Rabu, 27 Januari 2010

SEMAKIN RAMAI MANUSIA YANG SAKIT

Apabila kita ke hospital, kita lihat orang parking kereta memenuhi kawasan hospital sehingga melimpah ke tepi jalan. Wad-wad hospital pun sentiasa dipenuhi dengan manusia. Setiap orang mengadu sakit itu dan ini. Kurang-kurang pun sakit sendi sana-sini.

Itu yang sakit fizikal. Kini munculnya penyakit-penyakit baru. Terbaru ada sekumpulan pelampau meletakkan kepala babi di mesjid. Sebelum ini kita digemparkan dengan percubaan membakar surau dan gereja. Sesungguhnya mereka tidak pernah mahu memikirkan apakah kesan daripada perbuatan tersebut. Jika dibiarkan ini berterusan tidak mustahil negara kita akan menjadi Bosnia, Nigeria, Ambun, Lubnan dan banyak lagi contoh di dunia ini.

Namun setakat ini kita mengucapkan syabas kepada rakyat Malaysia yang masih waras dan mampu membuat pertimbangan.

Mungkin mereka tidak pernah membayangkan bagaimana nanti sanak saudara terdekat hilang nyawa, kudung,buta,rumah-rumah musnah, akibat sengketa yang dimulai dengan perbuatan yang penuh emosi itu. Seharusnya kita sudah berfikiran matang seiringan dengan kemerdekaan negara kita setengah abad ini. Lihatlah sengketa di negara-negara tersebut, siapakah yang bertepuk sorak? Kalah jadi abu, menang jadi arang.

Oleh itu peliharalah keamanan ini seperti menatang minyak yang penuh.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang kita tidak mahu keamanan, keharmonian negara kita musnah sebab sekiranya ia terjadi kita mungkin akan kehilangan orang yang kita sayangi, sanak saudara, handai taulan namun sekiranya isu penggunaan nama "Allah" tidak ditimbulkan oleh mereka... kita sebagai umat Islam memang tak mau masuk campur urusan agama mereka tapi kalau dibiarkan... banyak lagi yang akan dilakukan oleh mereka.

MSOM berkata...

Apa yang paling kita tidak mahu berlaku, telah berlaku. Ini disebabkan orang2 Islam di Msia asyik bercakaran dan berbalah sesama sendiri, sehingga pihak musuh telah mengeksploitasi situasi jelek itu untuk kepentingan mereka. Suingguh malang, orang kita membuat kempen politik bukan sahaja semasa pilihan raya, tetapi mereka terus buruk-memburukkan sesama mereka sepanjang masa dan ketika.

Kejatuhan Melaka dahulu disebabkan kebobrokan yang telah berlaku kepada kerajaan tersebut. Hilangnya Singapura juga disebabkan pertelingkahan dua kerabat. Sampai berapakah kali kita harus mengulangi sejarah yang sama?

Jika kebejatan ini diteruskan, maka tidak mustahil kita akan hilang segala-galanya, seperti orang Palestine atau Rohingya. Sekian....

YIN-WONG KHOO LAI berkata...

Itulah realiti sajak Tun Dr. M "Melayu Mudah Lupa".
Kalau kita cakap dia akan marah tapi itulah realitinya... kita bukan anti bangsa lain tapi apa yang aku nampak bangsa lain tak pernah memikirkan bangsa kita tetapi kita yang selalu memikirkan mereka. Kita terlalu baik hati, lembut dan pemurah dan kadang2 mereka tak mintak kita pula yang offer. Bila mereka minta kita terpaksa beri... dalam segala hal.

SeNDuDuK PuTiH berkata...

Betul3x...
Manusia tidak berfikir panjang...
Sekadar ikut emosi sendiri...

Hahhhhhhhh feninggggggg aku memikirkannyaaaaaaa.....