Abang Iparku MAMAN ADIOS pernah berkata kepada aku " Kita ni selalu tengok kerja orang lain senang, kerja orang lain bagus, dan kerja kita ni paling susah". Maksudnya kita selalu memandang kerja orang lain itu lebih senang daripada kerja kita.Misalnya, ada orang kata jadi cikgu ni senang, tengah hari dah balik, tetapi hakikatnya ramai tak sanggup jadi cikgu. Sebagai guru, setiap malam mesti menyiapkan kerja-kerja perkeranian dan menulis rancangan mengajar apa yang nak diajar esoknya. Selalu juga kawan-kawan ajak ngeteh (minum kat warung), borak sampai malam-malam. Tetapi aku selalu minta diri, kerana mereka tak faham kerja aku. Tetapi mereka kata kerja aku senang.
Aku pun begitu juga senang tengok orang berniaga tu. Pagi-pagi duduk-duduk kat kedai, layan orang sambil gurau-gurau. Tetapi aku tak pernah tanya masalah mereka. Kita tengok doktor tu macam senang saja, ada klinik sendiri. Pesakit datang, tanya sakit apa, kalau demam bagi ubat demam, kalau batuk bagi ubat batuk, kalau teruk sangat suruh pergi hospital besar. Tetapi aku tak pernah tanya doktor tu tentang masalah yang dihadapinya? Bagaimana kalau ada pesakit asyik mintak MC aje pada hal tak sakit dan macam-macam masalah?
Cuba sebutkan kerja apa yang senang. Sekarang berpuluh-puluh ribu orang hilang pekerjaan. Dan ramai lagi akan diberhentikan kerja. Senang kata, kita bersyukurlah kepada Allah masih ada pekerjaan. Kalau nak cari rezeki lebih dalam RM 500-RM 1000 joinlah bisnes saya. http://www.bio-asli.com/?id=msomBisnes BIO-ASLI. Produknya laris. Janganlah melabur kat skim cepat kaya. Cuba kalian ingat dari kecil dulu, pernah tak orang bagi duit senang-senang? Amat, ni saya bagi awak RM 1000 gunalah untuk apa awak suka. Tak pernahkan? Hatta nak beli satu mainan pun kita kena kumpul duit masa tu.
Tiba-tiba sekarang orang nak bagi hadiah free aje, atau melabur RM 50, dalam masa yang singkat menjadi RM 10 000. Sampai bila kita nak jadi mangsa-mangsa penipuan lanun-lanun moden ni? Kita kena bekerja dan promosikan bisnes kita. Bohong, kalau kita melabur sekian-sekian dalam masa yang singkat kita jadi kaya raya!
Bagi anda yang menjadi suri rumah, bersyukurlah anda kini tidak perlu memikirkan tentang kerja. Bersyukur? Bersyukurlah sebab tak dimarahi majikan atau bos. Jaga baik-baik SUAMI kalian, jangan sampai terpikat dengan wanita-wanita kat luar yang berkeliaran mencari mangsa. Kerana kini tiada istilah kesian. Jaga bagaimana? Buatlah seperti anda baru-baru berkahwin dulu. Macam dalam buku kursus perkahwinan tu. Suami balik kerja sediakan air. Elakkan membebel. Tahukah anda, sebagaimana kita melayan anak kecil kita, suami pun begitu juga. Bukankah zaman sekarang ini zaman persaingan? Persaingan bukan saja dalam bisnes, tetapi dalam semua aspek! Kat keliling kita saja, banyak sangat contoh dan teladan yang boleh kita ambil iktibar. Tak payah kita ambil contoh yang jauh. Fenomena itu berlaku di mana-mana!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan