....................ulang emel tadi..........................
Enter password:.........................................................
Reytype pasword:..............ulang pasword tadi.............................
Displayname: smkhairizam
Word Verification:.........isi huruf ikut spt yg dipapar....
Klik kat petak Acceptane of Terms:....
Akhir sekali KLIK kat CONTINUE (WARNA OREN)


STEP KEDUA
2. Name your blog: Maknanya tajuk blog kamu tu apa? misalnya CAMAR YANG PULANG, PELANGI SENJA, macam aku, aku bubuh nama sendiri MAT SOM SADONO (supaya senang dikesan kawan-kawan).

Blog adress: smkhairizamshith.blogspot.com Klik kat check tu...kalau keluar warna hijau
maknanya nama itu diterima, kalau merah dengan kata sory! itu ditolak, kena tukar lain

Ok KLIK continue (warna oren) kat bawah tu...

STEP KETIGA


CHOOSE TEMPLETE, piliklah back ground yg kamu suka
Sekali klik kat CONTINUE

OK! Kamu sudah boleh tulis mukadimah blog ni. Jangan lupa tulis TITLE KAT ATAS, DAN LABEL KAT BAWAH.

Apabila teks dah siap, warna tulisan boleh tukar warna (tgok bar yg disusun kat atas)
pilihlah warna yg sesuai dgn latar belakang tadi.

Akhir sekali klik kat PUBLISH POST
DAN LIHAT HASILNYA DGN KLIK VIEW BLOG.

Ni aku dah jumpa web sahabat ni mana tau boleh membantu, layari:http://asmawati.com/video-cara-buat-blog-di-blogspot-langkah-demi-langkah/


SETAKAT ITU, INI DAHULU, NANTI SAYA SENT EMEL KEDUA, BAGAIMANA NAK ISI DAN EDIT ISI TEKS? SELAMAT MENCUBA!!!!!!


BEGITULAH TUTORIAL UNTUK SAHABATKU KS747 (Alor Star). DAHULU BELIAU ni orang kuat majalah SEMAIAN SUBUR (M.P.T.I JB) Pasti artikel yang akan dihasilkan beliau lebih hebat kerana beliau banyak idea yang ingin dicurahkan kepada para pembaca blog. Pastikan anda akan melayari blog sahabat lama saya ini: http://smkhairizamshith.blogspot.com

BAGAIMANA HENDAK MENAMBAH ISI PETIKAN?
Katakan kamu dah tutup laptop.Kamu buka balik kerana kamu nak buat esei/cerita dalam blog kamu..Panduannya:

Lihat blog kamu, bahagian PENJURU KANAN. Kat situ ada Sign In (sebelah Create Blog) klik di situ. Maka akan terpapar Username(emel) dan pasword. Isi dan akan terpapar dashbord:
newpost-utk isi teks yang baru
edit post-utk edit teks yang lepas
setting-utk seting
Layout-ni utk tambah jam ke, kalender ke, iklan ke macam2(ni nanti kemudian saya ajar
View blog-papar blog

Ingat! selepas tulis teks, pilihlah tulisan tu nak besar ke, nak kecik ke, warna apa ke.Tapi jangan lupa klik kat PUBLISH POST dan lihat hasilnya! Itulah sahaja setakat ini. Tahukah kamu syed, dua bulan penuh aku menyiapkan blog itu!! SELAMAT MENJADI BLOGGER YANG TERBAIK!!

http://binablog2.blogspot.com/2007/03/bagaimana-membina-blog.html

LAYARI BLOG INI: BARU AKU TEMUI 28 APRIL 2009-LEBIH SENANG DIFAHAMI

Jumaat, 20 Februari 2009

KS 747

Jam 11.01 malam aku menerima sms "Apa khabar? Lama X dgr cerita. Dr KS 747."
Aku ingat sangat dengan nick name tu! 1985-1987 aku bergelumang dgn sahabat ini. Pernah dia tidur di rumah ibuku di Sri Medan. Yang saya sedih sangat, pada satu Raya Haji tu, dia nak ikut aku balik kampung, tetapi aku tak bagi, ketika itu sebenarnya aku malu sangat, kerana keadaan rumahku yang dhaif dan agak kekurangan. Apabila sampai rumah, aku terbayang muka KS 747, kesiannya dia kat asrama MPTI tu, makan maggie agaknya? Nak diajak balik, keadaan rumahku macam ni. KS 747 ni orang Alor Star. Jadi nak balik cuti Raya Haji alang kepalanglah.

Yang muskilnya malam ni bukan apa, dari mana dia dapat no hp aku? Tak lain daripada blog aku nilah. Bagaimana dia dapat mengesan blog ni tak taulah. Tetapi, antara matlamat aku dah tercapai, iaitu mengesan kawan-kawan lama terutama PMPS. Cuma kawan-kawan masa sesat kat hutan tu, seorang pun belum menghubungi aku.

Sejak ada blog ni macam-macam maklum balas aku dapat. Seronok juga dapat teman-teman cyber yang baru. Aku dah kenal Nuar dari Kota Bharu, Maninblue, dan ramai lagi.

Buat KS 747 - SYED MOHAMAD KHAIRIZAM semoga hidupmu dipenuhi keceriaan dan kejayaan. Semoga Allah sentiasa melindungi kamu sekeluarga. Kirim salam dengan Shairul Bazri, Siti Norbaya, Norbani, Rozi Romli dan Che Embun.

Ahad, 15 Februari 2009

ANDA TERINGIN BUAT WEBBLOG?

WAHAI hamba Allah yang diberkatiNya. Kini kita boleh bersuara kepada warga dunia melalui blog. Ia amat mudah, semudah kita membuat e-mel. Satu masa nanti orang akan bertanya "Apa alamat blog anda?" Seperti orang bertanya "Apa alamat e-mel anda" pada masa ini. Kita boleh memiliki blog sebanyak yang kita mahu dengan PERCUMA. Caranya cukup mudah, lihat Create Blog di atas, kliklah di sana, anda dapati ia semudah A,B,C. Syarat utamanya anda memiliki alamat e-mel.

Sebelum mengisi borang itu, pastikan kita telah bersedia dengan beberapa nama cadangan blog kita. Biasanya nama-nama yang power telah didaftarkan oleh orang lain. Contohnya nama saya (yang tak power pun) telah didaftarkan oleh warga dunia yang lain. Barangkali nama matsom ni di Brazil sana adalah sejenis specis burung. Di Afrika pula sejenis pokok. Nama ibu saya yang unik pun (Tumut) telah didaftarkan orang di Indonesia. Jadi, bersedialah dengan tiga nama yang strong...benar-benar mantap. Nama Matsomherbs adalah pilihan terakhir saya, dan didapati tiada yang sudi dengan nama itu. Mengapa pilihan nama penting? Sudah tentu, kerana nama-nama tersohor akan menyebabkan orang mencari-cari blog itu. Pasti nama-nama seperti osama,bush telah menjadi rebutan!!!

Apabila hits blog kita telah meningkat, bolehlah kita mengiklankan bisnes kita kepada mereka. Jadi, kita dapat membina kekuatan sendiri tanpa mengiklankannya di web atau blog orang lain.


Berbalik kepada weblog ini disarankan kepada anda ialah (saya ubahsuai daripada karangan UMMI MUJAHIDAH):

1. Memiliki blog adalah percuma. 10 blog pun anda tak perlu bayar walau sesen! Cuba layari (Blogger.com). Reka bentuk layari (blogskins.com)Simpan fail di Tripod.com). Jika anda
ingin lebih interaktif (signmyguestbook.com) atau komentar (haloscan.com)

2. Memiliki blog adalah mudah. Contoh blogger.com. Klik create dan anda ikuti arahan seterusnya.

3. Blog untuk sesiapa sahaja. Mungkin anda pernah menghantar karya ke akhbar, dan mereka membakulsampahkan karya anda. Dalam blog ini tidak akan berlaku. Akan ada pelawat yang akan membaca karya anda. Sesiapa sahaja berhak untuk bersuara. Mungkin selama ini, pendapat anda diperlekeh oleh orang lain. Anda boleh bercakap tentang apa yang anda gemari.


4. Blog memberikan anda 'SENSE OF PURPOSE'. Ia memberikan anda hala tuju. Kadang- kadang kita sibuk dengan rutin harian dan merasakan kehilangan arah dan tujuan. Memiliki blog membuatkan anda mempunyai sesuatu untuk 'DIURUS' dan dipelihara.Dengan memiliki blog, maka anda akan terpaksa akan BERFIKIR. Apa yang akan saya tulis dalam blog saya hari ini? Hidup ini terasa lebih indah kerana dapat menyampaikan sesuatu kepada orang lain. Apatah lagi jika anda menyerapkan dakwah yang santai kepada insan-insan yang dalam kegelapan. Mana tahu dengan tulisan anda yang bernas, akan lahir seorang lagi muslim atau muslimah?

5. Memiliki blog melatih kemampuan kita berfikir. Dengan banyak menulis blog, anda akan menjadi pemikir yang baik. Usah merasa rendah diri jika anda tidak memiliki pelajaran tinggi. Dengan banyak membaca, kita akan setaraf dengan para cendikiawan yang terbilang.

6. Komuniti blogger. Rakan-rakan anda akan bertambah dari mana-mana ceruk dunia ini melalui blog anda dan blog-blog mereka.

7. Blog membebaskan anda untuk BEREKSPRESI. Apa pun yang anda rasa...sedih, gembira, jatuh cinta, bahagia, derita boleh ekspresikan dalam blog anda. Inilah kemerdekaan tanpa sepadan.

8. Blog adalah THE NEW MEDIA di Internet. Jika ketika ini anda telah berminat membuat blog anda sendiri, maka itu adalah langkah bijak. Semoga anda menjadi BLOGGER yang hebat dan diberkati.


Perhatian: Ramai pula yang ingin tahu tentang bagaimana nak buat blog terutama blogspot.

http://matsomherbs.blogspot.com/2009/02/tip-buat-blogspot.html

Tetapi, ni ada sahabat kita ada bagi tutorial bergambar, bagaimana nak buat blogspot, kalau tak faham cuba sampai dapat.
Layari: http://asmawati.com/video-cara-buat-blog-di-blogspot-langkah-demi-langkah/

CARI DUIT LEBIH

Negara kita terus diwarnai dengan kisah-kisah menarik. Aku tidak akan mengulas peristiwa-peristiwa itu. Sebab ia adalah kerja-kerja orang politik. Tugas kita hanyalah sebagai pengundi. Usahlah mendedahkan diri kita kepada kebinasaan. Lebih baik kita mencari idea bagaimana hendak memajukan diri dan keluarga kita untuk menghadapi kegawatan ekonomi yang bakal menjelang.
Jika anda tak tahu nak bisnes apa...apa kata anda join BIO-ASLI. Kini bio-asli menyediakan plan C yang lebih menguntungkan. Bi0-asli syarikat yang telus.Aku telah membuat bisnes ini tiga bulan yang lalu. Semua bonus terus masuk ke akaun bank kita seminggu sekali. Dengan income tambahan ini, dapatlah aku membuat simpanan. Gaji yang ada memang digunakan untuk bil-bil, bayar kereta, rumah, keperluan dapur, anak-anak sekolah dan pelbagai lagi.
JIKA BERMINAT isilah borang di web berikut: KEAHLIAN PERCUMA, PRODUK DIHANTAR TERUS KE RUMAH ANDA.

PELBAGAI KISAH KEHIDUPAN

Ketika aku menaip catatan ini, jiranku di depan rumah En Ah Hock dan isterinya sedang meriah menerima tetamu dari pengantin pihak pengantin lelaki. Ng Jia Jing(Ah Kim) menamatkan zaman gadisnya.


Rasanya macam baru lagi aku mengajar dia di kelas Peralihan di SMK Penghulu Saad 1999. Jumlah murid kelas Peralihan itu cuma 22 orang murid, tetapi meriahnya mengalahkan 45 orang. Walaupun mereka begitu nakal, tetapi sekarang, masing-masing apabila bertemu aku di mana-mana, dari jauh sudah menyapa dengan ramahnya. Kenakalan mereka tak usah dicerita kat sini. Kadang-kadang dah tahap kena sensor. Pernah dua orang daripada mereka meletakkan setompok liquid paper atas kerusi yang akan aku duduk. Tetapi mereka tidak menyangka, bahawa aku sangat berhati-hati. Dan malang bagi mereka, kerana rancangan itu gagal. Akhirnya mereka dihukum oleh guru disiplin. Apabila kenangan itu aku ingat kembali, itu semua ragam budak-budak yang sedang membesar. Yang peliknya, ia dibuat oleh beberapa orang murid perempuan yang aku anggap baik.


Keadaan di dalam negara kita pun begitu. Macam-macam ragam terutama kisah ahli-ahli politik. Sedapat mungkin aku tidak mahu mengulas peristiwa yang sedang diperkatakan itu. Itu semua kerja orang politik. Itulah profesion mereka. Cuma bagi aku, sebagai blogger yang menceritakan tentang kehidupan ini, mengharapkan agar mereka terus memfokuskan terhadap pembangunan rakyat. Pengangguran siswazah dan bukan siswazah sama-sama banyak. Ramainya anak-anak kita yang berumur 30-an masih belum berumahtangga kerana hantaran yang semakin tinggi. Yang hilang pekerjaan kerana tempias kegawatan ekonomi. Kerana kemiskinan juga, orang-orang kita mendapatkan makanan yang kurang berzat. Anak-anak penagih yang terbiar, siapa yang membela mereka?



Sabtu, 14 Februari 2009

HPA semakin mantap


Kini HPA semakin mantap dan mensasarkan jualan RM 15 juta sebulan. Mungkin anda tidak tahu bagaimana hendak join bisnes HPA ini? Keahlian cuma RM 30 SEUMUR HIDUP. Produknya meluas. Berikut antara produk yang laris:

Jika anda berminat dengan rangkaian saya sila sms 0197630678








Jumaat, 6 Februari 2009

TAUFAN EKONOMI?

Apabila membaca tentang dasar blogger iaitu untuk menyampaikan pendapat kepada warga dunia, maka sejajar dengan itu, di ruangan inilah kita dapat menyampaikan apa sahaja idea untuk kemakmuran alam ini. Sesungguhnya setiap blogger haruslah menambahkan ilmu melalui pembacaan, kajian dan pengalaman agar ilmu yang disampaikan dalam sesuatu blog itu memberi
manfaat berguna kepada diri dan pelayar-pelayar internet. Amatlah malang, jika isi sesuatu blog itu menambahkan kemurkaan Tuhan kepada kita, seperti menyiarkan laman-laman porno yang ternyata memberikan impak yang buruk kepada generasi muda, yang sepatutnya masa keemasan itu diisi dengan perkara-perkara yang yang berfaedah untuk kemajuan mereka pada masa akan datang.

"Sesiapa yang bergerak, dialah yang maju ke hadapan, dan sesiapa yang berhenti walau sekejap, pasti akan ketinggalan" Demikianlah kata-kata Dr Muhammad Iqbal (Pakistan) tentang betapa kita seharusnya sentiasa mengisi masa dengan menambahkan ilmu pengetahuan agar menjadi umat yang dihormati oleh kawan dan lawan.

Akhir-akhir ini, pakar ekonomi meramalkan akan berlaku TAUFAN EKONOMI yang lebih dahsyat daripada krisis tahun 1997. Ramai insan-insan yang akan kehilangan kerja. Kilang-kilang akan mengurangkan pekerja dan kos operasi. Ini disebabkan kelembapan ekonomi menyebabkan permintaan terhadap barang-barang yang dihasilkan sermakin berkurangan.

Soalnya adakah kita telah bersedia dengan situasi itu? Dengan harga kelapa sawit dan getah yang rendah, dan harga minyak yang menjunam, bagaimanakah Malaysia akan menangani
masalah itu kelak?

Kesan-kesan sosial yang akan berlaku ialah meningkatnya kejadiah jenayah. Rompakan oleh warganegara Indonesia keatas rakyat Malaysia selama ini disebabkan keadaan ekonomi yang parah di Indonesia. Jumlah penjenayah daripada rakyat tempatan tidak kurang hebatnya.
Penjara yang ada telah dipenuhi dengan manusia-manusia yang dikuasai iblis. Di sinilah pegangan agama yang kuat sangat penting diterapkan kepada seluruh rakyat. Tanpa percaya adanya dosa dan fahala, syurga dan neraka, manusia sanggup melakukan apa sahaja. Kejadian remaja membunuh ibu bapanya sendiri, kerana dipengaruhi syaitan sudah tidak asing lagi di negara kita tercinta ini. Pembunuhan itu lebih dahsyat dari sejarah Habil dan Qabil.

Khamis, 5 Februari 2009

TEKNIK-TEKNIK PENJUALAN

TIP JUALAN BERKESAN
BAGI ANDA YANG BARU MENCEBURI M.L.M DAN TIDAK TAHU BAGAIMANA HENDAK MENJUAL, BERIKUT
DIPAPARKAN BEBERAPA SALURAN JUALAN YANG BERKESAN:
1. Jualan ONE TO ONE
2. Jualan melalui exhibition dan Expo
3. Jualan menerusi booth di kantin dan tempat kerja.
4. Jualan menerusi sistem Parti.
5. Jualan menerusi orang yang tidak dikenali di kedai kopi dan
tempat awam.
6. Jualan menerusi CAR BOOTH SALE.
7. Jualan menerusi Internet
8. Jualan menerusi flyer (sisip dalam surat khabar).
9. Jualan menerusi mail order.
10. Iklankan dalam akhbar tabloid

TIP JUALAN PARTI

TIP JUALAN PARTI
Jualan secara Parti merupakan satu cara penjualan berkesan. Sesuai dengan zamannya, parti sekarang turut menggunakan alat-alat canggih untuk memperkenalkan produk dan bisnes kepada prospek. Apa yang perlu kita ketahui tentang jualan parti ini?
1.10 orang prospek sudah memadai untuk mendengar penerangan kita.
2. Kita sediakan 2 jenis makanan ringan (berikan kepada tuan rumah).
3. Masa dipilih mesti sesuai- tidak bertentangan dengan majlis-majlis penting
4. Sediakan sampel RM 1000
5. Meja - alaskan meja dengan kain baldu supaya nampak eksklusif.
6. Adakan CABUTAN BERTUAH, yang mampu oleh kita.
7. Anda haruslah sampai satu jam lebih awal.
CARA-CARA PERJALANAN JUALAN PARTI:
- perkenalkan diri anda
- pembuka kata yang sopan dan tidak meninggi diri
- Jelaskan tentang FAEDAH, FAEDAH,FAEDAH, FAEDAH produk dan syarikat
- Melakukan demo produk
- Kenalkan 3 produk yng penting sahaja
- Tutup jualan dengan mudah, jangan ambil masa yang terlalu panjang
SELAMAT MENJALANKAN BISNES M.L.M ANDA.
JUMPA ANDA DI PUNCAK KEJAYAAN!!!