Ketika aku menaip catatan ini, jiranku di depan rumah En Ah Hock dan isterinya sedang meriah menerima tetamu dari pengantin pihak pengantin lelaki. Ng Jia Jing(Ah Kim) menamatkan zaman gadisnya.
Rasanya macam baru lagi aku mengajar dia di kelas Peralihan di SMK Penghulu Saad 1999. Jumlah murid kelas Peralihan itu cuma 22 orang murid, tetapi meriahnya mengalahkan 45 orang. Walaupun mereka begitu nakal, tetapi sekarang, masing-masing apabila bertemu aku di mana-mana, dari jauh sudah menyapa dengan ramahnya. Kenakalan mereka tak usah dicerita kat sini. Kadang-kadang dah tahap kena sensor. Pernah dua orang daripada mereka meletakkan setompok liquid paper atas kerusi yang akan aku duduk. Tetapi mereka tidak menyangka, bahawa aku sangat berhati-hati. Dan malang bagi mereka, kerana rancangan itu gagal. Akhirnya mereka dihukum oleh guru disiplin. Apabila kenangan itu aku ingat kembali, itu semua ragam budak-budak yang sedang membesar. Yang peliknya, ia dibuat oleh beberapa orang murid perempuan yang aku anggap baik.
Keadaan di dalam negara kita pun begitu. Macam-macam ragam terutama kisah ahli-ahli politik. Sedapat mungkin aku tidak mahu mengulas peristiwa yang sedang diperkatakan itu. Itu semua kerja orang politik. Itulah profesion mereka. Cuma bagi aku, sebagai blogger yang menceritakan tentang kehidupan ini, mengharapkan agar mereka terus memfokuskan terhadap pembangunan rakyat. Pengangguran siswazah dan bukan siswazah sama-sama banyak. Ramainya anak-anak kita yang berumur 30-an masih belum berumahtangga kerana hantaran yang semakin tinggi. Yang hilang pekerjaan kerana tempias kegawatan ekonomi. Kerana kemiskinan juga, orang-orang kita mendapatkan makanan yang kurang berzat. Anak-anak penagih yang terbiar, siapa yang membela mereka?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan