MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Sabtu, 30 Januari 2010

AKU SEDANG MEMBERSIHKAN SAWANG-SAWANG DI RUMAHKU INI

Ohhhh kalian kutuk aku ya? Aku sudah pulih daripada ketepuan. Sejak ANDUKA TARUNA menjadi tumpuan rakyat Malaysia, aku kena pastikan setiap entriku sebelum ini tidak mengguris mana-mana pihak. Kalau kita tulis di diari, tiadalah apa-apa bahana yang kita terima. Kalau tulis kat blog, facebook dan seumpamanya, boleh menyebabkan kita tidur bertilamkan simen dan berbantalkan lengan.
Jadi baiklah aku cerita bab makan-makan kali ini!
JOM KITA PERGI MENJENGAH ILMIAH CATERING NI!
Tengah hari tadi selepas shoping di Karfour, aku ke Ilmiah Catering di Taman Maju,
Batu Pahat. Murah, Cepat, Sedap moto perniagaan mereka bukan omongan kosong,
tetapi diterjemahkan secara realiti.

Siang-siang panas terik Ili memilih Nasi goreng kampung.

Ramai sungguh pelanggan di sini, kalau tengah hari mencecah ratusan orang
yang makan di sini

Aku makan tengah hari 6 beranak dengan jus karot gelas besar-besar baru RM 23.00
Kalau kedai lain mau RM 30.00 ke atas

Jadi kalau hendak makan murah di Batu Pahat carilah kedai makan ini

Buat orang Pt Sulong, Bank Simpanan Nasional sudah berpindah berdekatan Kedai Honda di sebelah Petronas. Kedai yang disewa BSN yang lama khabarnya akan disewa oleh hartawan emas dari Kelantan. Peniaga Melayu Muslim akan membuka kedai emas di lokasi strategik tersebut

25 ulasan:

ijad berkata...

selamat berniaga...

MSOM berkata...

Tkasih....samalah kita. Semoga berjaya dunia akhirat.

SeNDuDuK PuTiH berkata...

Jalan-jalan cari makan yer..
Nggak berkesempatan nampaknyer nak gi situ buat mase nih...

Td ptg gi makan kat Senibong... Ikan sweet sour, udang masak sambal, soup ayam, lala, telur dadar = RM127... 3 dewasa & 2 kanak2 jer tuuu..

Camera bawak tapi nggak shoot foto... macam leceh plak nak kuarkan senjatatu dari begnyer.. so tersimpan jer dlm beg, maka tiada la foto...

MSOM berkata...

MEMANG kau dah tarap ahli koperat!
Menangis orang miskin mendengarnya.

SeNDuDuK PuTiH berkata...

Tak der la cam tu....
Org umah kawe ngidam nak makan lala... so tu yg bawa dia makan kat situ... kang ngences plak baby kawe nanti... hehehe

Kawe pon order la ikan siakap masak sweet sour tu... skali dtg kat meja, punyer la besaw ikan tu...

Lgpon skarang ni makanan kat JB nih dah mahal la, kena plak kalau makan kat Seafood..

SAM73 berkata...

Ha'ah la MS... itu mmg standard harga seafood kt JB ni.. I klu makan pun bukan je malas nk keluarkan kamera...tp nak snap photo pun kena toleh kiri kanan takut ada org tak selesa kita asik terklik klik kt muka org... tu yg kdg heran mcm mana blogger2 bleh ambik mcm2 gmbr di tempat awam... ada tip2 yg boleh selesaikan problem I ni tak? :)

Teman Setia Anis berkata...

Untuk Makcik M... Jawapanya mudah saja... Buat je muka tak malu...Heee.. Lepas ni bukan ko jumpa orang tu lagikan... Ko berlakonlah ko tu wartawan sambilan kalau org tanya...

SeNDuDuK PuTiH berkata...

Wahhh Tips yang bagus dr Anis...
Buat muka tak malu jer... Tp kalau malu gak camnerrrr? Huhu...

MSOM berkata...

Maaflah kiranya kata2ku tadi melanggar Akta Hasutan.

Kamera sekarang kan canggih, tak payah flash. Pandai2lah ambik gambar MM. Alangkah dalam bilik air pun org boleh ambik, nikan pula kat restoran?

Cuma jgn tergedik2 masa ambik gambar tu dahlah, nanti org lain ambik gambar engko pulak.

SAM73 berkata...

masalahnya tu aku mmg pemalu Anis..hehe.. ko tau tak.. hari tu aku dlm keta tau, konon nak snap le gmbr org tgh mkn kt satu warong tu.. padahal dlm keta tp dlm skrin kamera aku tu nmpk jelas sekumpulan lelaki yg aku nk snap photo tu mcm tak senang dgn perlakuan aku.. ada la gerak laku dia yg memberi signal supaya yg lain toleh tempat lain.. yg sorang lg mcm nmpk bengis je..ngeri aku..

Agaknya dia takut gmbrnya terpublish kot.. mana la tau ada perbincangan rahsia di warong tu.. Klu ikut logik patut dia tak boleh nmpk keta kami yg lokasinya agk jauh dr tempat org tu makan.. heran..mcm mana dia boleh nmpk bayangan aku di balik kaca tingkap keta yg tertutup tu. Sejak tu aku berhati2 klu nk halakan kamera aku di mana2...ala diorg tu jgn ler takut dgn Makcik Mirror ni.. Makcik bukan paparazi la..

SAM73 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Teman Setia Anis berkata...

Oh... Mungkin segerombolan lelaki itu berkumpul kat situ mungkin nak tunjuk hebat masing2... Biasalah kalau kaki warung ni biasanya nak up diri. Kebanyakannya cakap kosong je.. Kerja satu pun tak jadi... Kerja sikit borak je lebih... Bila dia tengok ko buat macam tu dia ingat ko ni diupah oleh salah seorang isteri mereka melihat aktiviti para suami. Agaknyalah kot.. Manalah tau isteri salah seorang tu kuat cemburu ke.. Atau pun orang tu sedar diri yg dirinya kaki warong kot lalu malu bila ko ambik gambar dia ke..

SeNDuDuK PuTiH berkata...

Yaaa benar Pak, tak yah guna flash pon leh... guna ISO tinggi sket & then buka aperture besar (small number i.e f2.8, f3.5)..

Tp tu la kalau kamera besaw gedabak, nak kuarkan pon sogan deh... kang diorang tertanya2 wartawan dari surat khabar mana plak tgh menjalankan tugas nih...
hehehe...

jbfresco berkata...

Kat JB ni makan apa la yang murah..lokasi2 panas tu mmg la harganya MANTOP..rasa masakkan x de yg luarbiasa plak kan.biasa2 je.tapi tu lah nak cari angin kat luar la katakan,santai..kna la bayar harga nya..

YIN berkata...

SSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSss

Takut kena tangkap so bisik-bisik ajela....

MSOM berkata...

Ya sebagai blogger amatur dan blogger picisan, blogger merapu, blogger cacamarba, kita juga terdedah kepada bahaya. Jadi, pandai2le ambik gambar tu. Kita jadi blogger ni pun bukan apa, dah jadi HOBI. Macam gak lelaki2 yg duduk kat warung tu. Klau tak pekena teh kat warung/restoran, macam tak sempurna hidup hari itu

YIN berkata...

Yela... tapis2 sebelum taip...
Sekarang musim orang saman menyaman. ( ini kira fitnah ke.. )
Aku pun buat blog untuk berkongsi cerita. W/pun aku belum pernah jumpa dan kenal kau... blog ni buat mcm kita dah kenal. Nanti raya cina ipar aku si Razak nak buat kenduri masuk rumah baru... aku balik Air Hitam la...

SeNDuDuK PuTiH berkata...

Risau plak erk...
Kena plak kekadang tu copy paste nukilan orang @ pun copy paste gambo2 diorang & masukkan dlm blog kite...

Camner tu jang... keras kerassss... kerana nila setitik rosak susu sebelanga... sabawww jer laaaa....

MSOM berkata...

Yin, blogspot mengenalkan kita. Kalau Razak jemput aku, Insya Allah aku datang.

MSOM berkata...

SP, copy paste tu eloknya mintak kebenaran. Ia harta intelek. TP kalau dah masuk internet, tak boleh buat apa. Jika kita dah bijak, org tak boleh copy paste macam setengah web tu. Nak translate pun tak boleh. Kita belum mencapai ilmu macam tu.

Letak gambar yg bukan2 pun boleh didakwa. Blogger pertama yg didakwa-kesalahannya ialah meletakkan gambar anjing pada pasukan P kita. Ia satu penghinaan.

Sorang lagi tu meletakkan gambar bendera negara terbalik.

Begitulah adanya SP.

Mama Miraki berkata...

saya tulis blog untuk suka2 aje..mengeratan silaturahim dengan adik bradik yang jauh di mata..so walau tak berjumpa tapi masih tau perkembangan. sebab tu blog saya tu asyik citer pasal family aje...kira cam diary aje lah...tak berani nak tulis yang merapu tu....tapi disebabkan ada blog tu lah juga kakak2 yang dulunya buta IT ni sekarang semua dah mahir IT...hehehehehhe....

MSOM berkata...

Walau pun MMiraki kata bog itu utk cerita fasal family je, NAMUN banyak juga org lain yg dapat ilmu dan manfaat daripada blog MMiraki tu, misalnya RESEPI2 yang menyelerakan tu.

MSOM berkata...

Sampai skrg aku tertanya2 kenapa JBFRESCO rahsiakan blog?

ilmiahcatering berkata...

terima kasih promote ilmiahcatering

Mat Som berkata...

Sama-sama Ilmiah.
Kami memang suka akan kedai makan kalian.