Sabtu, 28 Februari 2009

MASA BERKUALITI

Pagi ini selepas menghantar anak-anak ke Korikulum dan Sekolah Agama Khas, aku balik ke rumah. Saban hari dihambat waktu dan tugas. Hari ini aku ingin mencuba speaker baru untuk PC aku ni, bergemalah juga. Sudah lama aku ingin menikmati lagu CARAVASARY dan Island Of Life daripada KITARO. Juga lagu Fantasia Bulan Madu dan Cinta Sepi nyanyian SEARCH. gemersiknya lagu-lagu Kitaro menyebabkan aku sperti berada di puncak gunung yang membiru. Juga lagu Lady Of Dream.

Baru aku teringat abang Mokhtar, orang yang menghantar produk Bio Asli melalui syarikat Gdex. Selepas menikmati lagu terakhir The Bottom Of Sky daripada Kitaro, aku mengajak Hamidah dan Arina ke Pt Sulonguntuk mengambil Irfan dan Iwan di sekolah. Selepas itu kami bersarapan Lontong di Warung sebelah Caltex (warung bawah pokok pelam itu). Lama juga kami menunggu abang Mokhtar, tetapi tak sampai-sampai.

Akhirnya, abang Moktar muncul dengan wajah kepenatan. Oleh sebab beliau kesuntukan masa, kami tak dapat berbual panjang. Aku pun membeli daging ayam, ikan dan sayur lalu balik ke rumah. Panggilan pertama hari ni datang daripada Mansor Pt Kasim yang ingin mengambil Minyak Oil 31 yang laris di pasaran ni. Dia masih bujang lagi, tetapi dia jual kepada kawan-kawannya yang sudah berumah tangga. Apapun bisnes kecil-kecilan ini telah menambahkan income tambahan kepada ramai orang. Ia juga telah membantu pasangan suami isteri agar hidup ini lebih ceria dan indah.

Nak tau apa bisnes ni layari: http://www.bioasli.com/?id=msom

Tiada ulasan: